Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 14 Oktober 2010

Kes Liwat II : Saiful dakwa diliwat tanpa kondom!

Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan dia telah diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi dan dikenali ramai dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dengan kali terakhir pada 26 Jun 2008.

Dr. Siew Sheue Feng, 40, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memberitahu, dalam kejadian liwat itu, tiada kondom digunakan tetapi ada bahan pelincir digunakan.

''Saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada,'' katanya.

Beliau berkata demikian selaku saksi pendakwa ketiga ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Perbicaraan masuk hari ke-23 hari ini.

Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Saksi itu berkata, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu perkara tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan ke atasnya di bilik Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), HKL pada 9.30 malam, 28 Jun 2008.

Menurutnya, pemeriksaan tersebut dilakukan olehnya bersama-sama Pakar Bedah Am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Pakar Unit Kecemasan HKL ketika itu, Dr. Khairul Nizam Hassan.

Kata beliau, sebelum pemeriksaan dimulakan, mereka bertiga telah berbincang tentang pembahagian tugas masing-masing selepas diberi taklimat ringkas oleh seorang pegawai polis yang bertugas.

Menurutnya, Khairul Nizam ditugaskan untuk memeriksa kecederaan di badan pengadu manakala Mohd. Razali mengendalikan pemeriksaan di bahagian dubur dan beliau pula berperanan mengendalikan pemeriksaan forensik.

Kata saksi tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan, mereka telah mendapatkan kebenaran daripada Mohd. Saiful Bukhari untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar badan serta bahagian sulitnya selain mengumpulkan spesimen daripada badan dan bahagian tersebut.

Sheue Feng memberitahu, Khairul Nizam dengan menggunakan calitan kapas kemudian mengambil spesimen di beberapa bahagian badan pengadu termasuk di bawah lidah dan puting manakala Mohd. Razali mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut beliau, kesemua sampel yang diterimanya kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang telah dinyah kuman sebelum dilabel dan dimeterai selain ditandatangani olehnya dan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya lagi, spesimen-spesimen tersebut kemudian diserahkan kepada pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira pada pukul 12.25 tengah malam, 29 Jun 2008 untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Berdasarkan laporan perubatan yang dibuat secara bersama oleh ketiga-tiga doktor itu, beliau berkata, mereka membuat kesimpulan bahawa siasatan awal menunjukkan tiada berlakunya penetrasi di dubur dan tiada kesan-kesan kecederaan di badan pengadu.

Mereka juga merumuskan bahawa terdapat kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki pada empat calitan kapas terhadap spesimen yang diambil daripada pengadu.

Bagaimanapun, jelas Sheue Feng, kesimpulan awal itu dibuat kerana mereka tidak boleh membuat interpretasi tanpa mengetahui kedudukan spesimen-spesimen yang diambil seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia.

Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.

NORDIN: Dengan mengetahui kedudukan sampel dan kewujudan air mani daripada bahagian rektum atas, apa kesimpulan kamu?

SHEUE FENG: Terdapat bukti penetrasi, seksual penetrasi.

NORDIN: Boleh kamu membuat kesimpulan terdapat penetrasi pada dubur?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dengan mengenal pasti kehadiran air mani dan sejarah kejadian, adakah ia konsisten dengan penetrasi dubur?

SHEUE FENG: Ya.

Sambil meminta saksi merujuk kepada laporan perubatan yang menyatakan tiada penetrasi berlaku disebabkan ketiadaan kecederaan klinikal, Nordin kemudian bertanya sama ada ini bermakna tidak ada langsung berlaku penetrasi.

''Tidak,'' jawab saksi berkenaan.

NORDIN: Bolehkan penetrasi berlaku tanpa menyebabkan sebarang kecederaan?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dalam keadaan bagaimana ia boleh berlaku?

SHEUE FENG: Ia termasuk melengah-lengahkan pemeriksaan doktor, penggunaan bahan pelincir, semasa perbuatan itu tiada paksaan, tentangan; ini semua boleh menyebabkan kepada tiada penemuan klinikal berhubung kecederaan.

Sementara itu : Terdapat parut di bahagian belakang Saiful

Terdapat beberapa kesan parut lama ditemui di bahagian belakang badan bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parut-parut yang berbentuk garisan itu ditemui di bahagian kiri, kanan dan tengah belakang badan dan berbentuk garisan (linear).

Kesan-kesan itu ditemui oleh pakar perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, Dr. Khairul Nizam Hassan, 40, sewaktu memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terdahulu ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, saksi pendakwa keempat itu menyatakan, beliau ditugaskan untuk memeriksa bahagian luaran badan mangsa selepas perbincangan dengan dua lagi doktor.

Doktor-doktor tersebut ialah pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng dan pakar bedah am hospital itu, Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

''Bagi mengelakkan ada bahagian yang tertinggal, saya memulakan pemeriksaan dari kepala hingga ke hujung kaki.

''Pemeriksaan saya buat selepas menjelaskan kepada Mohd. Saiful Bukhari mengenai pemeriksaan yang akan dilakukan dan mendapatkan persetujuannya,'' katanya yang merupakan individu pertama memeriksa mangsa.

Selain daripada pemeriksaan luaran, Khairul Nizam turut mengambil sampel darah untuk ujian toksikologi, alkohol dan penyakit berjangkit serta beberapa calitan kapas di bahagian puting dan bawah lidah sebelum diserahkan kepada Sheue Feng.

Pada prosiding hari ini, saksi itu turut berkongsi pandangan dengan pakar patologi itu bahawa penetrasi pada dubur boleh berlaku tanpa menyebabkan kecederaan.

Beliau turut menjelaskan, selain penggunaan bahan pelincir dan tiada paksaan, jarak masa antara seseorang itu diliwat dan diperiksa oleh doktor juga boleh menyebabkan kesan luka tidak lagi kelihatan.

Pada ketika ini, kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang asyik membuat komen secara langsung mulai diam.

Selesai saksi itu memberi keterangan, peguam bela utama Anwar, Karpal Singh memohon agar pemeriksaan balas ketiga-tiga doktor pakar itu dilakukan pada prosiding akan datang yang dijadualkan pada 25 Oktober ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan tersebut.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada awal prosiding hari ini, Karpal turut memaklumkan kepada mahkamah berhubung permohonan pasukan pembelaan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap dua individu yang membuat laporan polis berkaitan kes itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, pihaknya mengambil berat tentang hal itu dan hanya mengetahuinya selepas ia diterbitkan oleh pihak akhbar.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian menyatakan bahawa pada peringkat ini, mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa dan bertanya sama ada sebarang permohonan bertulis telah dibuat.

''Ya, kami akan failkan (permohonan),'' kata Karpal.

Pada 6 Oktober lalu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman memfailkan laporan polis kerana mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 bagi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Semalam, seorang lagi bekas pembantu Anwar, Mohd. Rasid Mohd. Rosdi membuat laporan polis di Shah Alam atas dakwaan yang sama iaitu beliau telah dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008.- UM

WAsabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan