Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 8 April 2013

PRU -13 : Pejabat Peguam Negara digesa siasat bapa Saiful?



Badan Bertindak Anti-penyelewengan Negeri Kedah mendesak pihak berkuasa khususnya Pejabat Peguam Negara menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, Azlan telah berniat jahat cuba mencemarkan institusi diraja pada 14 Disember 2010 apabila melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam kes liwat anaknya dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Azlan telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campur tangan tuanku supaya mempercepatkan prosiding mahkamah yang telah ditangguh berkali-kali oleh Anwar kononnya atas alasan keadilan untuk anaknya.

"Dalam surat bertarikh 14 Disember 2010 itu, dengan jelas Azlan menyatakan Anwar terlibat dalam tuduhan liwat ke atas anaknya.

"Kemudian, pada 8 Mac 2013, Azlan telah menukar kenyataannya secara umum dengan menyatakan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Azlan Mohd. Lazim ketika dalam perjalanan menuju ke Istana Negara.

Menurut Khairul, tindakan Azlan itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang cuba memperolok-olokkan serta mencemar institusi diraja.

"Saya dengan tegas mempertikaikan perbuatan biadab Azlan ini dan mendesak supaya dia bertanggungjawab membuat permohonan maaf secara terbuka terutama kepada institusi diraja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) negeri Kedah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata, Azlan tidak sewajarnya terlepas daripada tindakan undang-undang dalam perkara itu.

"Saya mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera secara terperinci dan Peguam Negara tidak memandang ringan terhadap perbuatan ini dengan mendakwa Azlan secepat mungkin," katanya.

Dalam sidang akhbar pada 8 Mac lalu, Mohd. Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa dia pernah diliwat oleh Anwar pada 2008, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya tuduhan ke atas Ketua Pembangkang itu adalah satu fitnah.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful tetapi kes itu akan didengari di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen