Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 20 November 2011

Masyarakat India dikhianati!

Pasca pilihan raya umum 2008 adalah detik hitam dalam sejarah politik masyarakat India apabila pelbagai siri pengkhianatan dilakukan oleh pembangkang terhadap mereka.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, nasib masyarakat India di tangan pembangkang ibarat 'habis madu sepah dibuang' sedangkan peralihan undi mereka pada pilihan raya umum lalu menyumbang kemenangan besar pembangkang di 81 kerusi Parlimen dan merampas empat kerajaan negeri.

Justeru katanya, masyarakat India mesti diberi kesedaran mengenai penipuan oleh pembangkang yang hanya mahukan undi tetapi tiada agenda pembelaan terhadap nasib mereka.

"Sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang mewakili masyarakat India, saya akan turun padang dan mengadakan pertemuan dengan masyarakat India semoga mereka lebih faham dan tidak terpedaya dengan hasutan dan tipu helah pembangkang.

"Sasaran saya adalah mendapatkan kembali sepenuhnya sokongan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Nallakaruppan berkata, walaupun pola sokongan masyarakat India kepada pembangkang dilihat menurun setelah satu per satu keburukan pentadbiran kerajaan pembangkang Pulau Pinang dan Selangor didedahkan selain tampuk kepimpinan BN diambil alih Najib, perkara itu tidak boleh diambil mudah.

Katanya, proses untuk mengembalikan sokongan masyarakat India harus dijalankan secara berterusan dan bersungguh-sungguh.

"Sokongan masyarakat India amat penting bagi memastikan kemenangan besar buat BN pada pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Sesuatu kelompok masyarakat itu akan mudah mendapat perhatian daripada pemerintah kalau mereka bersatu. dalam konteks ini, masyarakat India telah membuktikan perkara berkenaan!

    Cumanya, dalam konteks PR dan masyarakat India, PR bukanlah pihak yang ada itu dan ini yakni dapat mengatasi masalah sesuatu kaum itu. PR hanyalah sebuah pakatan politik. Noktah.

    BalasPadam