Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 16 Februari 2014
Bekas rakan mahu Kajang menjadi kubur politik Anwar?
Kemunculan beberapa bekas rakan seperjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan depan menunjukkan banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, belum dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkembangan tersebut sebenarnya sesuatu yang baik kerana banyak agenda tersembunyi Anwar dapat didedahkan kepada rakyat.
Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya.
"Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya.
"Lebih ramai menjadi calon lebih bagus supaya tidak memberi laluan mudah kepada Anwar nanti," katanya di sini hari ini.
Ramlan, 50, yang pernah menyertai demonstrasi jalanan pada akhir 1990-an juga menawarkan diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.
Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.
Terbaru hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.
Sehubungan itu jelas Ramlan, BN seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk menentang Anwar habis-habisan.
"Biarlah Kajang menjadi kubur politik Anwar," katanya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan