Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 13 Mac 2010

Anwar Salah Guna Hubungan Baiknya Dengan Yusuf Qardawi Untuk Menutup Kes " Dua Alamnya"!

Bertempat di Bandar Pontian Johor, Ezam Mohd Nor telah meneruskan siri Road Show ceramahnya apabila memenuhi undangan UMNO Bahagian Tanjung Piai.

Lokasi ceramah yang diadakan dikediaman Pak Kamal, Kampung Rimba Terjun terletak di jalan besar telah memaksa pihak RELA bertungkus lumus mengendali kesesakan lalulintas. Hadirin yang memenuhi kesemua khemah yang disediakan telah menyebabkan selebihnya terpaksa berdiri dibahu jalan.

Turut kelihatan juga kehadiran beberapa pimpinan Parti Bersatu India Malaysia – Malaysian Indian United Party [MIUP] negeri Johor. Parti MIUP yang menyokong Barisan Nasional ini dipimpin oleh Dato Nallakaruppan sebagai Presiden.

Sepertimana biasa dalam setiap ceramah Ezam berjaya mengupas dan menjelaskan situasi politik tanahair dengan baik. Tumpuan hadirin sudah tentunya mahu mendengar semua tembelang dan sandiwara politik Anwar.

Malam tadi Ezam telah menjelaskan bagaimana selama ini Anwar menipu rakyat terutamanya penyokong-penyokong yang terlalu taksub dengannya.

Ramai penjilat penjilat Anwar “terpedaya” dengan “wayang kulit” dibuat oleh Anwar yang berjaya menjual cerita hubungan baik puluhan tahun beliau dengan tokoh ulama yang tersohor, Yusuf Qardawi….

Itulah sifat seseorang penipu yang memang berniat mahu memperdayakan orang ramai! Ketika waktu Anwar menjalin hubungan yang baik dengan tokoh ulama seperti Yusuf Qardawi tetapi diwaktu yang sama beliau tetap terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral… jelas Ezam.

Ezam seterusnya mahu penjilat penjilat Anwar membuka mata mereka dan sedar bahawa jika Anwar mendakwa beliau sudah berkawan dengan Yusuf Qardawi selama hampir 30 tahun, ini bermakna sandiwara Anwar semakin jelas untuk dipandang! Sepanjang tempoh yang sama, Anwar telah menggunakan ‘rakan tenisnya’ Dato Nalla untuk beliau menjalankan semua hobi negatifnya. Sebagai bukti, dalam setiap perjumpaan Anwar-Nalla, mantan TPM itu tidak mahu ADCnya menemani beliau!

Oleh itu, memanglah terlalu sukar untuk penjilat penjilat Anwar samada yang berada dalam parti atau pun diluar parti untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral.

Dengan penjelasan itu, Ezam menyifatkan Anwar sebagai Manusia Dua Alam…., berkawan dengan seorang ulama tersohor membicarakan soal agama tetapi dalam waktu yang sama Anwar juga berpoya sakan memuaskan nafsu serakahnya disebalik wajah seorang pemimpin islam!



Bendera parti MIUP turut memeriahkan lagi tapak ceramah malam tadi…




Hadirin yang berada diluar khemah khemah yang disediakan dan melimpah sehingga ke bahu jalan…


Ezam bergambar kenang-kenangan bersama dengan pimpinan MIUP negeri Johor, turut kelihatan ialah Yb Osman Hj Yusuf ADUN Kukup.

Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com

Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. Yg Yusuf Qardawi tu nk jatuhkan martabat sendiri, saper suruh..siasatlah, kan ke pembantu dia ramai. Dengarlah dari sumber dua belah pihak. Apa nak jadi ! Jika ini terjadi, yg dh pasti, martabat dia akan menjunam dan dia tidak akan dihurmati lagi. Kecian dia!! Anver akan pergunakan semua orang demi nk capai nafsu tamak dia tu. InsyaAllah, Allah akan selamatkan Msia dari makhluk durjana spt ini.

    BalasPadam