Sambil menyifatkan satu "tragedi menyedihkan", Veteran Umno Malaysia melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib keluar parti itu dan menyertai Pas.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keputusan tersebut menunjukkan benteng waja ketahanan Muhammad sebagai ahli Umno tulen terbukti rapuh dan terkulai. Menurutnya, Veteran Umno begitu kecewa dan sukar mempercayai tindakan tersebut.
"Beliau adalah seorang pejuang tulen Umno yang tahan lasak dan tidak mudah patah semangat.
"Rekod cemerlangnya sebagai Menteri Besar Selangor, menteri pusat dan pernah memegang jawatan Naib Presiden Umno. berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya, sungguhpun menghormati keputusan Muhammad, namun terkilan dengan alasan yang diberikan.
"Dengan alasan yang kononnya di Selangor tidak ada pengisian roh Islam walaupun negerinya maju, sedangkan beliau pernah mentadbir negeri itu.
"Adakah beliau terlupa untuk melaksanakan program pengisian roh Islam yang beliau maksudkan dan apakah selama ini kerajaan negeri Barisan Nasional tidak melaksanakan program-program pengisian roh Islam?" katanya.
Mustapha juga mempersoalkan sama ada pembinaan masjid di seluruh Selangor bukan usaha pengisian roh Islam.
"Apakah program dan projek untuk kebajikan rakyat seperti sekolah dan lain-lain bukan pengisian roh Islam?
"Veteran yakin beliau keliru dengan hala tuju politiknya. Keputusannya menyertai Pas bukan satu tindakan ikhlas, tetapi sebagai pelarian kepada masalah yang menghantui dirinya sekian lama," katanya.
Mustapha turut berharap Muhammad mendapat kepuasan dalam perpolitik.
"Semoga beliau akan dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjasa," katanya.
Muhammad secara rasmi menjadi ahli Pas semalam namun menafikan tindakannya itu adalah kecewa sebaliknya mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan menyertai Pas kerana mahu menambahkan ilmunya dahulu.
Wasabi Oyabun..
baguslah virus ni keluar dari UMNO, biar die duduk dalam PAS !
BalasPadam