Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 12 September 2012

Krisis air di Lembah Klang bakal jadi kenyataan?


Krisis air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 semakin menjadi kenyataan apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini tetap berkeras untuk tidak membenarkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Pendirian itu diulangi walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam kerajaan akan mengeluarkan tender tawaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak lama lagi.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, keputusan itu merupakan pendirian kerajaan negeri selagi Kerajaan Pusat tidak menyatakan persetujuan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan pihaknya untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pengambilalihan itu, kata beliau, merupakan sebahagian rancangan kerajaan negeri untuk menstruktur semula pengurusan bekalan air di Selangor.

"Jika Kerajaan Pusat mahu mengeluarkan tender untuk teruskan projek Langat 2, ia terpulang kerana itu hak mereka. Namun, Kerajaan Pusat perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri termasuk daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri membabitkan kelulusan Perintah Pembangunan (DO).

"Bagaimanapun, kerajaan negeri kekal dengan pendirian sebelum ini iaitu tidak akan membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan selagi Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan syarat kerajaan negeri untuk penstrukturan pengurusan bekalan air di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin itu tentang keputusan Kerajaan Pusat untuk mengeluarkan tender tawaran pembinaan projek Langat 2 tidak lama lagi walaupun Kerajaan PKR Selangor tidak meluluskan DO demi kepentingan rakyat negeri ini.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Air Selangor yang dipengerusikan beliau bagi menangani masalah air di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas menganggap hasrat 683 pengguna air di negeri ini untuk memfailkan tuntutan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai satu tindakan bersifat politik.-UMO

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan