Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 28 April 2013

PRU-13: Panasss...!!! Anwar berak kapur - 1,200 ahli PKR Permatang Pauh keluar parti?


PERMATANG PAUH 28 April - Kira-kira 1,200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Parlimen Permatang Pauh mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Cabang PKR 'bakal tutup' kedai dan Anwar sedang memikirkan TALIAN HAYAT sekarang..!!!

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 27 April 2013

#PRU13 - Gagal di Kelantan, Kini Husam Musa Sibuk Jual Temberang di Putrajaya?


Ketika pendedahan hangit Presiden PAS tentang calon-calon PKR yang menjadi penjual Pil Kuda & penyembah Komunis, Naib Presidennya Husam Musa sedang sibuk jual temberang di Putrajaya.

Mungkin ramai yang terpikat lakonan Husam Musa dengan sikap peramah & 'innocent' tetapi malangnya banyak kisah-kisah penipuan yang beliau lakukan di Kelantan.

Ramai yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Husam Musa dari projek Kambing Jamnapari, Ladang Rakyat sehingga lah Menteri Besar Kelantan sendiri ditipu hidup-hidup oleh Husam Musa dengan pelbagai projek pelancaran "Batu Asas'.



Rakyat wajar bertanya kepada Husam Musa tentang perkembangan terkini setiap 'Batu Asas' yang dilancarkan ?

Kepada para pengundi di Putrajaya, kalau tidak takut dengan musibah dari Allah swt, undilah manusia MUNAFIK bernama HUSAM MUSA ini. Celiklah mata fikir.. apa track recordnya di kawasan asalnya (Kelantan).. jika pengundi Putrajaya terlalu taksub dengan PAS.. maka PAS akan menang.. kebathilan akan berkuasa..dan jangan mengeluh jika kemurkaan Allah itu tiba bila kita mengangkat orangg MUNAFIK sepert HUSAM ini menjadi pemimpin..

Dan kini, banyak lagi janji-janji manis lagi palsu yang ditaburnya di Putrajaya. Jika dengan rakyat Kelantan pun Husam Musa mampu berbohong, takkan pengundi Putrajaya nak percaya janji-janji manusia MUNAFIK seperti HUSAM MUSA ini lagi ? Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 26 April 2013

PRU -13 : MB Khalid di saat 'nyawa-nyawa ikan' masih lagi nak perbodohkan rakyat dalam isu air?


Masih ada beberapa hari lagi sebelum Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim meninggalkan kerusi Menteri Besar Selangor, tapi dia masih terus menunjukkan sikap “bodoh sombong”nya dalam menangani isu krisis air di negeri termaju itu.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini, Khalid menegaskan bahawa dia mahu “merakyatkan” industri air di negeri itu, sekaligus menjadikan rakyat Selangor sebagai “tauke air” yang akan mengendalikan industri tersebut.

Apa motif Khalid untuk membabitkan rakyat dalam industri air? Tak cukupkah dia menyeksa rakyat Selangor dengan masalah gangguan bekalan air setiap hari? Dan kini dia nak suruh rakyat pening kepala menguruskan industri yang rumit dan berkos tinggi itu? Khalid sudah hilang akal, kah?

Sekiranya industri air untung di Selangor, maka rakyat sebagai “tauke”nya akan tersenyum dan memuji diri sendiri kerana hebat menguruskan air. Kalau rugi pula bagaimana? Khalid boleh “cuci tangan” dan dia akan menyalahkan rakyat sebagai tidak cekap menguruskan industri air, begitu?

Kenapa Khalid tidak “syarikat”kan saja Kerajaan Negeri Selangor dan terbitkan saham hak milik kerajaan negeri pada rakyat? Bukankah itu lebih “menguntungkan” Khalid? Kalau dia gagal, dia boleh salahkan rakyat kerana gagal uruskan kerajaan negeri dengan baik, bukan?

Hebat atau tidak otak “putar alam” Menteri Besar Selangor itu? Dia belajar dari mana? Dari “punahsihat ekonomi RM1” yang hampir menggadai negara pada IMF itu, kah?


Selain itu, Khalid tuduh pula pembinaan loji rawatan air Langat 2 sebagai tidak telus. Kononnya, Kerajaan Pusat mahu membina terlebih dahulu loji berkenaan sebelum membuat kajian mengenainya.

Khalid ini “buta” atau “pekak”? Dia tak tahukah sudah berkali-kali Kerajaan Pusat memberitahu bahawa tender projek pembinaan Langat 2 dibuat secara terbuka. Khalid tahu makna “tender terbuka”? Atau Khalid nak “disekolahkan” sekali lagi?

Projek Langat 2 yang mendapat bekalan sumber air mentah baru dari Pahang itu telah dikaji berkali-kali secara menyeluruh dan holistik sejak krisis air berlaku pada tahun 1998 dulu serta telah dibandingkan dengan pelbagai kaedah moden dan konvensyenal yang lain.

Hasilnya, projek berkenaan dibuktikan paling bagus dan layak untuk dilaksanakan untuk mengelak krisis air berlaku semula pada tahun 2014. Laporannya ada pada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Susah sangatkah Khalid nak faham fakta itu?

Lebih mempamerkan “kebebalan otak udang” Menteri Besar paling gagal dalam sejarah Selangor itu, dia mengatakan bahawa loji Langat 2 tidak penting berbanding projek penstrukturan semula industri air yang dia usahakan selama lima tahun dia berkuasa di negeri itu.

Khalid ini “bengap” sangat, kah? Penstrukturan air itu hanya melibatkan pengurusan air di mana kerajaan negeri perlu membeli semua syarikat konsesi air di negeri itu dan dikendalikan sendiri oleh kerajaan negeri yang memerintah Selangor.

Dia fikir senang nak ambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor? Khalid sudah habiskan banyak wang rakyat di Selangor, dari mana dia nak “korek” duit nak beli syarikat-syarikat itu? Dia nak beli pakai “bulu hidung” dia, kah?

Persoalannya, katakanlah Khalid berjaya menstruktur semula industri air di Selangor, apakah dia fikir masalah gangguan bekalan air di Selangor akan selesai dalam sekelip mata? Dia tahu tak punca krisis air yang dijangka akan melanda Selangor?

Selangor tidak punya sumber bekalan air mentah lagi dan sumber sedia ada sudah tercemar serta berada di “paras hidung”. Dalam ertikata lain, Selangor dan Lembah Klang memerlukan sumber bekalan air mentah baru. Itu punca sebenar! Bukan NRW, bukan SYABAS dan bukan Kerajaan Pusat!

Sebab itulah pakar-pakar industri air menegaskan bahawa pembinaan loji Langat 2 lebih penting berbanding perstrukturan semula air! Susah sangatkah Khalid nak faham? Nak kena cakap bahasa apa untuk fahamkan Khalid?

Kalau rakyat Selangor pun sudah faham dan marah terhadap prestasi Khalid sebagai “tukang saobtaj” kesejahteraan hidup mereka, takkan itu pun dia tak sedar lagi? Masih lagi nak merayu peluang kedua untuk duduk di kerusi empuk Menteri Besar dan perbodohka rakyat?

Sudahlah Khalid. Rakyat sudah serik dengan mainan politik dan “putar alam” seorang yang sama sekali gagal dalam menguruskan sebuah negeri termaju. Khalid lebih baik bersara dari terus merosakkan negeri Selangor dan menganiaya rakyatnya. Rakyat sudah muak…!!!

Wasabi Oyabun..

PRU -13 : Selama 5 tahun jadi MP Shah Alam, apa jasa Khalid Samad? ...HamPAS..!!!!


Kerusi Parlimen Shah Alam dihebohkan panas apabila calon baru daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Zulkifli Nordin yang satu ketika dahulu pernah menjadi ahli Pas dan PKR diletakkan di situ menentang calon Pas, Khalid Samad.

Pertembungan bekas rakan se-parti itu dianggap Khalid sebagai satu peluang kepada warga Shah Alam bagi memilih pemimpin mana dirasakan mampu membela nasib mereka.

“Di Shah Alam, tentangan saya adalah Zulkifli , saya rasa rakyat Shah Alam sudah kenal siapa beliau, tak perlulah saya nak cerita. Pandai-pandailah buat pilihan.

“Jika rakyat mahukan seperti itulah yang hendak menjadi wakil suara rakyat di Parlimen, maka pilihlah dia kerana saya tidak sanggup buat seperti mana dia lakukan.

“Tetapi jika rakyat mahukan suara yang berusaha hendak dapatkan keadilan untuk semua dan tidak bertindak seperti golongan yang ekstrem dan rasis maka rakyat pilihlah PR yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat tidak seperti BN,” katanya.


Khalid turut merasakan, beliau mampu menambat hati pengundi di Shah Alam kerana yakin rakyat telah melihat pandangan dan perjuangannya di Parlimen.

Sementara itu, Zulkifli pula dilihat tidak mudah melatah dengan kontroversi mengaitkannya yang didakwa rasis kerana pernah buat kenyataan menghina kaum India 10 tahun lalu. Sila baca di sini.

Baginya, perkara itu sudah berlalu dan beliau boleh diterima kaum India berdasarkan sokongan yang semakin kuat.

“Contoh dapat dilihat ketika penamaan calon, saya dicium dan didukung penyokong India, yang saya sendiri pun tidak sangka dia akan berbuat demikian.

“Kononnya desas desus menyatakan ada bantahan ketika pengenalan calon, nama saya untuk menjadi calon BN Parlimen Shah Alam mendapat tentangan Pemuda India, itu tidak benar kerana yang dukung saya itulah dia Pemuda India..,” katanya.

Jelasnya, beliau sudah pun memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung sikapnya dahulu yang diakui rasis serta ekstrem ketika masih menyertai Pas.

“Saya percaya mereka sudah dapat terima saya sebagai calon yang akan membawa semangat 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri kita,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 24 April 2013

PRU -13 : 'Tindakan Mat Taib tragedi menyedihkan' - Veteran UMNO!


Sambil menyifatkan satu "tragedi menyedihkan", Veteran Umno Malaysia melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib keluar parti itu dan menyertai Pas.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keputusan tersebut menunjukkan benteng waja ketahanan Muhammad sebagai ahli Umno tulen terbukti rapuh dan terkulai. Menurutnya, Veteran Umno begitu kecewa dan sukar mempercayai tindakan tersebut.

"Beliau adalah seorang pejuang tulen Umno yang tahan lasak dan tidak mudah patah semangat.

"Rekod cemerlangnya sebagai Menteri Besar Selangor, menteri pusat dan pernah memegang jawatan Naib Presiden Umno. berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, sungguhpun menghormati keputusan Muhammad, namun terkilan dengan alasan yang diberikan.

"Dengan alasan yang kononnya di Selangor tidak ada pengisian roh Islam walaupun negerinya maju, sedangkan beliau pernah mentadbir negeri itu.

"Adakah beliau terlupa untuk melaksanakan program pengisian roh Islam yang beliau maksudkan dan apakah selama ini kerajaan negeri Barisan Nasional tidak melaksanakan program-program pengisian roh Islam?" katanya.

Mustapha juga mempersoalkan sama ada pembinaan masjid di seluruh Selangor bukan usaha pengisian roh Islam.

"Apakah program dan projek untuk kebajikan rakyat seperti sekolah dan lain-lain bukan pengisian roh Islam?

"Veteran yakin beliau keliru dengan hala tuju politiknya. Keputusannya menyertai Pas bukan satu tindakan ikhlas, tetapi sebagai pelarian kepada masalah yang menghantui dirinya sekian lama," katanya.

Mustapha turut berharap Muhammad mendapat kepuasan dalam perpolitik.

"Semoga beliau akan dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjasa," katanya.

Muhammad secara rasmi menjadi ahli Pas semalam namun menafikan tindakannya itu adalah kecewa sebaliknya mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan menyertai Pas kerana mahu menambahkan ilmunya dahulu.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 23 April 2013

PRU -13 : Anwar perlu jelaskan 'pelanduk dua serupa'?

Adakah ini lelaki klon tersebut?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat terutama di Permatang Pauh mengenai pelanduk dua serupanya yang gagal dibawa ke Madrasah An-Nahdhoh semalam.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, kegagalan tersebut dikatakan berikutan tindakan 'personaliti' itu meminta bayaran yang lebih.

Semalam, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .


Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kami ingin bertanya kepada Anwar, apakah kegagalan membawa pelanduk dua serupa di Madrasah An-Nahdhoh malam tadi berkaitan dengan permintaan 'personaliti' itu yang meminta bayaran lima kali ganda lebih tinggi daripada bayaran asal.

2. Kami difahamkan personaliti itu meminta bayaran berkenaan kerana sekarang adalah musim pilihan raya dan mendapat maklumat bahawa pihak Anwar mempunyai wang bagi mengelirukan rakyat Malaysia dengan menggunakannya.

3. Kami tidak membuat tuduhan melulu, cuma mahu Anwar tampil memberi penjelasan sebenar kerana rakyat terutama pengundi di Permatang Pauh mahu tahu perkara sebenar.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 21 April 2013

PRU -13 : Rezeki bergolek- Nik Aziz@Pok Nik?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @Pok Nik menyifatkan tindakan DAP menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai bukti parti tersebut menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Malah beliau menyifatkannya sebagai 'rezeki bergolek' kepada Pas yang kini berpakat dengan parti tersebut dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun pada asasnya dasar perjuangan mereka berbeza.

"Mana boleh orang sokong bulan kalau tidak kerana gerakan Islam dan DAP terima sepenuhnya, saya syukur kepada Allah Taala, ini kita panggil rezeki bergolek," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di sini hari ini.

Menurutnya penggunaan logo Pas oleh DAP tidak akan menimbulkan masalah kepada ahli di peringkat akar umbi kerana yakin mereka memahami perkara itu. Ditanya alasan Pas membenarkan DAP menggunakan logo parti itu, Nik Abdul berkata: "DAP sudah rapat dengan Islam."


Sementara itu, DAP tetap menolak dasar Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar Pas.

Sebaliknya, jelas beliau, tindakan tersebut hanya melambangkan kerjasama utuh kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini.

"Namun, itu semua adalah tidak penting kerana matlamat kita sekarang memastikan pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor, hari ini.

Selain itu, Karpal menambah, pihaknya lega memandangkan DAP dibolehkan untuk menggunakan simbol roket dalam pilihan raya umum ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat watikah yang dikeluarkan parti. Jadi DAP akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi identiti parti sejak lebih 40 tahun lalu," ujarnya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 20 April 2013

PRU -13 : Ahli Pas DUN Selising tolak pencalonan Saiful Bahrin?




Keputusan Pas mencalonkan semula Saiful Bahrin Mohamed bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di sini mendapat tentangan sebahagian besar ahli dan penyokong tegar parti itu.

Bagi menyatakan bantahan, mereka telah melantik Setiausaha Pas Cawangan Danan Timur yang Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas kawasan, Ibrahim Ismail untuk bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Ibrahim ketika ditemui memberitahu, pencalonan beliau dibuat bagi menunjukkan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih memilih Saiful Bahrin untuk terus bertanding, meskipun ditentang oleh sebahagian ahli dan penyokong parti.

Dakwanya, beberapa surat bantahan telah dihantar kepada Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta beliau selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan menukar calon lain yang difikirkan bersih dan tidak terpalit skandal.

Kami bukan kumpulan yang menentang perjuangan Pas tetapi hanya mewakili sebilangan besar pengundi, ahli dan penyokong kuat Pas yang tidak bersetuju Saiful Bahrin dikekalkan sebagai calon PRU-13.

Saya akan bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang tiga bentuk anak kunci dan mengambil borang penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dalam tempoh terdekat bagi menyempurnakan proses berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tahlil bersama penyokongnya di kediamannya di Taman Perumahan Selising, dekat sini malam tadi.

Ibrahim berkata, kes khalwat di atas kereta api yang dikaitkan dengan Saiful Bahrin masih gagal dipadamkan dan ia sepatutnya diselesaikan agar dakwaan tersebut tidak dijadikan isu politik oleh parti lawan.

“Pas DUN Selising mahukan calon wakil rakyat mereka bersih khususnya membabitkan peribadi. Sebagai parti yang memperjuangkan agenda Islam, isu-isu seumpama itu seharusnya tidak berpanjangan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 19 April 2013

Penamaan Calon Di Shah Alam Selesai!


Ibarat buku bertemu ruas. Pertandingan satu lawan satu di Parlimen Shah Alam antara BN dan Pas. Kelihatan Khalid Samad 'berpeluh' apabila bertemu dengan seteru beliau, Datuk Zulkifli Nordin.

Wasabi Oyabun..

Sekitar penamaan calon di Shah Alam!




Datuk Zulkifli Nordin bersama Datuk Nawawi dan Ustaz Yusof sedang menunggu depan pintu masuk pusat penamaan calon untuk Parlimen Shah AlamN Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik.

Wasabi Oyabun..

PRU 13: "Pemimpin, Penyokong PAS Sokong Saya," - Zulkifli Nordin!


Datuk Zulkifli Noordin mendakwa pencalonannya sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Shah Alam turut mendapat sokongan beberapa tokoh dan pemimpin PAS negeri serta pusat.

Dengan bantuan dan dokongan kuat jentera BN Shah Alam, beliau yakin dapat menggugat kubu 'lawannya' iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Khalid Samad.

"Sebaik sahaja diumumkan sebagai calon, saya menerima lebih 500 sms daripada mereka mengucapkan tahniah dan menyokong saya termasuk daripada tokoh dan pemimpin PAS".

Beliau juga percaya dapat menarik undi daripada penyokong PAS yang telah muak dengan perjuangan parti berkenaan yang semakin menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya.

"Saya juga terkejut menerima panggilan daripada salah seorang pemimpin PAS yang menyokong saya dan berharap saya akan menang kerusi Parlimen Shah Alam".

Zulkifli yang juga bekas peguam Anwar Ibrahim sebelum ini pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR ) bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutunya PAS, Khalid Samad berkenaan isu Kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP pada tahun 2010.

"Saya yakin 100% akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam bersama dokongan BN".

beliau yang terkenal dengan tindakan menentang arus dalam PKR bertindak keluar daripada sidang Lembaga Disiplin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri dari bukan Islam.

Wasabi Oyabun...

Selasa, 16 April 2013

PRU -13 : Isu skandal seks - Pas bergolak, Hadi tertekan?


Isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dikatakan bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam Pas malah memberi tekanan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tegas bagi memelihara maruah Pas.

Sumber dalaman memberitahu, ahli-ahli Pas kini berada dalam keresahan berikutan sikap Abdul Hadi yang dilihat begitu mempertahankan Mustafa tanpa membuat siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman video tersebut.

''Kami hairan kenapa Abdul Hadi bermati-matian mempertahankan Mustafa, soalnya sudahkah beliau menonton video tersebut. Ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat tindakan tegas bukannya terus membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku adalah satu fitnah," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, dalam menghadapi isu yang dianggap cukup serius dan boleh memberi kesan yang amat buruk kepada Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 itu, Abdul Hadi sepatutnya mengambil tindakan tegas termasuklah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.

''Sebelum ini Abdul Hadi sendiri sering berhujah dengan menggunakan maksud surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang- orang yang menyesal."

''Dalam ayat ini Allah SWT mahu kita menyiasat kesahihan berita yang tersebar tetapi kenapakah dalam kes yang dikaitkan dengan Mustapa, Abdul Hadi cepat-cepat membuat andaian bahawa itu semua tohmahan dan fitnah," katanya.

Sumber itu menegaskan, sikap Abdul Hadi itu amat menghairankan kerana beliau membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada apa yang berlaku satu fitnah atau tidak.

''Saya difahamkan Abdul Hadi telah dikunjungi oleh ramai ahli-ahli Pas akar umbi yang menerima rakaman video itu menuntut Presiden Pas tersebut menyatakan pendirian dan membuat tindakan.

''Keadaan ini memang meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan tertekan tetapi apa yang mengejutkan beliau masih belum mahu berbuat apa-apa dan ini boleh memberi kesan tidak baik kepada politik Pas," kata sumber itu lagi.

Selain itu, kata sumber tersebut lagi, ahli-ahli Pas juga mahukan Mustafa melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

''Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah Pas," kata sumber itu lagi.

Sumber itu juga menegaskan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan merupakan orang kanan dalam kepimpinan parti, Mustafa perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama Pas terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan," katanya.

Ditanya apa reaksi golongan ulama dalam Pas berhubung kejadian itu, sumber itu menjelaskan, mereka berada dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada Pas.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi," kata sumber berkenaan.

Sumber itu juga bersetuju dengan pandangan bahawa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama perlu membuat pendirian dalam kes tersebut.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 14 April 2013

PRU -13 : Halang Anwar jadi PM?


Nama YUKTES VIJAY hanya diketahui ramai setelah pemuda berusia 25 tahun itu menulis dua surat terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.
Kandungan surat-surat itu yang antaranya disiarkan oleh blog AIDC (http://www.anwaraidc.com) memang mengejutkan kerana ‘cerita-cerita dalaman’ berhubung kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut didedahkan.

Lebih mengejutkan, Yuktes yang pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada peguam yang mengendalikan kes tersebut, Sankara Nair, mengakui beliau sangat mengagumi Anwar yang dianggap sebagai idolanya.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini, Yuktes menyatakan penyesalannya kerana membiarkan dirinya terpedaya dengan karisma Anwar.

Matlamat perjuangannya kini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak melakukan kesilapan yang serupa. Tegas Yuktes, beliau tidak mahu melihat Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri.


MINGGUAN: Bilakah saudara mula bertemu dengan Anwar?

YUKTES: Tiga minggu selepas saya bekerja dengan Sankara Nair. Lokasinya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, kes saman fitnah Anwar terhadap Dr. Mahathir. Saya memang sangat gembira. Maklumlah, dapat berjumpa dengan idola saya buat kali pertama. Malah, saya bercita-cita ingin menjadi seperti Anwar. Beliau kata ingin membawa reformasi di negara ini dan melawan korupsi. Saya pun percaya kata-kata Anwar. Siapa yang tidak suka kalau ada orang yang ingin membawa kebaikan untuk negara kita.

Pada perjumpaan pertama itu, saya dapati Anwar seorang yang mudah mesra. Soalan pertama yang beliau tanya ialah berapa umur saya. Saya pun memberitahu Anwar umur saya 22 tahun. Kemudian, beliau tanya sama ada saya sudah mengisi borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi saya jawab tidak berminat dalam bidang politik kerana ingin menjadi seorang peguam.

Kembali kepada kisah saya bekerja dengan Sankara Nair. Saya tidak merungut sedikit pun sebab saya rasa seperti sangat beruntung kerana didedahkan dengan kes yang paling besar dan berprofail tinggi di Malaysia pada masa itu. Saya baru sahaja tamat pengajian. Jadi, mengapa saya perlu merungut? Semua kawan-kawan saya mahu berada di tempat saya.

Ketika saya mula menghadiri perbicaraan kes itu di mahkamah, Mohd. Saiful Bukhari telah selesai memberi keterangan. Berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan nota-nota mahkamah, saya mendapati ada sedikit persamaan antara kami berdua. Mohd. Saiful Bukhari memberitahu mahkamah, Anwar ialah idolanya. Anwar pun idola saya ketika itu. Pada masa itu saya amat membenci Mohd. Saiful Bukhari kerana beliau cuba mencaci idola saya. Perasaan saya terhadap Anwar boleh diibaratkan seperti perasaan seorang peminat terhadap selebriti pujaannya. Apa sahaja yang Anwar kata, saya percaya. Secara jujur, saya amat membenci akhbar Utusan Malaysia dahulu. Sekiranya saya dapati nasi lemak dibungkus dengan akhbar Utusan Malaysia, saya pasti tidak akan membelinya.

Bagaimana saudara tersedar dengan tembelang Anwar?

YUKTES: Kesangsian terhadap Anwar timbul pada 21 Mac 2011. Saya pasti 100 peratus kerana itu tarikh lahir saya. Kira-kira pukul 2 petang, Sankara Nair memasuki pejabat dan mengajak saya ke rumah Anwar di Segambut Dalam. Di dalam kereta, Sankara Nair memberitahu, beberapa orang kenamaan bergelar ‘Datuk’ sedang menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara. Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang berlaku kerana tidak mendengar sebarang berita pun. Tiada laporan tentang perkara itu oleh MalaysiaKini.



Tiba di rumah Anwar, saya lihat isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Setiausaha Akhbar Anwar, Ikmal Ahmad; pemimpin PKR, R. Sivarasa dan dua lagi individu yang saya tidak kenali berkumpul di sebuah bilik. Kalau tidak silap, pada masa yang sama, kumpulan wartawan yang pertama sedang menonton video seks di Hotel Carcosa Seri Negara. Lima minit kemudian, Anwar memasuki bilik itu dengan memakai singlet dan kain sarung. Beliau duduk di kerusi dan saya seterusnya menyatakan rasa simpati terhadap beliau dan berjanji akan mempertahankan namanya.

Kami berbincang bagi mencari alasan bagi menafikan dakwaan yang bakal timbul susulan penayangan video seks itu. Salah satu alasan yang dicadangkan adalah video seks tersebut direka menggunakan teknologi CGI (computer-generated imagery). Saya beritahu Anwar, alasan ini sukar diterima kerana penghasilan klip video berdurasi 15 minit menggunakan teknologi CGI memerlukan perbelanjaan yang besar. Anwar kata UMNO ada banyak duit. Semasa berbincang, kami juga mencipta alasan kononnya lelaki dalam video seks itu memakai topeng. Seperti yang dipraktikkan dalam filem Hollywood. Namun, buat pertama kalinya, saya rasa kurang senang dengan Anwar. Saya berkata di dalam hati, tiada siapa yang tahu lelaki di dalam video itu ialah Anwar. Mengapa beliau panik?

Apa reaksi Anwar ketika itu?

YUKTES: Bila dalam keadaan resah, Anwar akan menggerakkan jari-jari tangannya. Saya melihat situasi yang sama berlaku dan muka beliau kelihatan resah. Dalam keadaan normal, riak wajah Anwar ceria dan peramah. Setelah kumpulan kedua dibawa masuk menonton video seks di Hotel Carcosa Seri Negara, timbul desas-desus mengatakan seorang pemimpin pakatan pembangkang terlibat. Tetapi, sesiapapun boleh dikaitkan. Boleh jadi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Mengapa Anwar harus panik. Saya tidak fikir Kit Siang akan panik setelah mendengar desas-desus itu. Saya pun hairan. Anwar seorang yang rasional dan bijak. Mengapa Anwar panik disebabkan oleh video yang beliau sendiri tidak pernah menontonnya?


Saya masih ingat lagi kami dihidangkan teh dan karipap oleh Dr. Wan Azizah. Selepas sejam berada di rumah tersebut, saya perasan Dr. Wan Azizah berbisik kepada Anwar, ‘‘Bang, jam tak ada." Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Dr. Wan Azizah. Saya terdengar Anwar seolah-olah berkata, ‘‘Tak apa, tak apa, tak apa." Tidak lama kemudian, saya kembali ke pejabat dan imej video tersebut mula tersebar. Sankara Nair memberitahu saya, isu itu masih belum membabitkan soal perundangan dan kami tidak perlu masuk campur kerana akan diuruskan oleh ‘budak-budak politik’. Sebelum keluar dari rumah, saya terdengar mereka membuat perancangan berkaitan dengan ‘perut buncit’. Semasa Anwar menunjukkan perutnya dahulu, beliau masih memakai baju. Namun, semasa di rumah Anwar pada 21 Mac 2011, saya nampak perutnya memang buncit. Kesangsian saya terhadap Anwar semakin bertambah.

Saya semakin ragu apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah membuat kenyataan meminta Anwar menjelaskan di manakah jam tangan Omega. Saya kaitkan kenyataan Shazryl Eskay itu dengan bisik-bisik di antara Dr. Wan Azizah dan Anwar. Pada masa itu, kelihatan seperti masuk akal. Bagaimanapun, saya tidak berfikir panjang tentang perkara itu. Saya fikir, setiap lelaki ada ‘keperluannya’ sendiri, jadi apa masalahnya. Saya tahu perbuatan yang ditunjukkan dalam video seks itu salah mengikut Islam tetapi saya anggap itu perkara biasa. Saya pun tidak kisah. Pada masa yang sama, perbicaraan kes tuduhan Anwar meliwat Mohd. Saiful Bukhari sedang berjalan.

Mengikut pemerhatian saudara, bagaimana sikap Anwar semasa perbicaraan kes itu?

YUKTES: Beliau selalu berdolak-dalik. Isu laporan perubatan oleh Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) merupakan salah satu contoh. Anwar kata laporan itu bermasalah kerana tidak diisi dengan betul. Saya bukan peguam tersohor seperti Karpal Singh tetapi secara logiknya, kita seharusnya memanggil individu yang mengisi borang itu ke mahkamah. Lebih mudah untuk membuat pengesahan dengan individu terbabit. Sebaliknya, Anwar mendesak supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah digantikan dengan hakim yang lain.

Tiga kali Anwar mengemukakan permohonan menukar hakim. Mengapa Anwar berbuat demikian? Pada masa itu, situasi perbicaraan seperti memihak kepada pihak pembelaan. Saya kemudiannya menyedari semua itu hanyalah permainan Anwar. Itulah sebabnya perbicaraan kes tersebut memakan masa paling lama dalam sejarah Malaysia. Tiga tahun lebih. Semua orang sangka perbicaraan itu konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN). Sebenarnya, tidak. Bagaimana keadaan itu boleh berlaku? Ia disebabkan tindakan Anwar memfailkan sebanyak 56 permohonan dan rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.


Anwar juga pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam konspirasi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari. Saya mula sedar kes itu bukan satu konspirasi apabila pihak pembelaan menyoal ibu angkat Mohd. Saiful Bukhari, Datuk Mumtaz Jaafar. Mumtaz memberitahu, beliau tidak mahu membawa Mohd. Saiful Bukhari berjumpa dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Jadi, Mumtaz membawa Mohd. Saiful Bukhari bertemu Pegawai Khas Najib, Khairil Anas Yusof untuk membuat temu janji.

Semasa perbicaraan, saya masih kurang jelas apa yang sebenarnya berlaku. Setelah bekerja di pejabat penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, baru saya tahu. Katakan ada seorang pemuda ingin berjumpa Kamalanathan berhubung permohonan biasiswa dan saya mengaturkan temu janji antara mereka berdua. Namun, sekiranya pemuda itu mengemukakan masalah lain dalam pertemuan itu, Kamalanathan tidak bersalah. Begitu juga dengan Najib. Beliau tidak tahu tentang masalah sebenar Mohd. Saiful Bukhari. Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri bertemu Mohd. Saiful Bukhari atas temu janji diatur Pegawai Khasnya. Selepas Mumtaz disoal siasat, baru saya tahu penglibatan Najib di dalam kes Mohd. Saiful Bukhari adalah secara tidak langsung. Sebagai graduan undang-undang, saya percaya dengan apa yang saya lihat. Memang tiada langsung bukti yang membabitkan Najib dalam konspirasi seperti yang didakwa Anwar.

Kami juga menerima maklumat Timbalan Ketua Polis Pahang sekarang, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (pada masa itu berpangkat Asisten Suprintendan) pernah mengadakan pertemuan dengan Mohd. Saiful Bukhari di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor. Jadi, kami fikir kes ini satu konspirasi. Anwar juga begitu yakin beliau akan dipenjarakan. Katanya, cemarkan nama BN sebanyak yang mungkin.

Saya juga meragui hujah-hujah yang dikemukakan Anwar bagi menjelaskan sebab beliau berada di Kondominium Desa Damansara yang dikatakan sebagai lokasi kejadian liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari. Anwar kata tujuannya berada di kondominium itu adalah untuk berjumpa pakar ekonomi. Fakta itu tidak pernah dibuktikan. Masalahnya, terdapat rakaman video menunjukkan dua lelaki Cina masuk ke dalam kondominium tetapi apabila Mohd. Saiful Bukhari masuk, dua lelaki terbabit telah keluar. Kami di pihak pembelaan mencari jalan untuk menafikan Mohd. Saiful Bukhari berada di dalam bilik bersama Anwar.

Jadi, saya menyamar sebagai ejen hartanah dan dibenarkan masuk ke kondominium terbabit setelah memberi kata laluan ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan. Timbul idea pada masa itu. Saya lihat ada kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam pergerakan keluar dari lif tetapi tiada CCTV yang merakam pergerakan masuk ke dalam kondominium. Undang-undang sebenarnya berkait rapat dengan aspek teknikal. Dengan memanipulasi aspek teknikal, kami telah berjaya mencipta keraguan munasabah. Mohd. Saiful Bukhari memang berada di dalam kondominium tetapi tiada bukti menunjukkan beliau berada di dalam bilik yang sama dengan Anwar.


Walaupun berjaya mencari jalan untuk membantu Anwar, rasa sangsi terhadap idola saya itu masih ada. Saya sering ponteng kerja. Namun, saya sering berkata kepada diri sendiri, ‘‘Apa masalahnya kalau kita ada seorang Perdana Menteri yang biseksual?'' semata-mata untuk menyedapkan hati. Saya juga semakin kurang rapat dengan Anwar. Semasa menyaksikan perbicaraan kes Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari, saya selalu duduk di bahagian belakang dan tidur. Keluarga saya pun mula menghadapi masalah kewangan. Saya terpaksa meminjam duit daripada kawan-kawan. Ada di antara mereka yang mencaci saya tetapi saya tidak tergamak memberitahu mereka, saya tidak dibayar gaji walaupun bekerja untuk Anwar. Ironinya, semua kawan-kawan saya itu merupakan penyokong pakatan pembangkang.

Difahamkan saudara telah menulis tiga surat terbuka kepada Anwar setakat ini. Dari surat-surat itu, dapat diandaikan saudara seperti membenci Anwar. Apakah punca yang menyebabkan saudara berubah hati terhadap beliau?

YUKTES: Kebencian terhadap Anwar yang pernah saya jadikan idola timbul selepas demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur tahun lalu. Untuk makluman, saya turut menyertai demonstrasi itu. Saya berada di sekatan polis paling hadapan yang memisahkan peserta demonstrasi dan Dataran Merdeka. Kira-kira pukul 5 petang, saya ternampak sekumpulan ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menendang sekatan polis. Petugas-petugas Unit Amal Pas cuba menghentikan perbuatan itu tetapi ahli-ahli SAMM terus melakukannya.


Selepas itu, pihak polis mula bertindak. Saya juga nampak Tian Chua berdiri berhampiran sekatan polis. Dalam suasana yang agak kecoh itu, saya terlihat pihak polis cuba menahan seorang lelaki manakala seorang wanita yang dipercayai kenalan lelaki itu cuba menghalang. Tanpa membuang masa, saya cuba menyelamatkan wanita terbabit. Kemudian, berlaku pergelutan antara saya dan beberapa anggota polis dan akhirnya saya terlantar di hadapan perkarangan Kelab Diraja Selangor.

Ketika itu, saya dapat melihat wajah sebenar Tian Chua. Beliau tahu saya bekerja untuk siapa. Sebagai seorang manusia, Tian Chua sekurang-kurangnya akan berdiam diri atau memberi saya minum air. Sebaliknya, Tian Chua terus memberi ceramah secara spontan dan mengaitkan saya sebagai ‘mangsa keganasan polis’. Tian Chua tergamak menjadikan saya sebagai bahan untuk berceramah. Kecederaan yang saya alami agak parah dan saya dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama empat hari. Semasa terlantar menahan kesakitan di hospital, tidak pernah walau sekali pun Anwar melawat saya atau menghubungi saya untuk bertanya khabar. Saya semakin geram dengan perangai Anwar setelah melihat rakaman video di YouTube yang menunjukkan beliau memberi isyarat tangan kepada peserta demonstrasi untuk merempuh sekatan polis. Saya tahu peserta demonstrasi tidak akan bertindak begitu sekiranya tiada arahan daripada Anwar dan saya tahu arahan itu memang salah.

Sivarasa pernah menghubungi saya sebaik sahaja keluar dari hospital. Pada mulanya, saya gembira kerana masih ada pemimpin PKR yang prihatin dengan nasib saya. Namun, kegembiraan itu pudar apabila Sivarasa meminta saya menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam tentang Bersih 3.0 pada 11 Mei 2012. Sivarasa mahu saya mengumumkan bahawa saya dipukul anggota polis kerana membantu Anwar. Saya amat kesal dengan Sivarasa kerana saya ditangkap bukan atas sebab itu. Memang saya salah kerana menghalang tugas polis menahan peserta demonstrasi. Saya tidak menghadiri EGM Majlis Peguam itu setelah Sankara Nair menasihatkan saya tidak perlu melakukan seperti yang diminta Sivarasa.

Mungkin ada pihak yang menuduh saudara menulis surat-surat terbuka itu atas motif politik.

YUKTES: Tiada motif politik langsung. Memang saya bekerja dengan Kamalanathan sejak September 2012 tetapi beliau tidak tahu langsung tentang surat-surat yang saya tulis. Kamalanathan hanya tahu setelah membaca surat-surat yang disiarkan portal berita Free Malaysia Today. Saya mengagumi Kamalanathan setelah melihat sendiri keikhlasan beliau berkhidmat untuk rakyat. Kamalanathan ialah imej seorang ahli politik yang saya ingin lihat pada diri Anwar. Malangnya, Anwar lebih banyak berpolitik daripada membantu rakyat.


Mengapa saya berani menulis surat terbuka kepada Anwar? Saya tidak mahu negara ini hancur sekiranya Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri. Saya tidak faham kenapa masih ada orang yang percaya dengan janji-janji kosong Anwar hendak turunkan harga minyak, hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan turunkan tol. Saya bukan pakar ekonomi tetapi bila Anwar kata keuntungan Petronas kira-kira RM70 bilion setahun akan digunakan untuk menampung kos subsidi, ia seperti tidak logik. Bila harga minyak diturunkan, sudah tentu keuntungan Petronas semakin menyusut, bukan RM70 bilion lagi. Saya berani bertaruh, Anwar tidak akan menunaikan semua janjinya sekiranya beliau mengambil alih pentadbiran negara.

Saya juga bosan dengan sikap Anwar apabila diasak dengan soalan-soalan berkaitan skandalnya oleh pihak media. Dalam isu video seks, saya tidak faham mengapa Anwar tunjukkan perutnya kepada orang ramai. Langkah terbaik adalah tunjukkan jam tangan Omega sekiranya beliau masih menyimpannya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 13 April 2013

PRU -13 : Majlis Syura Ulama perlu bertindak - Hasan Ali?


Pendedahan video aksi seks seorang lelaki menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bakal memberi pukulan maut kepada parti itu, jika persoalan besar melibatkan maruah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tersebut tidak ditangani dengan serius.

Ini kerana tiada jalan keluar yang mudah bagi Pas dalam isu tersebut memandangkan video seks berkenaan sudah tersebar dengan meluas sehingga imej serta maruah parti yang didakwa berlandaskan al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas itu sudah tercemar di kalangan rakyat.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pucuk pimpinan parti terutama Majlis Syura Ulama perlu menyiasat dengan terperinci video berkenaan dan sekiranya siasatan mendapati benar, maka jawatankuasa disiplin harus memecat keahlian pemimpin tersebut.

Selain itu katanya, Mustafa mesti tampil ke hadapan untuk mengiya atau menafikan perlakuan sumbang tersebut dan jika yakin tidak bersalah, perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang terlibat bukan diri beliau.



Pada masa yang sama, Hasan turut menyelar sikap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang seolah-olah memandang sebelah mata isu moral tersebut apabila secara terbuka mendakwa ia satu fitnah dan meminta pucuk pimpinan parti tidak perlu menyiasat kesahihan video itu.

Sambil menjadikan kes pemecatan seorang Ahli Parlimen Pas di kawasan Parit, Perak, Hashim Gera pada tahun 70-an hanya kerana terlibat dalam majlis tari-menari sebagai contoh, Hasan berkata, sebagai sebuah parti berteraskan Islam tidak boleh ada tindakan pilih bulu.

"Sekiranya saranan ini tidak dilakukan, saya berkeyakinan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti akan menjadi pilihan raya terburuk dalam sejarah Pas akibat penolakan pengundi Melayu terhadap parti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 12 April 2013

TERKINI : Mustapa Ali Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta?


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali hari ini umum perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.

Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.

“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya”.

Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 11 April 2013

Polis Dapat Kesan Dua Pemuda Edar VCD Lucah pemimpin Pembangkang?



Polis berjaya mengesan perbuatan mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang oleh seorang lelaki di daerah Besut hari ini.

Kejadian itu dikesan di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Perumahan Lorong Hidayah di Kampung Alor Lintang, Besut.

Video cakera padat beserta sejumlah gambar 'aksi' pemimpin pembangkang itu di dalam sampul surat itu diletakkan di pekarangan rumah penduduk sekitar kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung pengedaran video seks itu kira-kira pukul 7.40 pagi tadi di Balai Polis Kampung Raja, Besut.

"Bagaimanapun, lelaki yang mengedarkan sampul surat mengandungi gambar dan VCD itu gagal dikesan dan pihak polis sedang menjejaki lelaki tersebut berdasarkan maklumat yang diterima dan tangkapan akan dibuat sedikit masa lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 10 April 2013

PRU -13 : SAH...!!! Papagomo cabar Anwar di Permatang Pauh?



Pengendali blog, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada di kawasan Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan yang ditandingi Ketua Pembangkang itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Papagomo, keputusan itu bagi menunjukkan beliau benar-benar serius meminta Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara seperti diminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih sedekad lalu.

Katanya, beliau sebelum ini sudah memberi amaran supaya Anwar berundur bagi mengelak video aksi homoseksual yang dikaitkan beliau dengan Anwar dipaparkan kepada umum, namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berdegil.

"Dr. Mahathir memberikan Anwar peluang untuk tidak diaibkan, jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya, Dr. Mahathir lakukan dengan memberikan amaran dan nasihat kepada Anwar berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dahsyat," katanya.


Kenyataan Papagomo itu dibacakan wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Rafi yang juga Presiden Media Nadi Rakyat Malaysia (MNRM) membeli dua Borang Pencalonan Calon berharga RM20 setiap satu di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan di sini.

Dalam pada itu, Mohamad Rafi menambah, keputusan Papagomo tersebut bagi mendedahkan sepenuhnya kepada rakyat watak sebenar Anwar dan berpendapat pilihan raya umum kali ini merupakan platform paling sesuai berbuat demikian.

Menurutnya, Papagomo mempunyai lebih daripada satu video membabitkan Ketua Pembangkang itu untuk didedahkan kepada umum sepanjang tempoh berkempen nanti.

Kata beliau, walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mendakwa video hanyalah 'besi' yang tidak boleh dijadikan bukti, pihaknya percaya rakyat berfikiran sebaliknya dan bijak menilai sesuatu isu.

"Harapan kami kepada rakyat supaya mereka menolak Anwar dan Parti Keadilan Rakyat kerana pemimpin pembangkang itu dan PKR perlu dikuburkan," katanya.

Sementara itu, katanya, MNRM mempunyai kira-kira 7,000 ahli di seluruh negara yang akan digerakkan bagi membantu kempen Papagomo menentang Anwar.

"Kami juga akan berusaha mencari dana dan menaja segala gerak kerja Papagomo nanti dan Papagomo akan ditampilkan pada hari penamaan calon," katanya.

Anwar sebelum ini bertindak menyaman Papagomo berhubung beberapa keping gambar intim yang didakwa beliau melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang lelaki walaupun gambar tersebut sebenarnya disiarkan di blog Raja Goyang.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 8 April 2013

PRU -13 : Pejabat Peguam Negara digesa siasat bapa Saiful?



Badan Bertindak Anti-penyelewengan Negeri Kedah mendesak pihak berkuasa khususnya Pejabat Peguam Negara menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, Azlan telah berniat jahat cuba mencemarkan institusi diraja pada 14 Disember 2010 apabila melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam kes liwat anaknya dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Azlan telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campur tangan tuanku supaya mempercepatkan prosiding mahkamah yang telah ditangguh berkali-kali oleh Anwar kononnya atas alasan keadilan untuk anaknya.

"Dalam surat bertarikh 14 Disember 2010 itu, dengan jelas Azlan menyatakan Anwar terlibat dalam tuduhan liwat ke atas anaknya.

"Kemudian, pada 8 Mac 2013, Azlan telah menukar kenyataannya secara umum dengan menyatakan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Azlan Mohd. Lazim ketika dalam perjalanan menuju ke Istana Negara.

Menurut Khairul, tindakan Azlan itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang cuba memperolok-olokkan serta mencemar institusi diraja.

"Saya dengan tegas mempertikaikan perbuatan biadab Azlan ini dan mendesak supaya dia bertanggungjawab membuat permohonan maaf secara terbuka terutama kepada institusi diraja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) negeri Kedah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, Azlan tidak sewajarnya terlepas daripada tindakan undang-undang dalam perkara itu.

"Saya mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera secara terperinci dan Peguam Negara tidak memandang ringan terhadap perbuatan ini dengan mendakwa Azlan secepat mungkin," katanya.

Dalam sidang akhbar pada 8 Mac lalu, Mohd. Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa dia pernah diliwat oleh Anwar pada 2008, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya tuduhan ke atas Ketua Pembangkang itu adalah satu fitnah.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful tetapi kes itu akan didengari di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 7 April 2013

Keluhan bekas perajurit - Jangan peduli 'jeneral lapuk'?



Saya sebagai bekas perajurit yang menerima kecacatan kekal kerana bertempur dengan pengganas komunis pada 19 Mac 1970 merasa amat kesal dan patah hati apabila membaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 2013.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff menyatakan ada bekas-bekas jeneral bergabung dengan parti pembangkang berceramah memperlekehkan keupayaan para tentera kita.

Perkara ini amat memalukan dan juga mencerminkan betapa rendahnya nilai perjuangan mereka. Saya menganggap mereka itu seperti prebet yang telah diturunkan pangkat. Kalau dinilai daripada semangat perjuangan, bukan begitu cara mereka menaikkan semangat para pejuang kita.

Amat memalukan, semasa dalam perkhidmatan, bekas-bekas jeneral ini pandai memerintah sahaja. Merekalah yang dapat pangkat dan bintang.


Bagi saya kalau ada kuasa atau akta, lucut sahaja bintang-bintang dan gelaran yang diberi kepada mereka. Kalau boleh potong pencen bulanan mereka kerana menentang kerajaan. Jangan fikir mereka 'besar' dan boleh buat apa yang mereka suka.

Perkara perjuangan bukan mainan. Saya sendiri telah merasai berhadapan dengan komunis. Sesaat lalai, maut jawapannya. Bagi bekas para jeneral ini mana ada jumpa komunis, cuma cakap sahaja.

Saya begitu kecewa sikap mereka ini. Betapa seksanya saya mengejar musuh dan melepaskan tembakan ke arah musuh yang mengakibatkan dua anggota tentera terkorban dan tiga musuh dibunuh.


Saya bangga walaupun anggota badan mendapat cacat kekal hingga akhir hayat. Saya malu bekas-bekas jeneral berkata begitu sedangkan mereka senang-lenang.

Negara kita aman dan tenteram. Kalau adapun masalah keselamatan, masih boleh dibendung. Takkanlah bekas-bekas jeneral yang dah lapuk itu cakapnya masih kita pakai. Buangkan sahaja idea-idea basi itu. Kalau dia kutuk kereta kebal, semasa berkhidmat semasa ada kuasa mengapa tidak dibetulkan?

Saya berharap pihak Kementerian Pertahanan memantau perkara ini. Kami semua bekas perajurit menyokong sepenuh 100 peratus kepada kepimpinan Barisan Nasional.

Kepada para jeneral bersara yang memperlekehkan kemantapan Kementerian Pertahanan, anggaplah mereka semua telah jumud.

HAJI JAIKA
Kluang, Johor

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 6 April 2013

Walaupun dihalang oleh 7 orang, namun masih tidak dapat 'menutup' harta kekayaan Azmin?


Kisah kekayaan Azmin Ali semasa menjadi pegawai khas Anwar Ibrahim sebagai TPM bukan lagi rahsia. Dan kekayaannya masih lagi tak habis walaupun dah bertahun meninggalkan jawatan tersebut.

Selanjutnya sila baca di http://theunspinners.blogspot.com/2013/04/kes-azmin-tak-boleh-didakwa-pasal-anwar.html

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 5 April 2013

PRU-13: Anwar tak jadi bertanding di Perak, pertahan Permatang Pauh?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim yang sebelum ini berhasrat bertanding kerusi Parlimen di Perak, malam tadi mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penyokongnya pada satu ceramah pakatan pembangkang di Padang Awam Taman Pauh di sini.

Anwar berkata, sebelum ini beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap PKR di sana selain melonjakkan sokongan terhadap calon-calon pakatan pembangkang.

"Tujuan saya hadir di Parlimen Tambun adalah bagi melonjakkan sokongan terhadap calon-calon pakatan dan menawan semula Perak dari tangan UMNO dan Barisan Nasional.

"Tapi apabila balik Permatang Pauh, saya kena ubah suai keputusan itu dan hari ini atas semangat kekeluargaan insya-Allah saya akan pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya.

Kamu boleh tipu ramai oranglah Anwar, tetapi kamu tidak boleh tipu diri sendiri! Parlimen Permatang Pauh bakal 'kuburkan' kamu disana!!! Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat akan memberontak dengan memberi undi protes terhadap kamu Anwar! Tungguuuu...!!!

Wasabi Oyabun

Rabu, 3 April 2013

Lancau la lu Guan Eng..!!! Mana boleh lu tak tau pelaburan RM3 billion di China?



Dalam negara ini hanya ada satu sahaja negeri dimana kebenaran diperlukan untuk menggunakan nama negeri tersebut, iaitu di Pulau Pinang. Belum pernah berlaku dalam sejarah perkara seumpama ini, kali pertamalah agaknya.

Ironinya, yang menetapkan peraturan tersebut bukan orang Pulau Pinang pun, tapi orang Johor!!

Maka itu penulis yakin, penggunaan nama ‘Penang’ pada projek ‘Penang Electronic Park’ bernilai RM 3.4 billion di Wuhu, China pasti berada dalam pengetahuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Apatah lagi yang hadir menandatangani projek tersebut bagi pihak kerajaan negeri ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, Mansor Othman!!

Jadi macam mana Guan Eng kata dia tak tau?

Sama ada Guan Eng ini bodoh, atau dungu atau mana-mana satu di atas. Come’on lah, projek itu bernilai tinggi, billion-billion nilainya, guna nama Pulau Pinang dan ditandatangani oleh Mansor pulak, takkanlah Guan Eng tak tau? Ini Ketua Menteri jenis apa?

Ataupun mungkinkah ini satu lagi kesilapan komputer ataupun type error? Manalah tahukan, kot-kot pemergian Mansor ke China untuk tanda tangan projek itu, tak dimasukkan atau salah dimasukkan dalam organizer Guan Eng, itu yang tak tahu tu.

Guan Eng, standard lah, kalau bagi jawapan bagi soalan yang boleh jerat leher sendiri, pasti bodoh bunyinya. Semua benda dalam dunia ini salah, yang tak salah dia saja. Pelik kepada kita semua tu, ada juga pengikut-pengikut yang percaya.

Penulis tak percaya yang si Mansor berani sendiri-sendiri pergi ke China mewakili kerajaan negeri untuk tandatangan perjanjian sebesar itu. Guan Eng pada Mansor ialah tokong yang perlu dihormati dan ditaati, disembah kalau boleh. Gilakah Mansor nak buat sesuatu dalam magnitud ini tanpa pengetahuan Guan Eng.

Rakyat Pulau Pinang patut desak Guan Eng menjelaskan projek ini, apa progressnya dah berapa duit keluar dan sebagainya Tak bolehlah dia taichi masalah ini pada Mansor, ini siapa Ketua Menteri? Masa inilah nak tengok sejauh mana DAP ini telus. SPRM apa lagi, bila mahu bertindak?

Wasabi Oyabun..