Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 9 Februari 2014

Anwar tak dapat duri, selar pun jadi?


Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong sebab nak jadi Perdana Menteri. Itu dahulu. Kini Siakap senohong gelama ikan selar, bercakap bohong, sebab nak jadi Menteri Besar.

Jika diberi pilihan boleh diubah peribahasa ini daripada yang awal, yang di atas mungkin paling sesuai menggambarkan sikap Anwar Ibrahim sejak PKR mengatur PRK DUN Kajang selepas beliau gagal jadi Perdana Menteri.

Tidak perlu diulang, rakyat tentu masih ingat Ketua Pembangkang itu menafikan adanya ‘serampang Kajang’ supaya beliau boleh jadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun, semakin hari semakin jelas. Ibarat terang lagi bersuluh, Anwar tidak dapat menyembunyikan keinginan mengambil alih kerusi Khalid jika rakyat meneliti kenyataan-kenyataan dan isi ceramah kempennya di bandar sate, Kajang.

Sudah berkali-kali Anwar memuji Khalid sebagai seorang yang ada rekod baik mentadbirkan Selangor hampir enam tahun namun dalam masa sama Ketua Umum itu sudah membayangkan ‘kalau saya ambil alh dari Khalid’, dia (Khalid) akan bantu saya’.

Sebab itu, ada pihak mahu Anwar berterus terang sahaja niatnya mahu menjadi Menteri Besar.

Hingga ada yang melawak, tidak dapat YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri, dapat YAB Menteri Besar pun jadilah.

Bagaimanapun, mana mungkin Anwar berani berterus terang.

Dalam ceramah beliau di Dataran Prima Saujana, Kajang, Sabtu malam Anwar masing membayangkan dia bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar tetapi seperti biasa, lidahnya masih berbelit-belit.

Adakah sukar Anwar mahu jadi YAB Menteri Besar?

Cabaran pertamanya ke jawatan itu tentu tidak sukar kerana Anwar berpeluang menang pada PRK Kajang 23 Mac ini berdasarkan peribadi beliau dan jumlah manjoriti selesa diperolehi PKR pada PRU 13.

Setakat ini, BN belum memutuskan akan bertanding atau sebaliknya walaupun MCA sudah menyenaraikan beberapa nama bagi menentang Anwar.

Pemerhati politik berpendapat, PRK Kajang lebih kepada pertembungan personaliti kerana jika parti berdepan parti, atau PKR lawan BN, rakyat sudah boleh jangka keputusannya.

Tetapi jika ada personaliti yang baik ditonjolkan BN, Anwar tidak boleh melangkah ke pejabat Menteri Besar dengan mudah.

Persoalan sama ada beliau dapat perkenan Sultan Selangor atau tidak, serahkan kepada baginda memutuskannya.

Bagaimanapun, cabaran terbesar Anwar adalah untuk memastikan Khalid bersetuju melepaskan jawatan berkenaan kepadanya.

Anwar boleh memukul canang memberitahu beliau bakal YAB Menteri Besar tetapi jika Khalid enggan melepaskannya, bermakna meloponglah ketua pembangkang itu.

Khalid masih memegang kad besar dan sebab itu, dalam game ini, Anwar hanya berani membayangkan beliau menggantikan Khalid.

Khalid tidak mungkin melepaskan kerusi Menteri Besar sewenang-wenang tanpa berharap sesuatu daripada ‘game’ sekarang.

Sudah tentu ianya bukan wang ringgit tetapi kuasa dan maruahnya yang harus ditebus gara-gara perbalahannya dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Walaupun pimpinan PKR cuba menafikan, desas desus Khalid mahu Azmin diketepikan dalam saf pimpinan PKR Selangor dan Azmin tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar sebagai antara syarat ‘serampang Kajang’ , bukan rahsia.

Khalid dan Azmin mungkin sama-sama berdendam.

Keputusan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR beberapa minggu lalu yang mahu Khalid melepaskan jawatgan tentu tamparan hebat buat Khalid tetapi keputusan itu tidak dilaksanakan.

Ianya mungkin kerana Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak memberi lampu hijau lagi dan tidak mustahil inilah senjata yang akan digunakan Anwar jika Khalid enggan melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.

Anwar tidak mungkin mahu rugi dalam game ini walaupun Khalid boleh tidak melepaskan jawatan itu kerana sokongan DAP dan PAS Selangor masih kuat kepadanya.

Mengenepikan cabaran Azmin yang sudah tertinggal di belakang, sandiwara kini tertumpu kepada Anwar dan Khalid siapa lebih berhak jadi YAB Menteri Besar.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan