Jika tidak kerana isu-isu kontroversi, penulis rasa Anwar ni sama lebih kurang standard Hishamuddin Rais dan lain-lain bekas pemimpin pelajar yang hilang ditelan zaman. Anwar dan ISU kontroversi adalah ibarat ikan dengan air. Tanpa air ikan tidak boleh hidup. Untuk meneruskan survival politik, Anwar perlukan bekalan ISU yang mencukupi untuk dia terus hidup dalam politik.
Penulis sudah menjangkakan semasa PRK Kuala Terengganu yang lepas akan ada ISU baru yang bakal dibangkitkan. Jika tidak, bagaimana Anwar mahu hidup? Benar atau tidaknya sesuatu ISU yang dibawa tidak penting bagi Anwar. Yang penting ISU tersebut mesti 'spin' dengan baik sehingga boleh 'create havoc', sekurang-kurangnya untuk kegunaan PRK KT. Setelah mendapat tahu calon erdogan di tolak dan ISU Hudud dibangkitkan, Anwar lari ke luar negara. Dia memberi alasan ke Amerika dan semasa pulang singgah ke Turki untuk membincangkan masalah Palestin dengan " Presiden Erdogan ". Pelbagai alasan diberi untuk untuk mengelakkan darinya dari dipertanggungjawabkan dengan ISU-ISU didalam negara seperti terpaksa mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Hudud untuk menyokong Lim Kit Siang dan Karpal Celaka padahal Anwar sememangnya telah lama menolak Hudud. Pandai sungguh Anwar berlakun?
Berikut adalah di antara kronologi isu-isu yang menyebabkan Anwar menjadi kelihatan hebat;
- Demonstrasi besar-besaran anak mati 'kebuluq' di Baling. (Confirm tipu muslihat)
- Ditahan di kem mencipta nama – ISA
- Sesudah nama jadi ' besar ' – masuk UMNO dan ambil kepimpinan dalam UMNO dengan mudah.
- Bila dalam UMNO – tukar ' modus operandi ' kepada publisiti ' image building ' melalui media.
- 1998 – Isu pemecatan. Nama terus meletup seantero dunia.
- 1998 – Isu liwat. Lahirnya simpatisan dan penyokong taksub.
- 1998 – Isu konspirasi. Wujud persepsi Anwar terlalu hebat. Semua musuh nak hapuskan dia.
Pada tahun 1998 – Isu turutan yang meyakinkan orang ramai dia dizalimi.
- Disuntik kuman HIV atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)
- Disuap racun arsenik atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)
- Sebarkan maklumat KPN dah lumpuh, Mahathir pun lumpuh. Jadi nampaklah memang sah kena zalim. Itu sebab tuhan balas tunai pada penzalim.
- Penyakit kronik yang sembuh sekelip mata – ' slipdisc '( Pelik bin Ajaib )
- Penyakit tambahan – tengkuk sakit hingga terpaksa pakai ' pembelit tengkuk..!?' On the way balik rumah dari penjara terus buka. Sampai rumah pakai balik sebelum press datang. Pembelit betul!)
- Dijatuh hukum penjara. Pantang pihak penjara lalai sikit, pihak kerajaan pasti dituduh berniat menginaya dan nak tamatkan nyawa dia.
- Bila keluar penjara atas sifat ' Mr Clean ' Pak Lah, Anwar kehabisan ISU peribadi yang boleh digunakan. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Jika dibiarkan politik akan mati. Nak guna ISU mahazalim dah out dated. Mahathir dah tak jadi PM.
Modus operandi perlu ditukar kepada ' character assassination ' para pemimpin pemerintah. Bermulalah serangan peribadi terutama kepada bakal-bakal pelapis kepimpinan UMNO. Bila bakal-bakal pelapis dah rosak imej senanglah nak tumbangkan UMNO. Antaranya:
- Kalau jadi PM dia akan hantar Najib jadi duta ke Mongolia?
- Liwat lagi. Orang lain yang seronok, orang lain yang jadi mangsa, orang lain pula yang dituduh konspirasi. ( Tapi tuduhan konspirasi kali ni tak berapa menjadi macam Siri Liwat 1 dulu ). Mata lebam tak berulang, jadi terpaksa tumpu lebih pada perkara-perkara teknikal seperti lapuran doctor, palitkan sikit-sikit mainan KPN, peguam negara dan apa juga yang boleh timbulkan syak wasangka rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
- Tuduhan pada Najib seolah-olah kerja Najib siang malam hanya nak rompak dan rompak harta kerajaan. Isu lama tak selesai lagi, Najib terus nak rompak lagi. Masa kerajaan tengah nazak pun Najib sempat lagi rompak melalui eurocopter. Macamlah Najib tu tak ada hati perut dan tak tau baca dan guna fikiran langsung.
- Kerajaan 16 Sept. lagi satu hal. Macam-macam ' count down ' orang buat. Dari hari ke 100 sampai hari ke 1 dan 0 pun tak jadi juga. Sampai hari ke –1, -2, -3…dan seterusnya pun masih tak berlaku. Sia-sia betul.
- Tukar tarikh sebelum Raya Haji. Malam ni wukuf di Padang Arafah pun masih tak juga berlaku.
- Apabila Saiful membuat laporan polis yang di liwat oleh Anwar, dia lari ke kedutaan Turki untuk berlindung dan katanya ada orang yang nak membunuhnya?
- Sebelum kes Saiful diperdengarkan, cepat-cepat Anwar membuat lapuran Polis dan BPR tentang salah kuasa KPN dan Peguam negara? mempersoalkan kewibawaan pihak Hospital?
- Setelah kes ditetapkan, Anwar memberi alasan tanpa menhadirkan diri dengan mengatakan Pendakwaraya tidak layak mengendali kes tersebut. Padahal dia ada diIpoh untuk membantu bekas MB Perak? Maka kes ditunda lagi..
- Untuk hearing yang akan datang Anwar membuat satu lagi laporan ( laporan ke-2 ) Polis terhadap KPN dan Peguam Negara. Masih lagi dengan kes lebam mata?
Episod seterusnya, tunggulah… apa lagi rancangan Anwar untuk menundakan lagi kes liwatnya?
Ikan yang satu ni sebenarnya takut kalau bekalan air putus, dia akan dibuat lauk dek penyokong taksub yang terus berharap dan menunggu keputusan tuhan untuk jadikan Anwar sebagai PM…
Wasabi Oyabun
pasal dek main jubur la DSAI terkenal..dalam banyak2 kes kita baca kes rogol je tapi pat DSAI ni dia main belakang...apa2 je naik main ikut belakang..nak tubuh kerajaan pun nak lalu ikut belakang.
BalasPadam