Bajet 2013 yang akan dibentangkan sebentar lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menangani pelbagai isu rakyat dan pembangunan negara.
Sebelum ini pun, Kementerian Kewangan yang diterajui sendiri oleh Najib mengadakan siri pertemuan dengan kumpulan fokus untuk memperoleh input bajet.
Malah, pelbagai pihak termasuk kalangan industri, profesional dan pertubuhan bukan kerajaan telah pun memberi pandangan berhubung perkara-perkara yang dirasakan wajar disentuh dalam bajet kali ini.
Sudah tentu, ia tidak akan lari daripada menghadapi cabaran kos hidup rakyat serta isu-isu yang berkaitan, selaras dengan gagasan Rakyat Didahulukan. Banyak pihak menjangka kerajaan akan mengemukakan formula bagi menangani permasalahan dalam aspek perumahan khususnya dalam soal harga yang dilihat mencuri perhatian masyarakat terbanyak.
Selain menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah, kita yakin nasib rakyat golongan pertengahan serta penghuni kota tetap diberi perhatian. Semuanya dalam kerangka memberi keadilan sosioekonomi kepada seluruh rakyat.
Dalam melihat pelbagai masalah dan kepentingan negara ini, Bajet 2013 pasti berpijak di bumi nyata. Bajet ini perlu praktikal kerana ia adalah komitmen kerajaan yang perlu dilaksanakan.
Sebagai perbandingan, kita mendapati bajet bayangan pembangkang direka cipta semata-mata untuk meraih sokongan rakyat ketika pilihan raya umum semakin hampir.
Pembangkang boleh menawarkan pelbagai janji, walaupun ke tahap tidak praktikal, kerana tiada komitmen untuk mengotakannya. Janji hanya tinggal janji..!!!
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan