Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 22 Disember 2010

Kenapa Khalid Samad tidak dijemput di pertemuan sulit PAS bersama Tuanku Sultan Selangor!

Apa yang menarik yang nak diperkatakan disini adalah tentang pertemuan sulit di antara PAS Selangor dan DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DAULAT TUANKU.

Mengikut sumber, pertemuan itu bertujuan untuk menyatakan pendirian PAS Selangor terhadap titah DYMM Tuanku Sultan. Persoalan pertama yang harus kita fikir adalah mengapa ianya dilakukan secara sulit? Adakah PAS sudah berpatah arang dengan PAKATAN yang dibuat di Selangor? Melihat kepada apa yangg sedang berlaku sekarang, boleh dikatakan PAS sudah tiada lagi di dalam agenda politik PAKATAN RAKYAT di negeri Selangor.

Bermula dengan isu arak sehinggalah kepada isu cubaan merobohkan surau di Rawang. PAS dilihat sudah kehilangan sokongan daripada orang-orang Melayu di Selangor atas kebodohan mereka menyokong isu Ketuanan Melayu walaupun secara dasarnya mereka tidak bersetuju untuk isu tersebut dibahaskan.

Persoalan kedua adalah mengapa Khalid Samad tidak dijemput untuk menghadiri majlis tersebut sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen PAS Selangor. Kita sedia maklum bahawa Khalid Samad ini dilihat terlalu ultra PKR dan DAP sehinggakan imej beliau sudah tidak kelihatan seperti orang PAS. Adakah dakwaan perpecahan berlaku di PAS Selangor itu betul-betul terjadi? Rata-rata ahli PAS berpendapat bahawa Khalid Samad ini seumpama barua kepada PKR dan DAP Selangor kerana dilihat sentiasa bersetuju dengan apa jua tindakan kerajaan negeri. Kenapa ianya berlaku?

Ramai yang berpendapat bahawa pimpinan PAKATAN RAKYAT dilihat mempunyai kuasa untuk mempengaruhi apa jua keputusan daripada PAS Selangor kerana Pesuruhjayanya terkenal dengan sikap lembik dan kurang bermaya. Siapa lagi kalau bukan Hasan Ali. Dengan strategi menguatkan pengaruh beliau di kalangan pimpinan PAKATAN RAKYAT, hasrat Khalid Samad untuk dicalonkan akan menjadi cerah walaupun dikalangan pemimpin PAS sendiri ada yang tidak bersetuju.

Kita tidak perlu merasa terkejut andaikata Khalid Samad akan bertanding atas tiket PKR pada PRU nanti kerana ketika ini beliau terikat dengan konsep baiah yang menjadi halangan untuk melompat parti. Apa yang jelas ketidakhadiran Khalid Samad ketika rombongan PAS berjumpa Tuanku Sultan dilihat sebagai cubaan meminggirkan beliau daripada saf kepimpinan negeri selaras dengan tindakan Hasan Ali memecat beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dulu. Wallahuallam.

Oleh : Kita Gempur

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen