Terima kasih kerana mengundi BN
Khamis, 13 Oktober 2011
Hasut Benci Raja Melayu - 2 Alumni Desak Majlis Senat UIAM Pecat Aziz Bari!
Dua orang alumni UIAM, Senator Mohd Ezam Mohd Nor dan Pengerusi GAPS Hamizun Khairudin mendesak Majlis Senat UIAM mengambil tindakan keatas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Ini adalah ekoran sikap biadap dan derhaka Aziz Bari kepada Institusi Raja Melayu, disamping telah menghasut orang ramai untuk membenci institusi berkenaan.
Mereka juga, bersama 4 NGO yang lain telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz Bari dan juga Malaysiakini yang menyiarkan kenyataan tersebut, agar disiasat dibawah Akta Hasutan.
Laporan berkenaan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam jam 4.00 petang tadi.
Sementara itu : Tindakan biadap Aziz Bari perlu diambil tindakan!
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ekoran keceluparannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lalu.
Mereka berkata, tindakan itu wajar kerana kenyataan tersebut jelas mempertikaikan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri berkenaan.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Abdul Aziz itu merupakan satu perbuatan biadab.
Katanya, Abdul Aziz tidak sepatutnya digelar seorang pakar Perlembagaan sekiranya beliau tidak memahami bidang kuasa raja-raja Melayu berhubung hal ehwal Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
"Abdul Aziz sepatutnya menasihatkan gereja terbabit kerana cubaan memesongkan akidah umat Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan.
"Justeru, saya mahu menasihatkan dia secara terbuka berhenti berpolitik, kalau hendak menjadi pensyarah jadilah seorang pensyarah yang beradab dan berhemah.
"Kalau berasa hebat sangat hendak berpolitik, letak sahaja jawatan. Saya cabar dia bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam kenyataan yang disiarkan portal propembangkang Malaysiakini semalam, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Selain itu Abdul Aziz turut menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pensyarah berkenaan serta portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen-komen pembaca yang mempertikaikan titah Sultan Selangor tersebut.
"Kebebasan bercakap boleh dibenarkan di kalangan ahli akademik tetapi dia (Abdul Aziz) kritik di tempat dan waktu yang salah, malah dia bukan pakar Perlembagaan tetapi pakar putar belit.
"(Oleh itu) tindakan wajar diambil terhadapnya dan juga portal berita Malaysiakini kerana menghina Sultan sebagai ketua agama," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Saranan yang disuarakan oleh Bung Mokhtar itu menarik perhatian Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang bersetuju supaya tindakan dikenakan terhadap Abdul Aziz.
Bagaimanapun, Ahmad Kassim (PKR-Kuala Kedah) pula berpandangan sebaliknya dengan menganggap setiap ahli akademik wajar diberi kebebasan untuk memberi pandangan berhubung sesuai itu.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan