Sebenarnya Anwar telah merancang komplot menembusi dan merampas kepimpinan UMNO melalui ‘projek usrah’ bersama kroni dan kuncu-kuncunya dalam ABIM dan PKPIM serta badan belia dan pelajar di UM, UTM, USM dan IPT lain yang disokong oleh pensyarah-pensyarah anti-establisment, anti-kerajaan, yang bersedia bersekongkol dan diperalatkannya, sejak tahun 70-an lagi.
Pengisytiharan jihadnya menentang rasuah, kezaliman, melalui demonstrasi di UM, di Baling, di Kedutaan Amerika Syarikat, dengan slogan dan retorik anti-establishment, anti-kerajaan dan anti-UMNOnya serta mengecam ‘social decadence’ dan budaya kuning, isu penindasan kaum Muslim di Pattani oleh Kerajaan Tun Thanum Titikachorn sekitar awal tahun 70-an adalah sebagai strategi pancingan semata-mata untuk mengabui mata pemimpin Kerajaan ketika itu.
Dalam hati nuraninya Anwar menyedari dirinya sendiri seorang psuodo-Islamik dan psuodo-Nasionalis – Melayu celup, ulamak celup, kerana beliau sendiri tidak pernah pergi sekolah agama bagaimana mahu menjadi ulamak.
Beliau mengetahui beliau adalah lebih rakus lagi dari orang yang dituduhnya rakus, mampu bertindak lebih rasuah dari mereka yang dikecamnya rasuah. Cuma jauhari kenal manikam dan bila beliau didakwa di mahkamah, maka diulanglah semula episod retorik fitnah, kezaliman, kronisme dan nepotisme, walhal beliaulah semuanya itu seperti yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran (2:10) "Dalam hati-hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka itu. Bagi mereka itu adalah seksaan yang amat pedih, dengan sebab mereka telah berdusta".
RASIONALNYA:
Anwar telah memulakan komplot mencabar kepimpinan Kerajaan melalui pengisytiharan ‘jihadnya’ dengan kroni NGOnya (ABIM, PKPIM dan lain-lain) menentang establishment melalui program ‘usrahnya’ adalah disebabkan beliau tidak ‘dapat’ (habuan material-cake) semata-mata. Beliau berselindung di belakang isu-isu agama dan kebangsaan, kerana beliau sendiri sedar beliau ialah ulamak-celup dan Melayu-celup berlakon pura-pura alim dan memperjuangkan kemiskinan orang Melayu di Baling… cuma Nalla saja kenal Nalla dalam Anwar, maka berlakulah episod ‘solid grip’ Tivoli Villa.
Bila sudah ‘dapat’, beliau yang selama ini memakai baju malaikat, terbukti menjadi lebih terus dari mangsa yang ditentangnya. ‘Mengata orang, akulah yang lebih’, terbukti telah mewujud dan menlahirkan kroninya sejak sebelum menjadi Menteri, kerana itu bersungguh-sungguh mahu menjadi Menteri Kewangan walhal di Universiti Malaya, sekadar lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera sahaja, tapi berlagak pandai dalam ekonomi dan kewangan.
Seperti mafhum firman Allah s.w.t.: ‘Jangan mengata orang lain kerana belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita caci’, dan firmanNya lagi, ‘kalau diberikan satu tanggungjawab kepada yang bukan pakar mengenainya, tunggulah musibahnya’.
Bahawa orang ramai dan negara yang menanggung bencana akibat kezaliman, kerakusan dan tamak haloba kepimpinan kroni Uncle Sam yang ‘menentang’ kerana hendak dapat jadi ‘Agong’, hendak jadi Perdana Menteri, jadi Peguam Negara, jadi Menteri Dalam Negeri, jadi Ketua Polis Negara, jadi Menteri Kewangan, mengaut harta melalui kroni tajaannya.
Bila gagal dalam komplot merebut ‘kuasa’ tersebut, maka Anwar kembali dalam sarung ‘malaikatnya’dan Dr. Mahathir jadi sasaran hati dan niat jahatnya yang luar biasa. Pemimpin semacam ini serta kroninya adalah amat bahaya, bukan saja kepada umat Islam di Malaysia tapi kepada tamadun Islam seluruh dunia, maka wajar ditolak dan dibuang dari UMNO.
Apakah Pas masih sanggup bermutaah dengan KeADILan yang tetap dibayangi oleh pengaruh Anwar? Tapi masalahnya Pas-KeADILan itu 2X5, sama-sama pengamal budaya politik " MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"! Wallahuallam.
Wasabi
Oyabun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan