Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 9 September 2012

Kerajaan regim PKR Selangor tidur lagi...!!! Mangsa banjir wajar dapat ganti rugi?


Sebuah keluarga meredah banjir selepas rumah mereka dimasuki air ekoran banjir kilat yang melanda Taman Sri Serdang, Selangor kelmarin.

Rakyat Selangor yang mengalami kerugian akibat banjir kilat di sekitar Serdang dan Kajang wajar diberikan ganti rugi oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, banjir tersebut berlaku ekoran daripada sistem perparitan yang tidak diurus dengan sempurna oleh pentadbiran kerajaan negeri.

"Kejadian banjir di Selangor bukan pertama kali terjadi kerana pada Mac lalu ia berlaku di Klang. Ini adalah ekoran daripada pembatalan projek tebatan banjir menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat tahun lalu, sekali gus menunjukkan kerajaan negeri tidak peka terhadap pembangunan infrastruktur rakyat.

"Selama empat tahun memerintah, kerajaan negeri lebih mengutamakan urusan politik berbanding kepentingan rakyat yang akhirnya menjadi mangsa adalah penduduk di Selangor sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Serdang dan Kajang pada 4 September lalu.

Semalam, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed meminta kerajaan PKR Selangor bertanggungjawab kepada masyarakat yang menerima kesan daripada banjir kilat itu.

Menurut Mohd. Zin, tindakan membatalkan projek tebatan banjir oleh kerajaan PKR Selangor dilihat lebih berdasarkan perkiraan politik semata-mata berbanding manfaat kepada rakyat yang berkemungkinan dapat mengelakkan kejadian banjir kilat berlaku.

Justeru, kata Hamidzun, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab memberikan pampasan kepada rakyat yang menjadi mangsa.

"Mungkin mereka sudah tahu jangka hayat pemerintahan di Selangor sudah pendek, maka segala keputusan lebih cenderung ke arah menguntungkan politik daripada kebajikan rakyat.

"Kami juga berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat membuat keputusan yang betul dalam isu air dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 agar rakyat tidak terus menjadi mangsa," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George meminta kerajaan negeri membangunkan projek-projek komprehensif bagi menaik taraf sistem perparitan dan memastikan penyenggaraan dibuat secara berkala.

"Satu jawatankuasa juga perlu dibentuk bagi mencari punca sebenar dan penyelesaiannya agar kejadian sebegini tidak berulang," jelasnya.

Menurut Jacob, kerajaan negeri ataupun Pusat perlu melihat dan membantu mangsa banjir yang menerima kesan yang teruk melalui tabung kecemasan agar sedikit-sebanyak meringankan beban mereka.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan