Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 23 Februari 2014
Apa hak Tony Pua-ka pertikai Majlis Fatwa?
Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan larangan kepada umat Islam daripada menyambut Hari Kekasih, larangan itu eksklusif untuk golongan itu sahaja dan ia sama sekali tidak terpakai kepada bukan Islam.
Tetapi malangnya, keputusan majlis itu dipertikaikan oleh Pengerusi DAP Selangor yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua. Beliau merupakan pemimpin DAP kedua yang bersikap biadab dengan menyentuh hal ehwal berkaitan umat Islam.
Sebelum itu, umat Islam juga menyaksikan kebiadaban pemimpin DAP mempertikaikan penggunaan surah al-Baqarah ayat 111 dalam khutbah Jumaat. Hujah pemimpin kanan pembangkang tersebut, khutbah dan ayat yang digunakan bertentangan dengan konsep kesederhanaan atau wassatiyah yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin yang bersahabat baik dengan sebuah parti memperjuangkan Islam, iaitu Pas, Tony atau mana-mana juga pemimpin DAP akan berhati-hati dalam tindakan mereka. Namun ternyata, pemimpin-pemimpin DAP seolah-olah tidak mempertimbangkan sensitiviti tersebut sebaliknya dilihat bertindak ikut suka dan bercakap sedap mulut sahaja.
Setakat ini, Tony belum memberi sebarang reaksi tetapi kalau pun beliau berbuat demikian kita sudah tahu jawapannya iaitu media pro UMNO dan Barisan Nasional (BN) memutar-belitkan kenyataan beliau.
Ini adalah jawapan standard yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila timbul sesuatu kontroversi berhubung kenyataan mereka. Tidak cukup dengan itu bagi menegak benang yang basah dan untuk membuktikan kononnya mereka tidak bersalah tindakan undang-undang akan diambil ke atas media-media terlibat.
Bagaimanapun Tony perlu bertanggungjawab dengan tindakannya dan tidak perlu lagi berdolak dalik apabila memberi ulasan kepada perkara tidak sepatutnya. Kalau pun Tony hendak menyambut Hari Kekasih sampai berguling-guling sehingga ke Antartika pun, silakan tiada siapa pun nak marah, itu hak beliau sebagai rakyat Malaysia dan bukan Islam.
Tetapi larangan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah untuk orang Islam, kenapa Tony yang selama ini dilihat sering mahu tunjuk pandai dalam banyak isu hendak membuat komen yang dilihat mempertikaikan keputusan majlis tersebut. Apa hak beliau?
Sebab itulah penulis bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin bahawa kenyataan Tony bersifat provokatif yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.
Namun penulis percaya Tony bukannya tidak mengetahui perkara tersebut tetapi beliau sengaja melakukannya demi mencari publisiti murahan. Maklumlah dalam politik salah satu cara hendak popular adalah dengan mencetuskan kontroversi supaya nama kita sentiasa disebut orang.
Bagaimanapun Tony tersalah pilih isu jika benar beliau mahu mencari publisiti. Tindakan biadabnya mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan membuktikan beliau tidak mempunyai perasaan hormat kepada majlis tersebut. Kita memahami Tony bukan Islam, kalau tidak mahu hormat pun tidak apa kerana selama ini memang sudah ramai pemimpin DAP yang dilihat bertindak tidak menghormati umat Islam, tetapi jangan campur tangan dan jangan cuba meniup api yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.
Justeru seperti mana kata Presiden Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad umat Islam tidak perlu menagih permohonan maaf daripada Tony tetapi perlu mengheretkan beliau ke mahkamah.
Sememangnya itulah langkah paling tepat kerana memohon maaf tidak harus dibiarkan menjadi alat atau perisai bagi melindungi kebiadaban dan sikap kurang ajar mana-mana individu dan kelompok termasuklah pemimpin politik.
Jika mereka berani bersikap biadab, kenapa mereka tidak berani menanggung risikonya?
Sebab itulah, pihak berkuasa yang terlibat tidak harus berpeluk tubuh dan melihat sahaja polemik ini berterusan. Tindakan sewajarnya perlu dilakukan ke atas Tony supaya ia memberikan pengajaran kepada pihak lain.
Bagaimanapun dalam masa sama penulis tetap mempunyai keraguan dalam soal ini kerana sudah banyak kes melibatkan perbuatan yang menyinggung perasaan umat Islam diam begitu sahaja biar pun ratusan laporan polis dibuat. Tetapi jika ada isu yang menyentuh kaum atau agama lain, begitu cepat sekali tindakan diambil Inilah tafsiran yang wujud dalam pemikiran ramai umat Islam.
Selain sikap biadab Tony, umat Islam juga tidak harus terlepas pandang bagaimana dari semasa ke semasa seolah-olah perasaan hormat kepada umat Islam semakin terhakis. Mereka seolah-olah tidak takut atau gentar lagi untuk menegur perkara berkaitan Islam biarpun suatu ketika dahulu ia dianggap cukup sensitif.
Sepatutnya, jika benar mereka berpegang kepada prinsip hormat menghormati antara kaum dan agama, mereka sudah pasti berhati-hati sebelum membuat komen atau ulasan bagi menggelakkan umat Islam tersinggung. Namun itu tidak berlaku walaupun umat Islam merupakan kelompok majoriti di negara ini.
Segala-galanya kerana mereka melihat umat Islam berpecah dan pegangan politik orang Islam semakin longgar sehingga perlu tunduk kepada kaum lain bagi meraih undi.
Keadaan menjadi bertambah parah apabila ada pemimpin yang mendakwa dia orang Melayu dan beragama Islam sanggup memperlekeh dan mengecam mana-mana kelompok yang cuba mempertahankan kesucian Islam dan keistimewaan orang Melayu. Kelompok ini akan dianggap rasis atau ekstrem.
Tindak tanduk seumpama inilah yang menyebabkan bukan Islam tidak lagi berasa takut untuk mencampuri urusan orang Islam. Bagi mereka, dalam kalangan orang Islam sendiri pun tidak sekata dalam mempertahankan kesucian Islam, oleh itu apa yang hendak dibimbangkan.
Perbuatan Tony contohnya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan umat Islam, soal bukan Islam itu bukan urusan majlis tersebut. Namun dalam usaha mencari publisiti murahan Tony sanggup mempertikaikan tindakan majlis fatwa.
Beliau seolah-olah tidak mengambil kira hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas apabila berbuat demikian. Mungkin beliau yakin Pas tidak akan berkata apa-apa dan dalam masa yang sama pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga akan berdiam diri.
Inilah akibatnya apabila memburu kuasa politik menjadi keutamaan pemimpin Melayu dalam pembangkang.
Wasabi Oyabun..
Selasa, 18 Februari 2014
PRK Kajang: Istana Selangor keluar amaran?
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam PRK Dun Kajang.
Menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani, baginda berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.
"Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.
"Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan," ujarnya.
Baginda tambahnya turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.
PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac depan ekoran pengosongan jawatan itu oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, bulan lalu.
Wasabi Oyabun..
Ahad, 16 Februari 2014
Bekas rakan mahu Kajang menjadi kubur politik Anwar?
Kemunculan beberapa bekas rakan seperjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan depan menunjukkan banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, belum dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkembangan tersebut sebenarnya sesuatu yang baik kerana banyak agenda tersembunyi Anwar dapat didedahkan kepada rakyat.
Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya.
"Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya.
"Lebih ramai menjadi calon lebih bagus supaya tidak memberi laluan mudah kepada Anwar nanti," katanya di sini hari ini.
Ramlan, 50, yang pernah menyertai demonstrasi jalanan pada akhir 1990-an juga menawarkan diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.
Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.
Terbaru hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.
Sehubungan itu jelas Ramlan, BN seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk menentang Anwar habis-habisan.
"Biarlah Kajang menjadi kubur politik Anwar," katanya.
Wasabi Oyabun..
Sabtu, 15 Februari 2014
PKR 'Parti Keanwaran'?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lain hanyalah 'Parti Keanwaran' kerana perjuangannya tertumpu kepada kepentingan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Mahathir berkata, PKR ditubuhkan bukan atas perjuangan ideologi atau kepentingan bangsa dan agama tetapi lebih sebagai jentera untuk merealisasikan cita-cita Ketua Pembangkang itu menjadi Perdana Menteri.
Katanya, penggunaan perkataan 'keadilan' dalam PKR adalah tidak sesuai memandangkan Anwar sendiri tidak berlaku adil apabila cuba mengelak daripada dibicarakan di mahkamah.
''Kalau Anwar adil, pergilah mahkamah dan bukannya lari dari mahkamah sekali lagi. Dia (Anwar) tidak suka dibicarakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadual didengar pada 12 Februari lalu ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan yang ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah berikutan menolak permohonan Anwar untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira memberi keterangan.
Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, Anwar turut bertanggungjawab dalam Operasi Lalang kerana pemimpin pembangkang tersebut tidak pernah membantah dalam Kabinet ketika operasi tersebut dilancarkan pada 1987.
''Apa yang Anwar lakukan (semasa Operasi Lalang)? Dia tak komen apa-apa mengenainya dan ini bermakna dia bersetuju dengannya.
''Sebagai anggota dalam Kabinet, Anwar harus ambil tanggungjawab melainkan dia umum letak jawatan pada ketika itu kerana tidak bersetuju (dengan Operasi Lalang).
''Dia bagaimanapun tidak pernah berbuat demikian (letak jawatan), dia bersetuju dengan banyak perkara termasuk yang berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, Anwar merupakan seorang ahli pidato dan ahli putar belit yang mahir dalam menafikan apa yang pernah dikatakan selain mewujudkan imej sebagai 'orang yang tidak pernah bersalah'.
''Anwar orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan (diri) dan bukan kebenaran. Bunyinya cukup baik sehingga saya pun pernah diyakinkan bahawa dia masuk UMNO kerana perjuangan," katanya.
Wasabi Oyabun..
Jumaat, 14 Februari 2014
Pelik tapi benar...!!! Kenapa sekarang Anwar mahu bertanding?
Beberapa tindakan yang diambil oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bulan ini menimbulkan persoalan kerana dilihat seperti seseorang yang terdesak dan sudah hilang pertimbangan.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, antara tindakan tersebut ialah kenapa sekarang Anwar mahu menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan bertanding sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:
* Saya agak hairan kenapa dalam bulan Februari ini banyak pertimbangan Anwar seperti agak terdesak apabila beliau mahu menjadi calon Pilihan Raya kecil DUN Kajang serta Presiden PKR dan pelbagai perkara lain lagi.
* Anwar juga sebenarnya tidak senang duduk mengenai rayuan kes liwat beliau sehingga menyusahkan rakyat Selangor serta ahli PKR sendiri.
* Kini, Anwar mahu bertanding jawatan Presiden PKR pula yang sepatutnya beliau boleh bertanding enam tahun lalu, begitu juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
* Rakyat bukan bodoh untuk menilai lakonan Anwar yang cuba membawa mereka lari daripada topik sebenar mengenai beliau.
* Anwar agak terdesak dan rakyat perlu tahu kenapa beliau melakukan pelbagai perkara tersebut.
Wasabi Oyabun..
Ahad, 9 Februari 2014
Anwar tak dapat duri, selar pun jadi?
Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong sebab nak jadi Perdana Menteri. Itu dahulu. Kini Siakap senohong gelama ikan selar, bercakap bohong, sebab nak jadi Menteri Besar.
Jika diberi pilihan boleh diubah peribahasa ini daripada yang awal, yang di atas mungkin paling sesuai menggambarkan sikap Anwar Ibrahim sejak PKR mengatur PRK DUN Kajang selepas beliau gagal jadi Perdana Menteri.
Tidak perlu diulang, rakyat tentu masih ingat Ketua Pembangkang itu menafikan adanya ‘serampang Kajang’ supaya beliau boleh jadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Namun, semakin hari semakin jelas. Ibarat terang lagi bersuluh, Anwar tidak dapat menyembunyikan keinginan mengambil alih kerusi Khalid jika rakyat meneliti kenyataan-kenyataan dan isi ceramah kempennya di bandar sate, Kajang.
Sudah berkali-kali Anwar memuji Khalid sebagai seorang yang ada rekod baik mentadbirkan Selangor hampir enam tahun namun dalam masa sama Ketua Umum itu sudah membayangkan ‘kalau saya ambil alh dari Khalid’, dia (Khalid) akan bantu saya’.
Sebab itu, ada pihak mahu Anwar berterus terang sahaja niatnya mahu menjadi Menteri Besar.
Hingga ada yang melawak, tidak dapat YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri, dapat YAB Menteri Besar pun jadilah.
Bagaimanapun, mana mungkin Anwar berani berterus terang.
Dalam ceramah beliau di Dataran Prima Saujana, Kajang, Sabtu malam Anwar masing membayangkan dia bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar tetapi seperti biasa, lidahnya masih berbelit-belit.
Adakah sukar Anwar mahu jadi YAB Menteri Besar?
Cabaran pertamanya ke jawatan itu tentu tidak sukar kerana Anwar berpeluang menang pada PRK Kajang 23 Mac ini berdasarkan peribadi beliau dan jumlah manjoriti selesa diperolehi PKR pada PRU 13.
Setakat ini, BN belum memutuskan akan bertanding atau sebaliknya walaupun MCA sudah menyenaraikan beberapa nama bagi menentang Anwar.
Pemerhati politik berpendapat, PRK Kajang lebih kepada pertembungan personaliti kerana jika parti berdepan parti, atau PKR lawan BN, rakyat sudah boleh jangka keputusannya.
Tetapi jika ada personaliti yang baik ditonjolkan BN, Anwar tidak boleh melangkah ke pejabat Menteri Besar dengan mudah.
Persoalan sama ada beliau dapat perkenan Sultan Selangor atau tidak, serahkan kepada baginda memutuskannya.
Bagaimanapun, cabaran terbesar Anwar adalah untuk memastikan Khalid bersetuju melepaskan jawatan berkenaan kepadanya.
Anwar boleh memukul canang memberitahu beliau bakal YAB Menteri Besar tetapi jika Khalid enggan melepaskannya, bermakna meloponglah ketua pembangkang itu.
Khalid masih memegang kad besar dan sebab itu, dalam game ini, Anwar hanya berani membayangkan beliau menggantikan Khalid.
Khalid tidak mungkin melepaskan kerusi Menteri Besar sewenang-wenang tanpa berharap sesuatu daripada ‘game’ sekarang.
Sudah tentu ianya bukan wang ringgit tetapi kuasa dan maruahnya yang harus ditebus gara-gara perbalahannya dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Walaupun pimpinan PKR cuba menafikan, desas desus Khalid mahu Azmin diketepikan dalam saf pimpinan PKR Selangor dan Azmin tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar sebagai antara syarat ‘serampang Kajang’ , bukan rahsia.
Khalid dan Azmin mungkin sama-sama berdendam.
Keputusan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR beberapa minggu lalu yang mahu Khalid melepaskan jawatgan tentu tamparan hebat buat Khalid tetapi keputusan itu tidak dilaksanakan.
Ianya mungkin kerana Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak memberi lampu hijau lagi dan tidak mustahil inilah senjata yang akan digunakan Anwar jika Khalid enggan melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.
Anwar tidak mungkin mahu rugi dalam game ini walaupun Khalid boleh tidak melepaskan jawatan itu kerana sokongan DAP dan PAS Selangor masih kuat kepadanya.
Mengenepikan cabaran Azmin yang sudah tertinggal di belakang, sandiwara kini tertumpu kepada Anwar dan Khalid siapa lebih berhak jadi YAB Menteri Besar.
Wasabi Oyabun..
Sabtu, 8 Februari 2014
Senator HINDRAF lepaskan semua jawatan kerajaan?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy pada petang Sabtu mengesahkan peletakan jawatan berkuatkuasa Isnin, 10 Februari ini.
Selain jawatan timbalan menteri, Pengerusi Hindu Rights Action Force (HINDRAF) itu turut meletak jawatan selaku Ahli Dewan Negara (Senator).
Pengunduran Waytha Moorthy daripada semua jawatan dalam kerajaan itu awalnya diumumkan Setiausaha HINDRAF, P. Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, peletakan jawatan Waytha Moorthy itu diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Pusat HINDRAF.
Alasan keputusan berkenaan ialah kerana HINDRAF mendakwa gagal melaksanakan janji untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi serta kemiskinan masyarakat India walaupun sudah lapan bulan Waytha Moorthy berada dalam kerajaan.
HINDRAF menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan pada 18 April tahun lalu dalam usaha menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.
Satu daripada inisiatif ialah dengan meletakkan pengerusinya sebagai wakil dalam kerajaan.
“Satu-satunya kekesalan HINDRAF ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini.
“Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka,” kata Ramesh.
Sementara itu Waytha Moorthy ketika dihubungi wartawan mengesahkan pekara itu. Menurut beliau, surat peletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun pihaknya belum menerima sebarang maklum balas.
Beliau turut mengakui keputusan itu diambil kerana sudah berputus-asa dan menganggap jawatan kerajaan yang disandangnya tidak membantu dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum India.
“Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Hindraf,” katanya.
Bagi penulis keputusan samada P. Waytha Moorthy mahu meletakkan jawatan atau tidak kerana kegagalan beliau membela nasib kaum India, terpulanglah kepada beliau sendiri! Yang penting segala rahsia kerajaan semasa beliau menjadi Timbalan Menteri hendaklah disimpan dengan baik selaras dengan akujanji yang beliau telah lafazkan! Bak kata pepatah biar pecah perut tetapi jangan pecah mulut?
Selanjutnya sila baca di sini.
Wasabi oyabun..
Khamis, 6 Februari 2014
Dilema politik MB Selangor?
Ahli Perkasa, Ahmad Zamani Imran bersama wakil penduduk Kajang mengangkat sepanduk Tolak Anwar" selepas membuat laporan polis untuk membantah tindakan ADUN Kajang, Lim Chin Cheh meletak jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, baru-baru ini.
Dalam usaha menamatkan pertelingkahan politik antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan drastik dengan meminta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di situ dan diuar-uarkan akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Melalui langkah itu, ia diharapkan meredakan perbalahan politik antara Abdul Khalid dan Azmin. Tetapi sudah wujud spekulasi bahawa apa yang berlaku sekadar sandiwara politik untuk menyingkirkan Abdul Khalid secara terhormat dan meletakkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
Keadaan inilah yang memungkinkan Abdul Khalid seperti mana dilaporkan oleh akhbar The Star meletakkan syarat hanya akan mengosongkan kerusi Menteri Besar jika Azmin berundur sebagai ADUN.
Sebenarnya, apa yang diperkatakan bukanlah satu rahsia. Menurut sumber dalaman PKR, Abdul Khalid sememangnya cukup berhati-hati dengan sebarang langkah politik yang dilakukan oleh Anwar.
Bagaimana kalau selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Anwar menang tetapi menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Azmin sedangkan ketika itu Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan?
Inilah perkara yang merisaukan penyokong-penyokong Abdul Khalid sebab itulah mereka mahu Abdul Khalid bertegas dengan tidak sewenang-wenangnya menerima pelan damai oleh Anwar, kata sumber itu ketika dihubungi.
Turut menjadi perkiraan Abdul Khalid kata sumber itu lagi adalah kemungkinan kalau pun Anwar menjadi Menteri Besar ia tidak lama.
Anwar mungkin akan menyerahkan jawatan itu kepada Azmin dengan pelbagai alasan dan ketika itu Abdul Khalid sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Justeru adalah penting bagi Abdul Khalid memastikan Azmin tidak ada dalam barisan wakil rakyat Selangor sebelum beliau meletakkan jawatan, kata sumber itu.
Sumber tersebut turut menegaskan, tidak mustahil juga untuk meredakan keadaan buat sementara waktu, Azmin dilantik menduduki Exco Kanan sebelum ditabalkan sebagai Menteri Besar.
Semua perkara ini perlu ditimbangkan oleh Abdul Khalid sebab itulah beliau perlu tegas dalam memastikan Azmin tiada laluan untuk berada dalam kepimpinan negeri Selangor, kata sumber itu.
Persoalannya, mampukah Abdul Khalid melawan kehendak politik Anwar, apatah lagi Menteri Besar Selangor itu sedang bertarung dengan orang kesayangan Anwar iaitu Azmin.
Tambahan pula seperti mana dilaporkan oleh akhbar ini, semalam, Anwar secara terbuka di hadapan penyokong-penyokong PKR di Permatang Pauh seolah-olah memperkecilkan kewibawaan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor.
Anwar mengakui wujud pelbagai masalah besar di negeri itu yang gagal diselesaikan kerajaan negeri yang diterajui oleh Abdul Khalid.
Kerajaan Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi masih terkawal. Saya akui negeri Selangor ditadbir dengan baik dalam bidang ekonomi, tetapi masalah gereja merupakan masalah paling berat di Selangor dan menjadi isu nasional. Jadi, saya perlu tampil membantu untuk selesaikan masalah yang wujud ini. Itu kata Anwar.
Tetapi apa yang menimbulkan persoalan, ketika Anwar dilihat meragui kemampuan Abdul Khalid, Ketua Pembangkang itu ketika mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PKR Kedah pada Ahad lalu menyatakan Abdul Khalid akan menjadi penasihat beliau dan pengarah PRK PKR di Kajang. Keadaan itu menimbulkan persoalan apakah permainan Anwar di sebalik keputusan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang.
Atas sebab itulah sudah wujud andaian bahawa jika Abdul Khalid tidak berhati-hati, beliau akan menjadi ibarat bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Ia memandangkan dalam keadaan apa pun Anwar dilihat tidak akan menyebelahi Menteri Besar Selangor itu, sebaliknya akan memihak kepada Azmin yang dianggap mempunyai pengaruh besar dalam PKR.
Abdul Khalid pula dilihat tidak memiliki sokongan yang kuat biar pun Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dikatakan berada di pihaknya.
Namun begitu setakat ini, Wan Azizah hanya diam membisu, beliau seolah-olah menyerahkan segala-galanya kepada Anwar untuk membuat percaturan politik, biar pun orang tahu sejauh mana hubungan Wan Azizah dengan Azmin.
Berikutan keadaan itu, ramai penyokong-penyokong PKR begitu yakin bahawa Abdul Khalid akan terkorban dalam permainan politik yang dicaturkan oleh Anwar kecuali beliau bertegas mahukan Azmin berundur.
Tetapi persoalannya apakah Azmin akan tunduk kepada kehendak Abdul Khalid dan adakah Anwar akan menyebelahi Abdul Khalid dengan meminta Azmin berundur? Kalau itulah yang diharapkan oleh Abdul Khalid, beliau boleh dianggap bermimpi di siang hari.
Ini kerana dalam apa situasi pun, Anwar sama sekali tidak akan mengorbankan Azmin dalam percaturan politiknya, sebaliknya beliau dikatakan bersedia bila-bila masa sahaja untuk memastikan Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar.
Atas sebab itulah, pengundi-pengundi DUN Kajang tidak harus terperangkap dengan agenda politik PKR. Fahamilah pilihan raya kecil yang bakal diadakan bukan terpaksa tetapi sengaja dirancang hanya semata-mata untuk menamatkan konflik dalaman PKR.
Selama ini, mereka sudah melihat bagaimana Abdul Khalid memerintah, malah Anwar sendiri mengakui dari segi ekonomi Menteri Besar Selangor itu berjaya, oleh itu kenapakah Abdul Khalid perlu dikorbankan semata-mata kerana bertelingkah dengan Azmin?
Bukankah pembangkang juga memuji Abdul Khalid kerana mentadbir negeri itu dengan bersih tanpa ada sebarang unsur penyelewengan, amalan rasuah atau salah guna kuasa?
Adakah kerana beliau berbalah dengan Azmin, maka jawatan Menteri Besar perlu dijadikan pertaruhan dan kerusi DUN menjadi perhitungan?
Apakah jaminan bahawa apabila Anwar sudah menjadi Menteri Besar, perbalahan politik antara Abdul Khalid dan Azmin akan berakhir? Sampai bilakah rakyat harus dijadikan pertaruhan semata-mata kerana pertelingkahan dalaman PKR?
Sememangnya kita bersimpati dengan Abdul Khalid kerana setelah bertungkus lumus menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan kemudian mempertahankannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, kini beliau akan kehilangan kedudukan hanya semata-mata kerana perbalahan politik dengan Azmin.
Mungkin kalau beliau bertelingkah dengan pemimpin PKR lain, Abdul Khalid tidak akan berada dalam situasi sekarang. Kini terserahlah kepada Menteri Besar Selangor itu bagaimana hendak memastikan lawan politiknya itu tidak mengaut keuntungan berikutan pengundurannya. Inilah dilema Abdul Khalid? -UMO
Wasabi Oyabun..
Ahad, 2 Februari 2014
Pengundi Permatang Pauh di 'kencing' lagi : Anwar akui PKR hadapi pelbagai masalah di Selangor?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan.
"Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.
"Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.
Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang.
Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik.
Kalau sehari tak menipu, bukan Anwar namanya!!!
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catatan (Atom)