Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 24 November 2011

Jika Negara Islam Pun Boleh Digugurkan, Tidak Mustahil Pemuda Pas Tarik ‘Handbrake’ Konsert Elton John!

Kalau Negara Islam pun boleh digugurkan…, kalau prinsip pun boleh tergadai kepada DAP maka tidak pelik Pemuda Pas membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert penyanyi Elton John di Genting Highlands malam tadi.

Demikian menurut penceramah bebas, Ustaz Sarjat Ali yang melihat Pas hari ini tidak lagi berpegang kepada prinsip mereka sebaliknya mengutamakan kuasa khususnya mimpi ke Putrajaya bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau bukanlah mengejutkan Pemuda Pas boleh tarik ‘handbrake’ berhubung demonstrasi berkenaan kerana mungkin tidak mendapat persetujuan ‘abang besa’r mereka di dalam pakatan pembangkang.

" Bukankah Pas hari ini parti ‘pak turut’… kalau bukan ‘pak turut’ sudah pasti kawasan sekitar konsert berkenaan akan penuh dengan penyokong totok mereka yang tertipu dengan perjuangan Pas selama ini.

“Inilah natijah dan harga yang perlu dibayar oleh penyokong Pas setelah beralihnya kepimpinan mereka daripada ulama kepada sekular atau pun yang pernah dilabelkan oleh beberapa pihak sebelum ini bahawa Pas telah dikuasi oleh puak-puak Anwarinas.

“Mereka ingin tunjukkan bahawa Pas hari ini bukan Pas ‘ortodoks’ sebaliknya kepimpinan baru yang lebih liberal dalam usaha mengejar kuasa. Itu sahaja yang mereka ingin perjuangkan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pemuda Pas yang membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert penyanyi Elton John di Genting Highlands malam tadi.

Sebuah portal berita memetik Ketua pemuda Pas Pahang Shahril Azman Abdul Halim sebagai berkata demonstrasi itu tidak diteruskan memandangkan pihaknya memberikan tumpuan terhadap persediaaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ustaz Jamil seterusnya menambah rakyat boleh lihat dan boleh nilai perjuangan Pas hari ini yang tidak lagi berpegang kepada prinsip sebaliknya mengejar kuasa dan kepentingan politik semata-mata.

Tegas beliau, apa jua alasan yang diberikan, apa jua pandangan yang dikemukakan terserlah hari ini Pas bukan lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebaliknya penuh dengan kepura-puraan.

“Mana perginya ayat-ayat al-quran yang dibaca dalam setiap siri ceramah? Bukankah itu semua retorik yang hanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mendapatkan undi sahaja… MasyaAllah.”

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen