Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 7 Disember 2010

Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad dan DYMM Sultan Ismail Masih Sah Suami Isteri .



Pada hari Ahad lepas bersamaan 05.12.2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu menolak pengesahan cerai talak tiga DYMM Sultan Ismail terhadap Isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang difailkan oleh plaintif, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman.

Dengan keputusan ini, Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad (31 tahun) kekal sebagai isteri yang sah kepada Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Yang Arif Hakim Abdullah Man memaklumkan bahawa mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar lafaz cerai berkenaan selain tiada saksi lain ketika beliau sendiri mengadap DYMM Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota pada 30 November 2010 yang lepas. Tambah beliau, hakim tidak boleh menjadi saksi dalam kes ini.

Keputusan mahkamah menolak permohonan plaintif ini dibuat berdasarkan tiga perkara berikut :-

1.Samada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai
2.Apakah Plaintif mempunyai saksi yang mencukupi
3.Apakah yang berlaku di Istana Mahkota antara Yang Arif Hakim Abdullah Man dan DYMM Sultan Ismail Petra boleh diterima di mahkamah.

Walau bagaimanapun plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam masa 14 hari. Semasa keputusan dibaca Cik Puan Elia Suhana tidak hadir kerana kurang sihat manakala plaintif Datin Nik Rorhana hadir bersama peguam beliau En Zainul Rizal. En Zainul kemudiannya menyerahkan keputusan mahkamah itu kepada seorang wakil di Istana Mahkota untuk disembahkan kepada DYMM Sultan Ismail Petra.

Peguam plaintif, En Zainul Rizal dalam kenyataannya memaklumkan bahawa semasa lawatan Yang Ariff Hakim Abdullah Man ke Istana Mahkota pada 30 November 2010 lepas bagi mendengar pengesahan lafas cerai talak tiga itu SEPATUTNYA perlu dihadiri sama oleh plaintif, defendan, peguam yang mewakali plaintif dan defendan serta Hakim. Walau bagaimanapun DYMM Sultan Ismail Petra hanya membenarkan seorang hakim sahaja mengadap baginda untuk sesi temubual berhubung lafas cerai berkenaan dan hakim dalam masa yang sama tidak boleh menjadi saksi.

Istana Mahkota dikatakan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu berhubung kes cerai ini. Menurut En Zainul, Istana Mahkota masih dalam perbincangan samada mahu mengemukakan rayuan atau memfailkan semula permohonan baru berhubung isu Lafas Cerai Talak Tiga DYMM Sultan Ismail Petra kepada Cik Puan Elia Syhana. Pihak Istana Mahkota akan bertindak dalam masa terdekat ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen