Peralatan kimia yang digunakan untuk menghilangkan " Dakwat Kekal ".
Dikatakan "Dakwat Kekal" namun disebaliknya ianya tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh dinegara ini dalam menghadapi proses pilihanraya. Malah penggunaan Biometrik dilihat sebagai jalan terbaik sebagai penyelesaian untuk ketelusan pengundian.
Dibawah ini adalah rakaman video @ demo yang dirakamkan oleh rakan blogger Gomo lewat pagi semalam mengenai cara-cara "Dakwat Kekal" digunakan jika berlangsungnya pilihanraya dan juga cara-cara dimana dakwat kekal itu boleh dihilangkan dalam masa tidak sampai 5 Minit. Harap dapat saksikan sehingga tamat apa yang sebenarnya berlaku.
Jelas terbukti bahawa "Dakwat" yang dikatakan kekal ini adalah "tidak Kekal" sama sekali sepertimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pembangkang. Malah tuntutan pihak BERSIH yang mendesak SPR menggunakan "Dakwat Kekal" pada PRU 13 juga jelas terbukti ada agenda jahat yang dirancang bersama PKR, PAS dan DAP demi memenuhi hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sihat.
Indelible Ink Dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd dari negara India. Sebotol Indelible Ink mampu menampung seramai 700 orang pengundi. Boleh kekal 2 ke 3 hari di jari tanpa menggunakan apa-apa pencuci.
Cleaning 1 - Mengandungi Sodium Hydroxide Solution yang boleh diperolehi di farmasi ataupun kedai Hardware .
Cleaning 2 - Mengandungi Alcohol with Turtentine yang boleh didapati di Farmasi ataupun dikedai Hardware.
Panic Stone - Sering digunakan untuk membersihkan Kuitik
Kapas - Boleh diperolehi di Farmasi
Diatas ini adalah diantara bahan-bahan yang mana terdiri dari "Dakwat Kekal" (Tak kekal pun) dan alat serta bahan peluntur yang digunakan bagi menghilangkan Dakwat seperti yang dituntut oleh PAS,PKR dan DAP pada PRU 13 nanti.
Salah satu tuntutan BERSIH - Penggunaan Dakwat Kekal!
Blogger Papagomo telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat punyai niat jahat yang tersembunyi untuk menghuru-harakan keselamatan negara sehari selepas hari mengundi. "Dakwat Kekal" yang dicadangkan oleh Pakatan sebenarnya boleh dihilangkan dakwatnya tidak sampai 5 minit pun!
Cuba kita bayangkan sekiranya "Dakwat Kekal" ini dicalit ke jari pengundi. Tidak mustahil Pakatan akan kata BN cuba menipu undian. Dan tidak mustahil juga Pakatan akan kata BN bawa masuk pengundi 2 kali. Itu sebenarnya motif mereka!
Pakatan Rakyat sebenarnya sudah mengetahui akan kelemahan penggunaan dakwat kekal ni berbanding dengan Biometric yang tidak boleh ditipu. Bekemungkinan idea penggunaan "Dakwat Kekal" diutarakan oleh Pakatan dalam tuntutan BERSIH supaya mudah bagi mereka menuduh BN menipu pada hari pengundian nanti!
Dan apabila negara huru-hara dan tidak stabil ketika itu mereka akan membuat sidang media mengatakan BN cuba menipu pengundi. Percubaan demo mereka telah lakukan pada 8 Julai yang lalu sebenarnya untuk melihat akan keberkesanannya!
Mereka cuba untuk memerangkap BN dan ianya sudah dapat dihidu oleh blogger-blogger pro-kerajaan! Inilah sebenarnya niat BERSIH yang diketui oleh Ambiga yang beria-ria benar mahu menggunakan "Dakwat Kekal" yang dilihat begitu KUNO jika digunakan oleh sebuah negara membangun seperti Malaysia. Mungkin sesuai digunakan oleh negara yang berpenduduk padat seperti India dan Pakistan!
Apakah ini konspirasi puak-puak Pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN dengan mudah. Adakah PRU ke 13 nanti bakal dipanggil pilihanraya BERSIH dan TELUS jika Pakatan sebenarnya ada agenda tersembunyi disebalik penggunaan "DAKWAT KEKAL" itu.
Fikir-fikirkanlah.
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan