Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 26 April 2013
PRU -13 : MB Khalid di saat 'nyawa-nyawa ikan' masih lagi nak perbodohkan rakyat dalam isu air?
Masih ada beberapa hari lagi sebelum Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim meninggalkan kerusi Menteri Besar Selangor, tapi dia masih terus menunjukkan sikap “bodoh sombong”nya dalam menangani isu krisis air di negeri termaju itu.
Dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini, Khalid menegaskan bahawa dia mahu “merakyatkan” industri air di negeri itu, sekaligus menjadikan rakyat Selangor sebagai “tauke air” yang akan mengendalikan industri tersebut.
Apa motif Khalid untuk membabitkan rakyat dalam industri air? Tak cukupkah dia menyeksa rakyat Selangor dengan masalah gangguan bekalan air setiap hari? Dan kini dia nak suruh rakyat pening kepala menguruskan industri yang rumit dan berkos tinggi itu? Khalid sudah hilang akal, kah?
Sekiranya industri air untung di Selangor, maka rakyat sebagai “tauke”nya akan tersenyum dan memuji diri sendiri kerana hebat menguruskan air. Kalau rugi pula bagaimana? Khalid boleh “cuci tangan” dan dia akan menyalahkan rakyat sebagai tidak cekap menguruskan industri air, begitu?
Kenapa Khalid tidak “syarikat”kan saja Kerajaan Negeri Selangor dan terbitkan saham hak milik kerajaan negeri pada rakyat? Bukankah itu lebih “menguntungkan” Khalid? Kalau dia gagal, dia boleh salahkan rakyat kerana gagal uruskan kerajaan negeri dengan baik, bukan?
Hebat atau tidak otak “putar alam” Menteri Besar Selangor itu? Dia belajar dari mana? Dari “punahsihat ekonomi RM1” yang hampir menggadai negara pada IMF itu, kah?
Selain itu, Khalid tuduh pula pembinaan loji rawatan air Langat 2 sebagai tidak telus. Kononnya, Kerajaan Pusat mahu membina terlebih dahulu loji berkenaan sebelum membuat kajian mengenainya.
Khalid ini “buta” atau “pekak”? Dia tak tahukah sudah berkali-kali Kerajaan Pusat memberitahu bahawa tender projek pembinaan Langat 2 dibuat secara terbuka. Khalid tahu makna “tender terbuka”? Atau Khalid nak “disekolahkan” sekali lagi?
Projek Langat 2 yang mendapat bekalan sumber air mentah baru dari Pahang itu telah dikaji berkali-kali secara menyeluruh dan holistik sejak krisis air berlaku pada tahun 1998 dulu serta telah dibandingkan dengan pelbagai kaedah moden dan konvensyenal yang lain.
Hasilnya, projek berkenaan dibuktikan paling bagus dan layak untuk dilaksanakan untuk mengelak krisis air berlaku semula pada tahun 2014. Laporannya ada pada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Susah sangatkah Khalid nak faham fakta itu?
Lebih mempamerkan “kebebalan otak udang” Menteri Besar paling gagal dalam sejarah Selangor itu, dia mengatakan bahawa loji Langat 2 tidak penting berbanding projek penstrukturan semula industri air yang dia usahakan selama lima tahun dia berkuasa di negeri itu.
Khalid ini “bengap” sangat, kah? Penstrukturan air itu hanya melibatkan pengurusan air di mana kerajaan negeri perlu membeli semua syarikat konsesi air di negeri itu dan dikendalikan sendiri oleh kerajaan negeri yang memerintah Selangor.
Dia fikir senang nak ambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor? Khalid sudah habiskan banyak wang rakyat di Selangor, dari mana dia nak “korek” duit nak beli syarikat-syarikat itu? Dia nak beli pakai “bulu hidung” dia, kah?
Persoalannya, katakanlah Khalid berjaya menstruktur semula industri air di Selangor, apakah dia fikir masalah gangguan bekalan air di Selangor akan selesai dalam sekelip mata? Dia tahu tak punca krisis air yang dijangka akan melanda Selangor?
Selangor tidak punya sumber bekalan air mentah lagi dan sumber sedia ada sudah tercemar serta berada di “paras hidung”. Dalam ertikata lain, Selangor dan Lembah Klang memerlukan sumber bekalan air mentah baru. Itu punca sebenar! Bukan NRW, bukan SYABAS dan bukan Kerajaan Pusat!
Sebab itulah pakar-pakar industri air menegaskan bahawa pembinaan loji Langat 2 lebih penting berbanding perstrukturan semula air! Susah sangatkah Khalid nak faham? Nak kena cakap bahasa apa untuk fahamkan Khalid?
Kalau rakyat Selangor pun sudah faham dan marah terhadap prestasi Khalid sebagai “tukang saobtaj” kesejahteraan hidup mereka, takkan itu pun dia tak sedar lagi? Masih lagi nak merayu peluang kedua untuk duduk di kerusi empuk Menteri Besar dan perbodohka rakyat?
Sudahlah Khalid. Rakyat sudah serik dengan mainan politik dan “putar alam” seorang yang sama sekali gagal dalam menguruskan sebuah negeri termaju. Khalid lebih baik bersara dari terus merosakkan negeri Selangor dan menganiaya rakyatnya. Rakyat sudah muak…!!!
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan