Foto bukti Saiful 'budak pembancuh kopi Anwar. Sebelum ini Anwar menafikan beliau intim dengan Saiful, tetapi apabila terdedah foto ini membuktikan Saiful mampu keluar masuk ke dalam rumah kediaman Anwar, hatta ke ruang dapur.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sebutan kes perbicaraan liwat Anwar ditunda kepada 10 Mei. Sebenarnya Karpal Singh masih belum berpuas hati dengan tarikh itu kerana dianggap terlalu awal, Karpal mencadangkan bulan Julai.
Sepatutnya Karpal mengambil kesempatan menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari pagi ini, tetapi Karpal tidak berbuat demikian kerana memberi alasan pada masa ini beliau dan anak guamnya (Anwar Ibrahim) sibuk dengan urusan parlimen.
Oleh yang demikian hakim mencadangkan tarikh baru iaitu sepanjang bulan Mei sebagai tarikh perbicaraan baru, tetapi dibantah oleh Karpal dengan alasan pada bulan Mei, jadualnya padat dengan kes-kes lain.Karpal juga turut berhujah pada bulan Jun juga tidak sesuai kerana persidangan Dewan Rakyat kembali bermula dan beliau dan anak guamnya amat sibuk dengan urusan parlimen.
Hujah Karpal, anak guamnya adalah Ketua Pembangkang di parlimen dan bertanggungjawab membangkitkan isu-isu penting negara. Jadi tarikh yang paling sesuai untuk mereka adalah sekitar bulan Jun. Sebenarnya hujah Karpal ini adalah alasan untuk mengelakkan diri dari meneruskan perbicaraan atau memilih pendekatan untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Ini bukan kali pertama, Karpal menggunakan taktik ini, bahkan pernah digunakan berkali-kali hingga kes ini meleret-leret tanpa kesudahan hingga ke hari ini.
Untuk mengatakan Anwar seorang yang berdisiplin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, hujah ini tidak kukuh, kerana Anwar pernah ponteng menghadiri sidang parlimen semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi dari luar negara. Ketika sidang dewan sedang dilangsungkan baru-baru ini, Anwar melarikan diri ke London berjumpa dengan Al Gore, Marry Robinson dan James Wolfensohn dan selepas itu ke Baharain menghadiri sidang mesyuarat yang boleh menjana kewangan kepada dirinya.
Ekoran daripada permintaan Karpal mahukan perbicaraan pada bulan Julai itu, hakim terpaksa menangguhkan prosiding dan berbincang dalam kamar dengan kedua-dua pihak (pendakwa dan peguam bela) berkenaan dengan tarikh yang paling sesuai.Akhirnya hakim membuat keputusan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarik baru sebutan kes adalah 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.
Tentulah keputusan hakim itu sangat menggembirakan Karpal dan Anwar kerana memang dari awal lagi Karpal memasang niat untuk menangguhkan kes. Anwar mempunyai masa lebih dari sebulan untuk menyusun strategi mempengaruhi minda rakyat melalui 'mahkamah rakyat' dan dalam masa sama menyusun jadual ke luar negara untuk meminta sokongan kuasa-kuasa asing agar campurtangan ke atas negara Malaysia.
Persoalannya sekarang, di mana kehebatan Karpal Singh sebagai orang yang didewakan sebagai peguam bela terhandal di Malaysia, jika sikapnya acuh tidak acuh dan mengambil pendekatan untuk melarikan diri daripada membicarakan kes ini ?Untuk memberi alasan sibuk, sebagai ahli parlimen dan peguam, kesibukan akan sentiasa membelenggukan dirinya. Kalau sudah tahu sibuk, kenapa bersedia ambil kes ini ?
Kenapa tidak serahkan kes ini kepada Raja Aziz Adruse yang tidak sibuk dengan urusan parlimen ?Ini sekaligus membenarkan gosip-gosip liar yang pernah berlegar sebelum ini, bahawa Karpal Singh mengambil kes Anwar bukan berasaskan 'faktor perundangan', tetapi berasaskan 'faktor politik'. Karpal sendiri sudah tahu kes ini sukar dimenangi oleh Anwar kerana bukti-buktinya amat kuat dan yang tinggal kepadanya hanyalah strategi untuk melengah-lengahkan kes.
Tujuan sebenar Karpal mengambil kes ini untuk mengaut sokongan saki baki ahli-ahli PKR (terutamanya Cina), selepas Anwar dipenjarakan, DAP boleh dakwa mereka telah berjuang bermati-matian untuk menyokong Anwar. Buktinya Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri dihantar menjadi Ketua Peguam Bela Anwar. Jadi apabila Anwar sudah tiada, maka sokonglah DAP.
Kalau Karpal tidak mengambil faktor politik sebagai pertimbangan menjadi peguam Anwar, sudah tentu Karpal juga menarik diri daripada menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Sulaiman Abdullah atau menolak awal-awal menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkifli Noordin. - Cybertrooper
Wasabi Oyabun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan