Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 19 Oktober 2011

Jom 'lepak' bersama PM : Peminat bola dijemput tonton aksi EPL di Seri Perdana!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak para peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana England di antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada pukul 8 malam Ahad ini.

Najib dalam laman webnya www.1malaysia.com.my berkata, mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.

Beliau yang merupakan penyokong kuat Manchester United berkata, pendaftaran dibuka sehingga pukul 5 petang esok.

"Setelah menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Oktober.

"Inilah masanya untuk saya ”lepak” bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 18 Oktober 2011

Apa cerita kes rogol pelajar libatkan pensyarah?

Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan satu kes rogol mahasiswa membabitkan seorang pensyarah sebuah universiti tempatan yang sudah tertangguh sejak empat tahun lalu.

Kejadian mengejutkan itu yang didakwa berlaku pada pukul 4.20 petang, 26 Disember 2008 di bilik pensyarah berkenaan, didedahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin selepas menerima aduan daripada mangsa.

Menurut Zulkifli, selain tiada sebarang tindakan undang-undang, pensyarah yang berstatus profesor dan mengajar bidang kejuruteraan itu juga bebas menikmati kehidupannya, sedangkan mangsa masih trauma sehingga hari ini.

"Saya dimaklumkan pensyarah ini tidak lagi mengajar di universiti tempat mangsa dirogol tetapi dia kini menjadi pensyarah di sebuah universiti milik kerajaan negeri di Selangor. Persoalannya kenapa tiada tindakan ke atas kes ini.

"Mangsa bukan dirogol di luar tetapi di bilik pensyarah itu. Maknanya dalam universiti berkenaan dan sehingga kini dia bebas. Jadi, bagaimana keselamatan para pelajar lain kerana dia masih lagi mengajar," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Lebih menimbulkan persoalan jelas Zulkifli, beliau dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri pegawai penyiasat kes tersebut telah dikenakan tindakan tata terbit atas alasan lambat menyelesaikan kes itu dan bukan suspek kes rogol.

Sedangkan kata beliau, memang telah menjadi prosedur operasi standard (SOP), setiap kes rogol perlu diselesaikan dalam masa yang cepat sebaik sahaja mangsa membuat aduan.

"Saya minta pihak berkuasa jangan pilih bulu hanya kerana suspek adalah seorang pensyarah berstatus profesor. Hakikatnya sudah ada aduan mengenai kejadian rogol tetapi di mana hasil siasatannya?

"Jangan kita perjudikan keselamatan para pelajar lain. Soal sama ada kes ini mempunyai prima facie atau tidak untuk dibawa ke mahkamah itu soal lain, tetapi siasatan terperinci perlu dilaksanakan dan sepanjang tempoh itu suspek perlu digantung tugas," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 16 Oktober 2011

Siapa saksi Anwar dalam perbicaraan hari ini?

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini akan bersambung hari ini dengan persoalan siapakah yang akan dipanggil sebagai saksi pembelaan seterusnya.

Ini berikutan keputusan barisan peguam yang mewakili Ketua Pembangkang itu pada minggu lalu untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof sebagai saksi mereka.

Memetik laporan sebuah portal berita, peguam Sankara Nair memaklumkan bahawa tiada gunanya kedua-dua bekas pegawai polis itu tampil sebagai saksi pembelaan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak memberi keterangan di mahkamah.

Pada 6 Oktober lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan bahawa Najib dan Rosmah tidak perlu hadir ke mahkamah sebagai saksi setelah membenarkan permohonan mereka untuk mengetepikan sapina yang dikemukakan oleh Anwar.

Hakim tersebut memutuskan demikian setelah mendapati bahawa kedua-duanya bukan saksi yang relevan dan penting dalam kes tersebut.

Sama ada kes pembelaan akan sampai ke penghujungnya juga belum diketahui kerana sehingga kini, pasukan peguam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu belum menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka akan memanggil saksi alibi.

Walhal dalam notis alibi yang difailkan pada 19 Jun 2009, Anwar mendakwa pada masa kejadian, beliau berada di Unit 11-5-2, Kondominium Desa Damansara iaitu unit bersebelahan tempat kejadian yang kononnya berlaku di Unit 11-5-1.

Antara saksi alibi yang disenaraikan dalam notis itu ialah isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; pemilik kondominium itu, Hasanuddin Abdul Hamid; bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem; pegawai bank Deutsche Bank(M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Setakat ini, selain Anwar yang memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah, sebanyak tujuh saksi termasuk tiga pakar asing, David Lawrence Wells, Dr. Brian McDonald dan Dr. Thomas Hoogland telah dipanggil memberi keterangan.

Sementara itu, pihak pendakwaan pula telah memaklumkan kepada pasukan peguam bela bahawa mereka akan mengemukakan permohonan untuk memanggil dua hingga tiga saksi penyanggah (rebuttal witness) dalam usaha menyangkal keterangan saksi pembelaan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Wasabi Oyabun..

Dr.Rosti fail saman fitnah!

Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono dan dua bekas pegawai kanan universiti itu hari ini memfailkan saman terhadap empat defendan berhubung dakwaan menghantar memorandum berunsur fitnah kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan negeri pada Mei lalu.

Dua bekas pegawai kanan yang turut memfailkan saman tersebut ialah bekas Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman, 65, dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah, 55.

Mereka menamakan Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai defendan pertama; Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam defendan kedua; dan TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Ir. Dr. Mohamad Daud defendan ketiga.

Bekas Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan, Datuk Latifah Hassan pula dinamakan sebagai defendan keempat.

Rosti dan Khalifah masing-masing menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta sementara Halid pula menuntut ganti rugi RM2 juta.

Saman tersebut difailkan oleh firma guaman yang mewakili ketiga-tiga plaintif, Tetuan Abdul Rahman Azubir & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 2.45 petang. Khalifah dan Halid turut hadir.

Menurut Khalifah dan Halid yang ditemui selepas itu, selain memorandum berunsur fitnah yang dihantar kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan negeri pada Mei lalu, mereka juga memfailkan saman berhubung kenyataan akhbar berunsur fitnah yang dibuat oleh Anuar mengenai mereka.

''Kami ingin jelaskan, saman ini difailkan bukan kerana balas dendam tetapi untuk membersihkan nama dan maruah kami serta keluarga akibat fitnah yang dilemparkan defendan kepada jawatankuasa terlibat dan di dalam akhbar. Kami juga mahu ia dijadikan pengajaran dan tidak berulang kepada pihak lain,'' ujar mereka.

Pada 2 Ogos lalu, Rosti meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel kerana membantah pertukaran tiga individu di universiti itu iaitu Khalifah, Halid dan Pendaftar, Rokma Mat tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang untuk membela diri.

Rosti tidak menolak kemungkinan campur tangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengeluarkan arahan agar menurunkan jawatan tiga pegawai kanannya. Ekoran itu, Anuar dilantik sebagai pemangku Naib Canselor Unisel berkuat kuasa serta-merta.

Kemelut bermula apabila satu memorandum bertarikh 16 Mei dikeluarkan untuk edaran dalaman Unisel dianggap memfitnah Rosti dan tiga individu itu hingga menyebabkan Khalifah dan Halid meletakkan jawatan masing-masing pada 9 September lalu. Sila baca di sini.

Sebelum ini, kedua-duanya telah ditukar jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Perniagaan selepas kontroversi peletakan jawatan secara mengejut oleh Rosti.

Mereka kemudian menuntut pentadbiran Unisel memohon maaf berhubung memorandum fitnah yang dihantar kepada jawatankuasa siasatan dan menarik balik sebarang kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap mereka di akhbar dalam tempoh dua minggu bermula selepas Aidilfitri lalu.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 13 Oktober 2011

Hasut Benci Raja Melayu - 2 Alumni Desak Majlis Senat UIAM Pecat Aziz Bari!


Dua orang alumni UIAM, Senator Mohd Ezam Mohd Nor dan Pengerusi GAPS Hamizun Khairudin mendesak Majlis Senat UIAM mengambil tindakan keatas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Ini adalah ekoran sikap biadap dan derhaka Aziz Bari kepada Institusi Raja Melayu, disamping telah menghasut orang ramai untuk membenci institusi berkenaan.

Mereka juga, bersama 4 NGO yang lain telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz Bari dan juga Malaysiakini yang menyiarkan kenyataan tersebut, agar disiasat dibawah Akta Hasutan.

Laporan berkenaan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam jam 4.00 petang tadi.

Sementara itu : Tindakan biadap Aziz Bari perlu diambil tindakan!

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ekoran keceluparannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lalu.

Mereka berkata, tindakan itu wajar kerana kenyataan tersebut jelas mempertikaikan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Abdul Aziz itu merupakan satu perbuatan biadab.

Katanya, Abdul Aziz tidak sepatutnya digelar seorang pakar Perlembagaan sekiranya beliau tidak memahami bidang kuasa raja-raja Melayu berhubung hal ehwal Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

"Abdul Aziz sepatutnya menasihatkan gereja terbabit kerana cubaan memesongkan akidah umat Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan.

"Justeru, saya mahu menasihatkan dia secara terbuka berhenti berpolitik, kalau hendak menjadi pensyarah jadilah seorang pensyarah yang beradab dan berhemah.

"Kalau berasa hebat sangat hendak berpolitik, letak sahaja jawatan. Saya cabar dia bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan portal propembangkang Malaysiakini semalam, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Selain itu Abdul Aziz turut menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pensyarah berkenaan serta portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen-komen pembaca yang mempertikaikan titah Sultan Selangor tersebut.

"Kebebasan bercakap boleh dibenarkan di kalangan ahli akademik tetapi dia (Abdul Aziz) kritik di tempat dan waktu yang salah, malah dia bukan pakar Perlembagaan tetapi pakar putar belit.

"(Oleh itu) tindakan wajar diambil terhadapnya dan juga portal berita Malaysiakini kerana menghina Sultan sebagai ketua agama," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Saranan yang disuarakan oleh Bung Mokhtar itu menarik perhatian Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang bersetuju supaya tindakan dikenakan terhadap Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Ahmad Kassim (PKR-Kuala Kedah) pula berpandangan sebaliknya dengan menganggap setiap ahli akademik wajar diberi kebebasan untuk memberi pandangan berhubung sesuai itu.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mama kata Papa anugerah tuhan : Papa HEBAT!

Pakar kata : Mustahil bagi Anwar meliwat kerana keadaannya

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI ( Pengimejan Resonans Magnetik ), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.

Menurut pakar bedah orthopaedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.

"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...

"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan ( tindakan meliwat ) kerana usianya," kata Hoogland.

Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun kerosakan pada akar saraf beliau masih belum pulih sepenuhnya.

Jelas pakar itu lagi, keadaan sakit tulang belakang yang dialaminya tidak membolehkannya membongkok dengan normal.

Saksi pembelaan itu juga berkata, Anwar tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan badan yang kasar.

'Mampukah Anwar lakukannya?' jadi misteri!

Persoalan sama ada Anwar Ibrahim "boleh melakukannya" terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini.

Bagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan.

Galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok. Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan.

Saiful juga telah memberikan keterangan secara tertutup mengenai dakwaan tersebut apabila dia menjadi saksi pendakwa tahun lepas.

Hoogland, 66, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak.

Pakar sakit belakang itu juga menyenaraikan tiga masalah dalam diagnosis ke atas Anwar bulan lalu dalam jawapan kepada soalan-soalan dari peguam Sankara Nair.

Agak malang bagi Nurul Izzah apabila " kehebatan " Papanya dipertikai oleh Hoogland!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 3 Oktober 2011

Anwar Omegay Kantoi Lagi..!!!



Sebelum terlupa sebenarnya Anwar masih belum lagi menjawap 5 soalan yang diberikan oleh Datuk Eskay:

1. Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3. Di hotel mana Anwar menginap?
4. Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5. Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Boleh jawap ke Anwar!

Wasabi Oyabun