Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 16 Oktober 2010

Gelombang ke-2 SSDE : Tuduhan liwat - Ezam cabar pemimpin Pas jumpa Saiful!

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor mencabar pemimpin Pas mengadakan perjumpaan dengan bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi mendengar penjelasan berhubung tuduhan liwat.

Beliau berkata, usaha itu penting supaya pemimpin Pas mendapat gambaran lebih jelas terhadap tuduhan berkenaan dan bukannya hanya mendengar daripada pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Tambahnya, sebagai parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai paksi perjuangan maka pertemuan dengan Mohd. Saiful sepatutnya menjadi satu kewajipan kepada pemimpin tersebut kerana ia sejajar dengan konsep keadilan yang diamalkan dalam ajaran Islam.

Namun apa yang berlaku, jelas beliau, kebanyakan pemimpin termasuk ahli Pas sendiri dilihat cuba menyebarkan persepsi serta fitnah berkaitan tuduhan liwat itu termasuk melabelkan kononnya sebagai konspirasi dan permainan politik.

Paling mendukacitakan katanya, ada pemimpin parti itu turut membuat tuduhan bahawa kes itu ada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Orang Pas sudah berjumpa Mohd. Saiful atau belum? Mereka tidak berjumpa pun untuk mendengar daripada pihak Mohd. Saiful mengenai tuduhan liwat itu.

''Sebaliknya, mereka mempertahankan Anwar dan membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan tuduhan itu sebagai konspirasi, fitnah dan permainan politik UMNO.

''Saya cabar pemimpin Pas supaya berjumpa dengan Mohd. Saiful dan mendengar cerita daripada pihaknya atas dasar dan prinsip keadilan. Mohd. Saiful itu manusia, bukan binatang. Dia ada hak untuk mendapatkan keadilan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Padang Awam Taman Subang Perdana di sini malam tadi.

Turut hadir pada program itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman; Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir. Bushro Mat Johor; Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam dan bekas Yang Dipertua Pas Gombak, Ahmad Najib Yusuf.

Dalam pada itu, Mohamad Satim turut menyelar sikap pemimpin Pas kerana sanggup membelakangkan agama untuk mencapai matlamat politik mereka.

Sikap sedemikian, katanya, jelas menunjukkan pemimpin parti itu cuba menggunakan surau dan masjid di negeri ini untuk tujuan politik seperti membenarkan seorang pemimpin DAP yang bukan Islam memasuki ruang solat di Kajang, sebelum ini.

Selain Pas, beliau dalam masa yang sama turut mendakwa sekutu parti itu, DAP sebagai punca sebenar pergeseran antara kaum di negeri ini.

''MCA tahu akan tata susila melibatkan orang Melayu dan beragama Islam. Malah, mereka juga tahu bagaimana menjaga hati seorang kawan daripada kaum lain termasuk juga MIC.

''Tetapi, DAP tidak tahu, mereka tidak tahu jaga hati orang lain serta enggan bertolak ansur," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen