Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 23 Februari 2009

Harapan Baru'aNWAR dan badut-badutnya !

Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin projek pertukaran kerajaan persekutuan yang dipelopori oleh penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjaya tahun ini, kata ketua pergerakan itu Shamsul Iskandar Md Akin. "Fajar akan menyingsing tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, Anwar yang juga ketua pembangkang telah berjaya membina kesediaan mentaliti rakyat untuk melakukan perubahan kerajaan persekutuan melalui ura-uranya untuk berbuat demikian menjelang 16 September yang lalu.

Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan sehingga Anwar dituduh bermain-main dengan dakwaannya itu atau cuba berbohong kepada umum. Shamsul Iskandar mengakui menukar kerajaan pusat bukan satu tugas mudah dan menafikan projek tersebut telah gagal atau janji kosong Pakatan.

"Kalau beliau (Anwar) berjanji tetapi tidak laksanakan, tidak berusaha (ke arah itu), boleh dianggap beliau berbohong," katanya, dengan menambah Anwar dan Pakatan telah mencuba beberapa langkah termasuk mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengusulkan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen.

Beliau percaya isu pertukaran kerajaan akan dibangkitkan oleh para perwakilan AMK dalam kongres sehari pergerakan itu di Stadium Melawati, Shah Alam. Mengulas kebimbangan PKR dan kerjasama Pakatan Rakyat akan hilang arah tanpa Anwar, beliau berkata usaha sedang berjalan untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis bagi berdepan senario sedemikian.

Tambahnya, beliau juga yakin pemimpin pelapis sudah wujud dalam PAS dan DAP bagi berdepan dengan senario penggantian generasi pemimpin atasan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang atau Karpal Singh. "Kita harus optimis, ramai pasukan pelapis di kalangan pimpinan PKR (dan Pakatan) dianggotai oleh orang muda," katanya.

Beliau memberi contoh Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa, Naib Presidennya Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ahli parlimen DAP bagi Puchong, Gobind Singh Deo antara tokoh-tokoh yang boleh memimpin Pakatan Rakyat dalam masa akan datang.

Mengharapkan Projek "Harapan Baru'aNWAR"

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengakui terdapat anggota parti itu yang percaya terhadap tuduhan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September lalu. "Tidak ramai yang mempercayai propaganda (media arus perdana) ini.

"Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya sewaktu merasmikan kongres dua sayap utama parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam. Bagaimanapun, menurutnya, sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

"Saya tahu bahawa seluruh anggota parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar bercakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup," katanya. Pemimpin nombor dua dalam PKR itu berkata demikian ketika menjawab tuduhan terhadap pemimpin Pakatan bahawa Anwar berbohong tentang bilangan ahli-ahli parlimen BN yang hendak melompat kepada gabungan pembangkang bagi menumbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Syed Husin berkata, dakwaan yang dibuat melalui media milik parti BN juga mendakwa projek itu gagal kerana Umno-BN serta pimpinan parti itu kuat dan bersatu-padu.
Mengulas projek pemgambilalihan kuasa itu, Dr Syed Husin menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan "perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan".

"Kita tahu ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut (mereka) mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada sebarang usul yang dikemukakan pihak Pakatan," katanya.

Dr Syed juga mendakwa ahli-ahli parlimen itu menerima tekanan dan ugutan yang kuat, antaranya daripada polis Cawangan Khas (SB) yang "sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka (ahli parlimen BN)". Selain itu, katanya lagi, percubaan pemimpin Pakatan hendak bertemu Perdana Menteri bagi meminta sidang khas Parlimen diadakan bagi membincang dan memutuskan pelan perpindahan kuasa itu sentiasa ditolak. "Memandangkan segala hambatan dan halangan ini, maka perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan lagi. Tetapi ini bukannya bermakna ia gagal dilaksana buat selama-lamanya," katanya.

Dr Syed Husin telah menjangkakan Anwar dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menyentuh lanjut perkara itu dalam ucapan masing-masing di kongres tahunan kelima PKR yang lalu. Wan Azizah pula telah menyampaikan ucapan dasar beliau bertemakan 'Harapan Baru', sementara Anwar sebagai ketua umum PKR akan turut menyampaikan ucapannya selepas itu.

Janji Harapan Baru selepas harapan 16 Sept berkecai..

Setelah harapan membentuk kerajaan Pusat melalui pintu belakang berkecai, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjanjikan 'Harapan Baru' kepada penyokong-penyokong parti itu melalui tema Kongres Nasional Tahunan ke lima, PKR yang lalu.

Kongres itu menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian seluruh negara hadir dan secara tidak langsung ia menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan. Lebih 2000 perwakilan Bahagian telah berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan.

Namun yang peliknya, seorang ahli parlimen PKR bila ditanya mengenai kongres menjawab penuh kebingungan sama ada akan hadir ataupun tidak. "Kalau hadirpun hanya punch card atau tunjuk muka," katanya sambil menjelaskan beliau bukanlah perwakilan walaupun ahli parlimen parti itu.

Timbul persoalan, jika ahli parlimen bukan perwakilan dan tidak dianggap pemimpin utama dalam parti yang dinasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa sebenarnya lebih 2,000 perwakilan yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR Sallehuddin Hashim. Tidak hairanlah jika PKR menjangkakan kongres ini adalah terbesar dalam sejarah parti itu kerana ini adalah kali pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu serta pertama kali sejak Anwar yang juga Ketua Umum PKR dipilih Ketua Pembangkang.

Kongres itu telah membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri pakatan rakyat secara khususnya. Kedua-dua sayap penting parti, Angkatan Muda (AMK) dan Wanita yang telah memulakan kongres masing-masing secara berasingan sebelum itu telah penuh dengan usul-usul dan pertanyaan yang perlu dijawab oleh pemimpin utama PKR.

Agenda politik dan ekonomi yang dilihat sebagai isu utama yang dihadapi negara masa kini dibangkitkan dalam kongres itu selain isu-isu lain seperti sosial, pendidikan dan agama juga disentuh dalam ucaptama Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun, soal pembahagian kuasa dalam saf kepimpinan PKR sudah mula dibangkitkan oleh AMK dan Wanita PKR yang masing-masing menuntut peranan dan tambahan kerusi dalam parti itu.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan masih belum berpuas hati kerana kira-kira 40 peratus sahaja tenaga muda PKR diberikan peranan, setakat ini. "Saya masih tidak berpuas hati, saya masih tidak berpuas hati. Sebab itu kita menggunakan saluran-saluran yang positif untuk memberitahu kepada (kerajaan) negeri (berhubung peranan pemuda)," katanya dalam satu interbiu, baru-baru ini.

Tambahnya, generasi muda PKR menyuarakan hasrat mereka untuk diberikan ruang berperanan yang lebih besar dan aktif dalam pentadbiran di lima kerajaan negeri. "Pada saya ia merupakan satu permintaan yang adil kerana kita harus menunjukkan bahawa setelah generasi muda dalam pilihanraya yang lalu (mengundi Pakatan), generasi muda memainkan peranan penting yang menjadi faktor kemenangan utama apabila mereka membuat keputusan untuk tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional.

Wanita PKR pula mahu menuntut sekurang-kurangnya satu daripada lima jawatan utama di semua peringkat tertinggi parti termasuk bahagian, kata ketuanya Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, wanita mahu sasaran 30 peratus pembuat keputusan dicapai dalam PKR seperti di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi dan badan perhubungan negeri.

"Ia harus dimulakan di peringkat pusat, kemudian diterapkan di bahagian-bahagian," katanya yang turut mencadangkan usul mana-mana pemimpin atau wakil rakyat PKR yang terbabit skandal seks dan rasuah dipecat atau meletak jawatan. Bagaimanapun, banyak perkara telah ditanya perwakilan selain kira-kira 75 usul yang sudah dikemukakan di peringkat bahagian di seluruh negara.

Antaranya, perwakilan pasti mahukan jawapan mengenai kegagalan pakatan rakyat mengambil alih kerajaan melalui pelan 16 September serta benarkah rancangan itu dapat dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Sama ada Anwar mahupun Wan Azizah, mereka harus berterus terang mengakui kegagalan itu walaupun hampir seluruh negara seperti percaya pakatan rakyat dapat membentuk kerajaan baru membabitkan perkongsian kuasa dengan rakan-rakan dari PAS dan DAP.

Isu kelantangan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkilfi Nordin yang mengetuai demonstrasi membantah penganjuran forum 'Peluk Islam' anjuran Majlis Peguam juga turut dibangkitkan.
Perwakilan mahu mengetahui apakah tindakan telah diambil terhadap Zulkifli yang lantang memperjuangkan Islam dan orang Melayu tetapi mahu dikenakan hukuman semata-mata PKR mahu menjaga hati DAP yang mendesak perbuatan Zulkfli dikenakan tindakan sewajarnya.

Ini belum mengambil kira perasaan sesetengah pemimpin PAS yang sudah meluahkan kekecewaan terhadap PKR yang dilihat lebih 'menyanyangi' DAP dalam beberapa isu kebelakangan ini terutama di negeri-negeri yang dikuasai tiga parti tersebut. Bagaimanapun, perwakilan harus melupakan hasrat untuk melihat parti itu diterajui Anwar. Ini kerana sudah ada pimpinan parti itu menyatakan tiada peralihan kuasa presiden PKR daripada Wan Azizah kepada suaminya Anwar.

Alasannya, Anwar sudahpun menjadi Ketua Umum PKR selain Ketua Pembangkang dan tidak harus dibebani dengan banyak jawatan selain menunggu jawatan Perdana Menteri yang kini masih dalam cadangan pakatan rakyat. Namun, jika melihat lebih ke dalam atau berkongsi pendapat dengan pemikir politik, Anwar pasti mahu Azizah kekal sebagai Presiden PKR kerana parti itu diasaskan oleh mereka.

Dengan jawatan itu jugalah Wan Azizah sebelum ini bangkit berjuang mahu membebaskan Anwar daripada penjara, berdemonstrasi malah berjaya memenangani beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004. Kini Anwar masih berdepan kes mahkamah apabila bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada Februari ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwa itu.

Andai kata keputusan perbicaraan tidak memihak kepada Anwar dan beliau kembali ke penjara, Wan Azizah masih mempunyai platform untuk bangkit berjuang mengulang sejarah kira-kira 10 tahun lalu bagi membebaskan suaminya. Apakah ini menjanjikan Harapan Baru atau 'Harapan Baru'aNWAR" kepada penyokong-penyokong PKR atau hanya harapan Anwar bagi memastikan kesinambung politik beliau, keluarganya dan beberapa rakan karibnya sahaja terutama Azmin Ali? Yang pasti Anwar akan membaruakan badut-badut penyokong PKR dan juga macai-macai PAS dan DAP untuk mendapat sokongan.


Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. BERANGAN JER..
    TAK DA KOJO LAIN..
    CUBA BANGUNKAN DAN TINGKATKAN EKONOMI NEGERI YANG PR PERINTAH.
    TAK SUDAH2 DENGAN POLITIK SEPANJANG MASA.
    TAK LAMA LAGI BUNGKAM LAH PR.

    BalasPadam
  2. Salam Gotah...PKR ni boleh di ibaratkan macam kero..kero dapek bungo..he.he..baru tak sampe setahun jagung udoh mintok macam2. Pemudo nak 40% jawatan, Wanita pulo 30%..yang tuo tinggal 30% jawatan dalam parti...yang mudo-mudo sudah berkiro hendakkan jawatan tinggi dan pengganti pado yang tuo ( tak do bateri )..tapi si Nuar tu bateri dio kuat lagi..mereko dah berkiro sapo ganti si nuar tu...hai entoh la . Gamak nyo apo akan jadi bilo PR dapat memerintah negaro kalau beginilah perangai pemimpin2 mereko..baik mudo atau tuo..sama sajo..masing2 gilo kuaso..apo kono eh jang ..

    BalasPadam