Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 17 Februari 2009

Anwar, Agen Amerika & Yahudi Yang Sibuk !

Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).

Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damasara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta.

Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.
Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Rahimi Osman, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ?

Itu belum kira pegawai khas kepada pegawai khas, Saiful Bukhari Azlan. Saiful diberi pula kondominium mewah di Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara dengan kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre". Kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 .

Kalau Anwar sanggup berbelanja RM7,500 sehingga RM15,000 sebulan semata-mata untuk membayar sewa kondo mewah, berapa pula bayaran gaji bulanan Saiful ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ? Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.

Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat.
Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.

Terbaru, Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Apa cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ? Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ?

Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel..

Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghazza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.
Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty. We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect" .
Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat.

Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia. Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.

Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia.

Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar. Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghazza", di depan Amerika pula, "i sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk i sekarang" .

Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia. Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ? Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa kita masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.
Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia. Sama-samalah kita fikirkan siapa sebenarnya Anwar anak Ibrahim? Wallahuallam...

Wasabi Oyabun



7 ulasan:

  1. Salam Tertepu... tepu Oya...

    Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.

    Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar “affirmative action” yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.

    tepu... tepu... tepu...

    BalasPadam
  2. Terkejut juga SP masuk blog belantan... blog belantan kena Hack... sama mcm SP kena dulu... kalau oya kena hack tukar tamplet baru... blog kita akan pulih kembali seperti biasa...

    BalasPadam
  3. inihlah blog-blog pembunuh yg diketuai oleh najib c4.cantik sungguh blog dajal inih ya..oh ya..tuan blog inih suka pendajal manusia sesama manusia.blog munafik..

    seperti najib yg suka main sumpah-sumpah.

    munafik sungguh.

    isteri tidak bertudung.

    lihat sahaja anwar ibrahim.siteri bertudung.ikut hukum agama Allah.

    macam itu lah pemimpin yg dicontohi.anwar adalah erdogan malaysia.

    yg berani.bukan seperti kerajaan korup malaysia yg sedia ada.contohnya najib c4.tukan komisen.dah lah pencuri.pembunuh.

    itulah sikap ameno dan bee end boleh blahh.

    BalasPadam
  4. hidup anwar!!kami tetap bersama mu.kami tidak akan percaya fitnah terhadap mu awnar.re fo ma si!!

    BalasPadam
  5. Sdr.Azrin..

    Hiduplah kamu bersama Anwar Aljuburi tu..semuga suatu hari nanti kamu di juburinya..dan pada masa itu barulah kamu tahu siapa pendajal sebenarnya...kamu sebenarnya sedang disandiwarakan oleh Anwar..bertaubatlah dan kembali kejalan yang benar, jalan yang diredhai Allah..pintu taubat masih terbuka..

    BalasPadam