Tun Dr Mahathir dalam ucapanya menjelaskan Kita orang Melayu bukanlah RACIST, namun kita menyuarakan hak kita yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang telah kita menterai semasa di dalam perjanjian kemerdekaan.
Jika kita RACIST sudah pasti kaum kaum lain tidak mendapat kebebasan sepertimana yang mereka perolehi pada masa ini. Sekolah Cina dan India di bina bagi menjamin bangsa mereka dalam menuntut ilmu, Kita beri Biasiswa kepada mereka yang layak mengkut kuota yang telah di menterai dalam persepakatan. Apakah ini mengambarkan kita RACIST?
Apa yang ada dalam Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian kemerdekaan yang telah di capai dahulu. Tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dalam mencapai kemerdekaan. Namun mengapa kini banyak pihak cuba menimbulkan ketidak puashatian dalam apa yang telah disepakati?
Kerana Kuasa dan Politik songsang maka perlembagaan yang ada telah cuba di nodai bagi membangkitkan dan menyemarakkan sengketa antara kaum. Perpaduan antara kaum di porak perandakan bagi mencapai kejayaan menjadi kuasa utama di Malaysia ini.
Tun juga mengatakan ada pihak mengatakan Melayu adalah kaum pendatang dari luar. Jika Melayu adaah pendatang mengapa Malaysia ini di panggil Malay sia??? Carilah di mana mana kitab dan arkib dari negara Arab ke negara Cina Malaysia ini dulunya di panggil Tanah Melayu. Apakah Melayu itu pendatang sedangkan Tanah Melayu namanya?
Kita orang Melayu berhak untuk mempertahankan diri kita dari terus terusan di kecam dan di Fitnah sehinggakan Maruah kita di injak injak. Orang melayu bukan Bisu, bukan Pekak, kita punya maruah dan hak dalam menyuarakan kebebasan kita di Tanah Melayu ini.
Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun dalam perlembagaan juga di sebut agama lain boleh di anuti oleh bukan Islam. Apakah itu tidak adil kepada kaum lain? Apakah itu di panggil kita Melayu ini RACIST?
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, namun bahasa lain boleh di gunakan bagi bangsa bangsa lain. Apakah kita menyekat kebebasan mereka dalam menggunakan bahasa Ibunda mereka? Apakah ini juga di kira kita orang Melayu RACIST?
Mereka katakan Kontrak kontrak di berikan kepada Melayu dan keroni keroni sahaja. Tetapi harus diingat bukan semua diberikan kepada melayu. Orang bukan Melayu juga mendapat Kontrak dari pihak Kerajaan.
Namun mengapa kita tidak bertanya, apakah Syarikat Swasta meberikan Kontrak kepada orang Melayu? Apakah pihak Swasta mengagihkan kontrak syarikat mereka kepada syarikat Melayu?
Kita sungguh adil sehingga kita di tuduh RACIST, kita sayang kepada Bangsa kita dan negara kita ini. Kita orang melayu tidak pernah membuang kad pengenalan jika kita tidak sayang kepada Malaysia ini. Namun ada pihak yang membuang kad pengenalan bagi hidup di luar Malaysia. Apakah itu bukan satu kebenaran?
PERKASA memperjuangkan HAK orang Melayu dan tidak salah walau di mana sekalipun selagi berlandaskan perlembagaan.
Saya mengharapkan Dato Sri Najib mendengar rintihan kaum kaum lain namun jangan lupa rintihan kaum Melayu. Jika Melayu di abaikan maka takut akibat yang parah pada yang ada hari ini.
Diharapkan seluruh Melayu bersatu bagi memperjuangkan HAK kita orang Melayu.
Itulah ucapan Tun yang penuh dengan makna tersurat dan tersirat. harap kita semua memikirkan sebaik yang boleh.
Sebelum itu :
Hadirin sudah mula dan semakin ramai memenuhi dewan Tun Razak di PWTC ini. Hadirin yang hadir terdiri dari orang melayu dari seluruh pelusok Tanah Melayu dan juga Sabah dan Sarawak. Ternyata berhimpunnya Melayu hari ini merupakan titik tolak akan kebangkitan Melayu dan bakal tercatit dalam sejarah Melayu Moden hari ini.
Ada sesuatu yang menarik minat untuk kita renungi bersama iaitu banner yang memaparkan kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad mantan PM kita:
Dulu Bangsanya Di Pijak
Dulu Bangsanya Retak
Dulu Bangsanya Teriak
Dulu Bangsanya Haprak
Dulu Bangsanya Kelas Kedua
Dulu Bangsanya Hina
Dulu Bangsanya Sengketa
Dulu Bangsanya Derita
Dulu Bangsanya Kerdil
Dulu Bangsanya Terpencil
Tiada Daulat
Tiada Maruah
Tiada Bebas
Sejarah Bangsanya Yang Lena
Tanah Lahirnya Yang Merekah Berdarah
Wahai Bangsaku Jangan Mudah Lupa Lagi
Kerana Perjuanganmu Belum Selesai
Diharapkan kita semua dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam kata kata yang penuh makna ini.
Sesungguhnya Melayu Takkan Hilang Di Dunia.
Ayuh kita Orang Melayu Bangkit Dari Lena.
HIDUP TUN
HIDUP TUN
HIDUP TUN
Di persidangan ini juga Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Kehormat Pribumi PERKASA bagi mengenang jasa dan pengorbannya dalam memartabatkan Melayu dan Malaysia ini.
Sumber : Papa Gomo
Wasabi Oyabun
Salam bro, ada segelintir Melayu yg mendakwa wujudnya Perkasa kerana berlakunya kepincangan dalam UMNO, sebab itu hanya Melayu-Melayu UMNO sahaja yg mendokong Perkasa....
BalasPadamMelayu tak sedar diri ini lupa, bahawa wujudnya Perkasa kerana adanya Melayu-Melayu yg sanggup menjual maruah bangsa, agama dan tanah air semata-mata untuk dapatkan kuasa dan jawatan...