Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 11 Mac 2010

Raja Anwar : Nak Mengata Orang, Tapi Dia Yang Lebih!

Anwar lupa atau buat-buat terlupa! Mengapa Anwar mempertikaikan ahli Parlimen atau ADUN yang melompat parti? Malah sanggup memanggil mereka itu sebagai " katak "? Anwar dalam kenyataan terbarunya menyifatkan mereka yang keluar daripada parti itu sebagai 'katak' dan bukan manusia.

Sambil menegaskan tindakan parti itu adalah benar dan tepat dalam isu pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, beliau menegaskan tidak akan tunduk kepada mereka. "Sebab itu apabila ditanya mengapa kita pilih untuk memecat ahli-ahli Parlimen walaupun jumlah kita semakin menurun, kita (katakan) masih pecat sebab kita mesti berani mengambil keputusan yang tepat dan benar dan tidak tunduk kepada mereka.

''Orang kena tahu, kita masuk (PKR) berjuang kerana prinsip, bukan kerana dapat projek dan wang atau jawatan. Jadi bila tak dapat (projek), lompat parti, itu kerja katak bukan kerja manusia," katanya.

Tetapi semasa konspirasi 16 September dilaksanakan, Anwar,Wan Azizah dan PKR telah menghantar Saifuddin Nasution, Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi memujuk mereka melompat ke PKR, sehingga sanggup bermalam di hotel yang sama dengan Ahli-Ahli Parlimen BN itu.

Apakah apabila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram. Apakah matlamat menghalalkan cara atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

Siapakah yang sering melaung-laungkan " I have the number " apabila menjangkakan yang 30 ahli Parlimen BN akan melompat ke parti PR pada 16 Sept. yang lalu kalau bukan Anwar sendiri! Malahan Tok Guru Nik Aziz sendiri menyifatkan tindakan Anwar untuk menukar kerajaan ketika itu sebagai mengikuti sunah rasul? Dan mengapa Karpal Singh menyuruh Anwar bertaubat apabila BN kembali berkuasa di Perak? Fikir-fikirkan lah.!
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

1 ulasan: