Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 1 Disember 2010

GAPS serah memorandum bantahan!

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Pengerusinya, Hamizun Khairuddin, kira-kira 2,000 orang dijangka berarak pada Jumaat ini bagi menghantar memorandum tersebut kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini.

Memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong pula tambahnya, akan dilakukan pada Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.

‘‘Kami akan berhimpun di tempat tumpuan ramai, mungkin di sekitar Masjid Jamek,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamizun menjelaskan, GAPS yang berusia dua bulan merupakan gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor dan persatuan dari kaum Cina dan India di Selangor.

Jelas beliau, memorandum itu menyenaraikan sebanyak 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan PKR Selangor sejak mentadbir negeri lebih dua tahun lalu.

Katanya, ia termasuk isu pembaziran wang rakyat untuk membeli hutang Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri ini.

‘‘GAPS akan menyerahkan memorandum tersebut disertakan dengan dokumen dan bukti dengan tujuan mendedahkan penyelewengan dilakukan oleh Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan