Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 8 Februari 2014

Senator HINDRAF lepaskan semua jawatan kerajaan?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy pada petang Sabtu mengesahkan peletakan jawatan berkuatkuasa Isnin, 10 Februari ini.

Selain jawatan timbalan menteri, Pengerusi Hindu Rights Action Force (HINDRAF) itu turut meletak jawatan selaku Ahli Dewan Negara (Senator).

Pengunduran Waytha Moorthy daripada semua jawatan dalam kerajaan itu awalnya diumumkan Setiausaha HINDRAF, P. Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peletakan jawatan Waytha Moorthy itu diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Pusat HINDRAF.

Alasan keputusan berkenaan ialah kerana HINDRAF mendakwa gagal melaksanakan janji untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi serta kemiskinan masyarakat India walaupun sudah lapan bulan Waytha Moorthy berada dalam kerajaan.

HINDRAF menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan pada 18 April tahun lalu dalam usaha menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.

Satu daripada inisiatif ialah dengan meletakkan pengerusinya sebagai wakil dalam kerajaan.

“Satu-satunya kekesalan HINDRAF ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini.

“Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka,” kata Ramesh.

Sementara itu Waytha Moorthy ketika dihubungi wartawan mengesahkan pekara itu. Menurut beliau, surat peletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun pihaknya belum menerima sebarang maklum balas.

Beliau turut mengakui keputusan itu diambil kerana sudah berputus-asa dan menganggap jawatan kerajaan yang disandangnya tidak membantu dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum India.

“Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Hindraf,” katanya.

Bagi penulis keputusan samada P. Waytha Moorthy mahu meletakkan jawatan atau tidak kerana kegagalan beliau membela nasib kaum India, terpulanglah kepada beliau sendiri! Yang penting segala rahsia kerajaan semasa beliau menjadi Timbalan Menteri hendaklah disimpan dengan baik selaras dengan akujanji yang beliau telah lafazkan! Bak kata pepatah biar pecah perut tetapi jangan pecah mulut?

Selanjutnya sila baca di sini.

Wasabi oyabun..

1 ulasan:

  1. 'Please Note'

    - Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR.

    - Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

    - Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN...

    - UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka.

    - UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

    - UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...



    Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

    BalasPadam