Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 23 Disember 2010

Apa jawapan Exco Selangor terhadap cabaran Noh Omar - Wajib Baca!!

Cabaran demi cabaran dilontarkan oleh Noh Omar terhadap kerajaan negeri Selangor akhirnya terjawap hari ini jawapan daripada Yaakob Sapari mengatakan bersedia untuk berdialog dengan Noh Omar berkenaan isu petani di Selangor.

Apa yang agak pelik kenyataan Yaakob Sapari adalah beliau akan menyemak semula surat yang dihantar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan isu itu.

Kenapa perlu disemak? Surat telah dihantar 15hb November dan sehingga ke hari ini 23 Disember takkan surat tersebut tidak sampai ke meja Yaakob Sapari.

Sebelum ini mereka berdua dilihat mempertahankan diri masing-masing dengan menggunakan Sinar Harian sebagai pentas untuk mempertahankan pendirian masing-masing.Pada 20hb lepas Sinar telah mengeluarkan temuramah mereka dengan Noh Omar berkenaan isu padi dan dijawap oleh Yaakob Sapari dengan mengatakan Noh Omar tidak menjawap isu sebenar.

Kenyataan beliau disanggah Noh Omar di blog beliau KLIK sini dengan mengatakan Yaakob Sapari seperti orang buta teraba-raba. Hari ini Yaakob Sapari kata Noh Omar tiada pengetahuan berkaitan pertanian. Berlagak betul Exco Selangor nie. Apa dia ingat dia tau ker pasal pertanian.Apa yang lebih menarik kenyataan itu dianggap lucu oleh Noh Omar dan beranggapan Exco Selangor ini buta. KLIK sini.

Dalam ucapan di Majlis Sambutan Hari Petani, Penternak dan Nelayang Selangor, Yaakob Sapari dengan bangga mengatakan bahawa pendapatan pesawah meningkat disebabkan peningkatan hasil padi tetapi sebelum ini Ng Suee Lee mendakwa pendapatan pesawah dan hasil padi menurun sehingga cuba menjadi hero di kawasan Tanjung Karang.

Tidak ketinggalan Khalid Gagap juga membuat dakwaan sama seperti Ng Sue Lee. Herannya kenapa Yaakob Sapari cakap menda yang tak sama? Adakah beliau menipu didalam ucapan tersebut? Jelas kita dapat lihat bagaimana rakyat Selangor ditipu hidup-hidup oleh agenda politik bodoh kerajaan negeri yang semakin terdesak untuk mendapat sokongan rakyat.

Jangan terkejut dengan kenyataan terbaru Yaakob Sapari mengatakan dialog tersebut tidak perlu selepas berbincang dengan Khalid Gagap. Sudah tentu beribu alasan diberikan tetapi sebab sebenar hanya satu. Mereka tiada fakta sahih tentang apa yang dikatakan. Oleh itu dialog tersebut akan menjadikan jerangkap samar kepada mereka sama seperti yang terjadi kepada Ronnie Liu di Pasir Penambang tempohari.

Oleh : Kita Gempur

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Salam perjuangan, Harap dapat dilink Blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    BalasPadam