Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 13 April 2011

Anwar sekeluarga tidak perlu risau - Pemilik jam tangan Omega boleh dijejaki menerusi nombor model!

Pihak berkuasa berkemungkinan besar tidak menghadapi sebarang masalah dalam usaha menjejaki pemilik jam tangan Omega yang ditinggalkan dalam bilik tempat rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang Februari lalu.

Ini kerana, setiap jam jenama Omega sama ada berharga paling murah sehingga paling eksklusif setiap satunya mempunyai nombor model dan nombor siri yang berbeza.

Menurut sumber dari Omega, jika jam jenama tersebut dibeli dari luar negara, maklumat mengenainya boleh didapati dari ibu pejabat Omega di Switzerland, manakala bagi pembelian di dalam negara, boleh mendapatkan maklumat di ibu pejabat di Wisma Goldhill.

"Setiap pembelian jam Omega, akan disertakan dengan kad perakuan jam atau sijil dan isi kandungan pada kad itu tertera tentang maklumat jam.

"Kad itu juga berfungsi sebagai surat jaminan. Jaminan yang diberikan kepada setiap pembeli adalah sekitar dua, tiga atau empat tahun dan lebih daripada itu pembeli tidak perlu lagi membawa kad tersebut, pemilik hanya boleh membawa jam itu sahaja bagi apa-apa proses pembaikan,'' katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu identiti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis bakal diketahui tidak lama lagi.

Menurut beliau, ia akan diketahui dalam tempoh terdekat iaitu selepas pengedar jam berjenama itu menyerahkan laporan pendaftaran pembeliannya.

Ditanya mengenai jam tangan edisi terhad jenama itu, sumber berkata, kebiasaannya Omega akan mengeluarkan jam tangan edisi terhad di seluruh dunia, bagaimanapun jumlah keluarannya adalah berbeza di setiap negara.

Mengenai berapa banyak jumlah yang dikeluarkan bagi setiap edisi terhad, jelas beliau, jumlahnya turut berbeza-beza iaitu ada keluaran untuk 300 utas, ada yang sebanyak 1,950 utas dan paling minimum ialah pernah untuk 10 utas sahaja.

Dengar-dengar jam Omega tersebut adalah pemberian dari kerabat diraja Arab..betoi ka Nuar..!!!

Wasabi Oyabun..

Selasa, 12 April 2011

Hanya helah Anwar cuba elak isu jam tangan!

Sikap Anwar Ibrahim beremosi apabila ditanya mengenai jam tangan Omega, berhubung kait kes rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, hanya helah beliau untuk mendapat simpati rakyat.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, dengan helah itu rakyat akan membuat andaian bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan menerima tekanan berlebihan berhubung isu tersebut.

Justeru, beliau menyarankan pihak media serta pemimpin muda agar lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan permainan Anwar yang hebat dalam memanipulasi setiap isu bagi kepentingan peribadinya.

"Kita jangan terpedaya dengan permainan oleh beliau dan sekutunya kerana inilah karakter Anwar supaya rakyat melihat dia dianiaya.

"Justeru, beri peluang kepada pihak berkuasa menyiasat supaya isu ini boleh dibuktikan secara fakta, bukan segi emosi," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula berkata, sikap Anwar yang berang apabila diajukan soalan mengenai jam tangan itu membuktikan beliau bersalah dalam isu itu kerana enggan memberi kerjasama apabila diminta.

"Inilah sikap Anwar yang tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut," kata beliau.

Apakah Anwar sudah mula takut dengan bayang-bayangnya sendiri..wallahuallam..!!!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 10 April 2011

Panas di Litar Sepang sama panasnya dengan soalan wartawan terhadap jam Omega Anwar!



Kah..kah..kah..soalan serkap jarang dari wartawan membuatkan Anwar macam cacing kepanasan! Kantoilah kamu Anwar? Anwar sakit otak apabila ditanyakan soalan tentang jam omega kepadanya semasa sidang media di Kuching..!!!

Jam Omega benar-benar memeningkan Anwar nampaknya...! Tak mengapa Anwar, nanti boleh tempah jam dengan nombor siri yang sama dari Thailand atau pun di Petaling Street.

Jam Omega satu hal. Kat rambut pun sama, cara ketawa pun sama, lenggok berjalan pun sama, tang perut dan tetek pun sama...isk..isk..isk..Anwar, nak kelentong apa lagi Nuar oiii..!!!

Ada banyak gambar-gambar persamaan Anwar dengan pelaku dalam video seks panasss..!!




Lihat diperut, lengan tangan, raut muka..macam sama ajer!


Lihat kat tetek..macam sama ajer!

Kat tetek Anwar..sama jer..!


Barisan perut-perut yang tak buncit!


Stail rambut pun sama jer..!!!

Kantoi lah Anwar...!!!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 7 April 2011

Esok..bahang FI bermula di Litar Sepang!


Seorang petugas pasukan Ferrari menyusun rangka jentera pasukannya menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Perlumbaan akan berlangsung dari 8~10 April.

Jumpa disana..sana..!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 4 April 2011

Bang Khalid ooii...'tulen' video ni bang..tak nak tonton ke!!!

Berkenaan dengan isu video panas yang hangat diperkatakan sekarang, abang Khalid Ibrahim kita mempertikai dan mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan maksud tulen berhubung dengan rakaman video seks yang didakwa libatkan pemimpin PKR.

Yang menampakkan 'kebangangan' abang Khalid adalah apabila beliau berkata, walaupun disahkan tulen oleh pakar, Ismail perlu menjelaskan sama ada orang di dalam rakaman video aksi seks tersebut atau video itu yang tulen. “

Kalau betul video itu tulen, saya tidak jadi masalah tetapi jangan buat dan cakap sahaja. Kena jelaskan apa makna tulen? Orangnya betul atau videonya betul?

Tak mengapa Bang Khalid. Kalau ada masa tontonlah video ni bersama Setpol Faekah abang Khalid ya. Kemudian baru buat komen dengan apa yang abang Khalid lihat nanti akan ke'tulen'nan yang sebenarnya. Memang 'tulen' bang..!!!



Sebelum tu bang Khalid, apa cerita dengan video kamera yang dijumpai didalam bilik MB tu ya? Bila nak tayangkan kepada rakyat! Dah lebih setahun rakyat menunggu hasil siasatanya. Tak kan nak sorok dari pengetahuan rakyat kot. Nanti kalau terbongkar pulak bagaimana? Tergagap-gagap pulak abang Khalid nak menjawapnya nanti...jangan lupa ya abang Khalid ya..chow chi chow..!!!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 3 April 2011

Pecah tembelang : Bekas ahli Pas akui pernah pulau sembahyang imam UMNO!

Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

“Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya.

Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.

"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.

"Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.

Aziz mendakwa, fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalam ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya.

Alhamdulillah..mudah-mudahan lebih ramai lagi yang akan sedar dan kembali kepangkal jalan.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 2 April 2011

Pornthip mengaku disiasat kerana masalah disiplin!

Pakar patologi Dr. Pornthip Rojanasunand yang pernah memberi keterangan kontroversi berhubung kematian Teoh Beng Hock, mengaku beliau kini disiasat Majlis Perubatan Thailand kerana masalah disiplin.

Pornthip, yang disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh hari ini, turut mengaku beliau adalah aktivis kontroversi di negaranya dan tidak disukai polis.

Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata prosiding tersebut masih berjalan dan Pornthip didakwa mengadakan bukti sintetik.

Merujuk kes kematian seorang jutawan di Thailand, Muhammad Shafee berkata Pornthip pernah memberi pandangan yang salah berhubung autopsi kedua sehingga adik si mati didakwa membunuh, sedangkan autopsi pertama mendapati mangsa membunuh diri.

Muhammad Shafee berkata Pornthip dan kumpulannya menjalankan autopsi kedua dan menyatakan jutawan itu dibunuh, namun autopsi ketiga yang dijalankan 11 pakar pathologi pelbagai negara mendapati si mati membunuh diri, sama seperti keputusan autopsi pertama.

Kantoi...!!!

Wasabi Oyabun..