Datuk S. Nallakarupan melabelkan bekas rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jaguh 'putar alam' yang telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga mereka tersasar daripada paksi kebenaran.
Beliau yang mendakwa kenal Anwar dari luar dan dalam menegaskan Ketua Pembangkang itu juga umpama ahli silap mata yang boleh mengadakan perkara yang tiada dan meniadakan apa yang ada.
Lantaran itu katanya, beliau langsung tidak pelik dengan dakwaan Anwar kononnya dia telah mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwatnya sewaktu menghadiri seminar di Qatar baru-baru ini.
"Dia akan membaca keadaan dan suasana untuk memahami peluang dan kelemahan sebelum merangka sesuatu pembohongan. "Jika (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh diperdayakan Anwar dengan pelbagai personalitinya, apatah lagi rakyat biasa," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Anwar sebelum ini mendakwa telah mendapat sokongan daripada pemimpin antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.
Dakwa Anwar, antara yang memberi sokongan ialah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.
Sementara itu, Nallakarupan mendakwa dalam menjayakan sesuatu pembohongan, Anwar akan menukar personalitinya dengan pantas umpama bersalin pakaian. Katanya, personaliti itu pula dipilih mengikut tahap kecetekan pemikiran penyokongnya.
"Dia cekap mencari peluang untuk memanipulasi ketamakan dan kelemahan orang lain, maka cocok sekali dia diberi gelaran jaguh 'putar alam' yang hebat," katanya. Mengulas mengenai trend keluar parti di kalangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nallakarupan berkata ia menjadi petunjuk bahawa tembelang Anwar makin terdedah.
"Keupayaannya untuk memimpin semakin merudum, semua orang mula keluar dan yang tinggal akhirnya 3A (Anwar, Azmin dan Azizah' sahaja," katanya. "Dulu masa saya tinggalkan PKR ramai yang persoal, sekarang tengoklah apa dah jadi?," katanya.
Tembelang Anwar kian diketahui
Tembelang masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian diketahui oleh rakyat setelah ramai wakil rakyatnya keluar parti termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, UMNO sudah lama mengetahui masalah dalaman PKR dan pakatan pembangkang terutama membabitkan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Pakatan pembangkang hanya retak menanti belah dan hari ini kita dapat lihat perkara itu. ''Saya pun terkejut, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti," katanya. Syed Ali merupakan pengasas dan pengerusi yayasan berkenaan.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai itu mengumumkan keluar dari PKR setelah kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Mohsin juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Syed Ali yang mengalu-alukan tindakan Mohsin itu berkata, pihaknya difahamkan ramai lagi wakil rakyat PKR akan bertindak meninggalkan parti tersebut. ''Baguslah mereka sudah sedar kerana waktu masih belum terlambat, jangan tunggu sampai pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau menyatakan, sekarang ahli-ahli Parlimen pembangkang boleh membuka mata manakala rakyat dapat menilai sendiri apa yang terjadi dalam pakatan tersebut. " Harap lebih ramai lagi akan keluar parti walaupun sebagai Bebas, itu tidak mengapa. " Sekurang-kurangnya mereka tahu masalah dalam PKR tidak akan membawa apa-apa erti dalam perjuangan pakatan pembangkang," katanya.
Wasabi Oyabun
Salam bro,
BalasPadamJanganlah terpedaya lagi dengan peliwat...
sumpahan ramai terhadap beruk itam klik sini