Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 24 Februari 2009

Keadilan dan kes Saiful !

Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.
Penulis terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.

Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.
Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.
Penulis tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.

Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.

Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi penulis berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.

Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik.
Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.
Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. Salam..Oya
    Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak hadir ke mahkamah berhubung perbicaraan kes liwat beliau.

    Mahkamah mula bersidang pada pukul 10.10 pagi tadi.

    Minggu lalu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh mengemukakan notis bantahan di Mahkamah Tinggi, supaya Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan menarik diri daripada semua prosiding membabitkan kes liwatnya.

    Anwar melalui peguamnya, Sulaiman Abdullah membuat permohonan itu untuk mengenepikan kelayakan Mohamed Yusof dengan alasan beliau adalah pegawai dari Pejabat Peguam Negara yang terbabit dalam Suruhanjaya Siasatan berhubung insiden mata lebam Anwar pada 1998.

    Sulaiman berkata, beliau baru saja menerima arahan daripada anak guamnya untuk membuat permohonan supaya Mohamed Yusof menarik diri daripada prosiding kes itu.

    Mohamed Yusof bagaimanapun berkata, beliau memerlukan masa untuk memasukkan hujahan bertulisnya berserta afidavit sokongannya terhadap permohonan Anwar.

    Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tiga hari bermula 25 Februari ini untuk hujahan berhubung permohonan itu daripada kedua-dua pihak.

    Mohamad Zabidin juga menetapkan hujahan permohonan semakan pihak pendakwaan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, dikemukakan sebaik saja hujahan permohonan supaya Mohamed Yusof menarik diri selesai.

    Anwar, 61, didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap Mohd Saiful, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun lalu.

    BalasPadam