Petang semalam ada demonstrasi aman yang dilakukan oleh pembeli-pembeli rumah yang didakwa telah tertipu dengan golongan tertentu dalam PKR. Rata-rata yang datang adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan tertarik dengan harga rumah sebanyak RM42 ribu. Memorandum juga telah diberikan kepada wakil Menteri Besar dengan harapan semoga ada tindakan selanjutnya boleh dilakukan.
Hari ini kerajaan negeri telah menafikan terbabit dalam penipuan urusan jual beli melibatkan kira-kira 650 pembeli rumah kos rendah yang didakwa didalangi oleh individu berjawatan penting dalam parti pakatan pembangkang.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima laporan mengenai aktiviti penipuan tersebut.
Beliau menjelaskan, berikutan kes tersebut, LPHS telah membuat empat laporan polis kerana individu terbabit didapati menggunakan kepala surat rasmi yang palsu.
"Selama ini, kami tidak pernah melantik ejen atau orang tengah untuk menguruskan penjualan mana-mana rumah kos rendah dan semua urusan dilakukan secara terus melalui LPHS.
"Penjualan rumah kos rendah juga tidak memerlukan bayaran deposit RM2,500 seperti yang telah dibayar oleh pembeli kepada ejen itu," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Laporan akhbar semalam menyebut, kira-kira 650 pembeli rumah kos rendah didakwa ditipu oleh seorang individu berjawatan penting dalam sebuah parti pakatan pembangkang.
Mereka ditawarkan rumah bernilai RM42,000 yang siap dibina di empat lokasi di Taman Harmoni, Balakong; Taman Cheras Intan, Cheras; Taman Selayang Mulia, Selayang dan Taman Botanik, Klang.
Bagaimanapun, kunci rumah tersebut masih gagal diserahkan kepada pembeli sehingga kini biarpun wang pendahuluan RM2,500 sudah diberikan oleh setiap pembeli kepada individu terbabit.
Iskandar berkata, pihaknya juga menolak dakwaan bahawa ejen terbabit merupakan ahli politik dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dalam pada itu, beliau menyatakan pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.
"Siasatan kita juga mendapati rumah-rumah murah yang ditawarkan oleh pihak terbabit sebenarnya sudah ada pembeli," katanya.
Sebelum cerita skandal ini terbongkar, adalah lebih baik MB Khalid G, Faekah, Zuraidah Mat Lampir, Saari Sugip dan juga Azman Ketua Pemuda Bandar Tun Razak menceritakan perkara yang sebenar kepada rakyat apa yang berlaku! Tak perlulah nak sorok dan menafikannya.
Lebih baik mereka memberitahu siapa sebenarnya Haji Yatim bin Datuk Abu Bakar! Apa peranan Haji Yatim di dalam PKR dan juga hubungan beliau dengan kepimpinan PKR di Selangor dan di Pusat.
Dimanakah Haji Yatim akan bertanding pada PRU akan datang! Apa sebenarnya strategi mereka menipu pembeli rumah kos rendah ini. Bukti ada di tangan blogger-blogger Selangor..Tak perlu risau kerana siapa Haji Yatim yang sebenarnya akan terbongkar dalam masa terdekat.!
Jangan nampak kuman diseberang laut tapi bangkai gajah buat tak tau...harum semerbaknya dah menyelubungi seluruh negeri Selangor...tunggu.!!!
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan