Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sepanduk yang sempit atau " kepala otak " Khalid Samad dah jadi sempit!

Makin lama Khalid Samad ni menjadi MP Shah Alam, di lihat makin terserlah akan kebodohannya. Selepas gagal mendapat tauliah mengajar dari MAIP, Khalid bertelagah dengan Hassan Ali! Politik dan kuasa punya hal, Khalid sanggup mengadaikan " isteri " nya dengan baiah ciptaannya sendiri!

Selepas kemenangan di Shah Alam, Khalid masuk ke Gereja semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokongnya sehingga sanggup mengadaikan " Khalimah Allah " supaya dapat digunakan oleh pihak gereja! Gara-gara sokongan Khalid dan beberapa orang lagi pemimpin PAS termasuk juga Ketua Umum PR iaitu Anwar Ibrahim, tercetus kemarahan umat Islam di Malaysia. Namun Khalid Samad masih mampu tersenyum riang!

Pada bulan lepas, Khalid Samad " terkantoi " dengan isu yang dimainkannya sendiri iaitu orang kafir masuk kedalam masjid atau surau untuk memberi tazkirah. Mungkin kerana sudah kekeringan isu, maka Khalid menggunakan gambar yang telah diubahsuai dimana MP Hulu Selangor yang baru iaitu YB Kamalanathan.

Gambar itu menunjukkan Kamalanathan sedang menyerahkan sumbangan kepada orangramai. Gambar itu dibesarkan skopnya sehingga menampakkan Kamalanathan berada berhampiran mimbar masjid. Dan betapa malunya Khalid apabila melihat kepada gambar yang sebenar, rupa-rupanya Kamalanathan cuma berada di perkarangan masjid! Tepuk dulang terpercik air kemuka sendiri.

Dan terkini semakin menampakkan kebodohan Khalid Samad yang sebenar. Isu sepanduk hariraya Dato' Seri Noh Omar cuba diperbesarkan! Didalam blog Khalid Samad, beliau mempertikaikan ucapan Dato' Noh sempena menyambut hariraya aidilfitri. Klik di sini . Antara kata-kata Khalid didalam blognya " Saya melihat akan sepanduk ini di Shah Alam dan saya terperanjat. “Selamat Hari Raya kepada keluarga UMNO” tercatit jelas di atasnya. Di tepi kirinya gambar Noh Omar dan di tepi kanannya lambang satu Malaysia".

Apabila melihat kenyataan MP Shah Alam ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa sememangnya Khalid ni seorang yang sempit akal fikiranya. Walaupun kita tahu beliau ada "title IR" pada namanya seperti juga dengan bekas MB Perak iaitu Nizar " Lambai ", namun jika dilihat tahap pemikiran mereka, tidak ubah seperti otak mereka berada di kepala lutut!

Apa masalahnya jika Dato' Seri Noh Omar mengucapkan ucapan selamat hari raya kepada keluarga UMNO Selangor ? Beliau mengucapkan selamat hari raya itu di atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Jadi apa masalahnya kepada Khalid Samad? Adakah Khalid marah kerana didalam Sepanduk itu menyebut nama Khalid, ahli keluarga PAS dan PKR ?

Ini lah contoh pemimpin PAS yang bebal dan bangang ...nak hentam UMNO cari isu bodoh! Nak kata bodoh nanti marah, tetapi memangnya bodoh! Sudahlah bodoh..sombong pulak tu.! Meroyan tak tentu pasal..!!!

Wasabi oyabun..

Selasa, 5 Oktober 2010

Ahli akar umbi PKR tak mudah ikut telunjuk Anwar, Azmin!

KEJUTAN demi kejutan berlaku dalam pemilihan kepimpinan cabang (bahagian) Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada laporan menyatakan berlaku insiden bertumbuk, baling kerusi dan maki hamun antara ahli-ahli berbilang kaum dalam parti itu.

Kalau satu atau dua kejadian, ia tidak mengejutkan tetapi jika mesyuarat agung cabang PKR terus dihiasi insiden-insiden pergaduhan dan ganas, itu boleh dirumuskan sebagai politik ganas dan samseng.

Jom Gaduh bagaikan istilah baru dalam perjuangan PKR.

Mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang PKR yang bermula 17 September dan berakhir 3 Oktober lalu menjadi titik awal kepada pemilihan pucuk pimpinan parti itu untuk tempoh tiga tahun.

Pemilihan pemimpin pusat pula bermula 29 Oktober hingga 14 November depan membabitkan 208 cabang dan lebih 400,000 ahli.

Kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat agung tahunan cabang PKR di seluruh negara didakwa berpunca daripada calon-calon mendapat 'restu' penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pencabar jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali tidak dipilih oleh ahli.

Bagaikan telah ditetapkan, segala-galanya perlu selari dengan nawaitu Anwar dan Azmin. Inilah padah jika calon-calon yang ditaja mereka tidak menang jawatan seperti dirancang, pasti akan ada tangan- tangan ghaib menggagalkan perjalanan mesyuarat termasuk mencetuskan kekacauan.

Terbukti, ahli-ahli PKR sedar mainan politik kroni pemimpin atasan mereka. Sebab itu beberapa pemimpin PKR yang dilihat penyokong kuat Azmin tewas dalam pemilihan jawatan ketua cabang.

Beberapa pemimpin kanan PKR tumbang. Kekalahan mereka itu jelas membuktikan ahli-ahli PKR di peringkat akar umbi menolak telunjuk Anwar dan Azmin.

Hakikatnya PKR bukan parti membela rakyat sebaliknya ia merupakan parti pengaut kekayaan dan kekuasaan khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi ahli PKR.

Justeru, PKR bukanlah parti yang menjaga kepentingan ahli akar umbi. Hasrat mereka langsung tidak diendahkan kerana apa yang paling utama adalah agenda Anwar dan Azmin tercapai.

Untuk melindungi kelemahan, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dengan mudah menuduh UMNO main peranan membuat kekecohan dalam mesyuarat cabang PKR.

Inilah alasan dan hujah basi daripada PKR. Apa sahaja masalah yang mereka hadapi, UMNO disalahkan.

Kepada ahli dan pemimpin PKR, UMNO banyak kerja untuk dilakukan dan tak ada masa hendak mensabotaj mesyuarat PKR. UMNO tidak ada niat dengki dan sakit hati melihat PKR.

Malah Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub pada Jumaat lalu menafikan dakwaan Saifuddin Nasution bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlibat mendalangi kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat cabang PKR.

PKR sepatutnya bertanggungjawab ke atas masalah mereka sendiri, dan bukannya menuding jari kepada orang lain. Jagalah urusan rumah tangga sendiri supaya ahli parti tidak lari. Ingat, agenda utama PKR bukan semuanya disenangi oleh ahli akar umbi.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 28 September 2010

LOTUS F1: Tony Fernandez Yang Syok Sendiri!

Pasukan Formula Satu Malaysia, 1Malaysia Racing Team (1MRT), tidak lagi dibenar menggunakan nama Lotus Racing berkuat kuasa musim depan, selepas lesen yang diberikan kepada semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan prinsipal pasukan itu, Datuk Seri Tony Fernandes ditamatkan.

Perkara tersebut diumumkan Proton Holdings Berhad dalam satu kenyataan semalam, yang menjelaskan, penamatan tersebut dibuat ekoran tindakan terangan-terangan dan berterusan oleh Fernandes, yang melanggar lesen yang diberi kepada mereka dan dianggap telah merosakkan nama Lotus.

Berikutan penamatan tersebut, bukan saja pasukan 1MRT tidak dibenarkan menggunakan nama Lotus, malah semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Fernandes, termasuk Kumpulan Tune Bhd. atau Pasukan Lotus Ventures Limited, turut menerima akibatnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Proton itu lagi, Kumpulan Lotus difahamkan, Fernandes bercadang melakukan penjenamaan semula dengan tidak lagi menggunakan nama Lotus Racing pada musim 2011, sebaliknya berlumba di atas nama Team Lotus.

Fernandes memberitahu, Kumpulan Tune telah mendapat hak untuk menggunakan nama Team Lotus, yang dulunya dimiliki David Hunt dengan menggunakan nama Team Lotus Ventures Limited. Mereka percaya, hak tersebut tidak diperoleh dengan cara yang sah, malah Fernandes sendiri sedar akan perkara itu.

Menurut Proton, mereka menyokong sebarang tindakan yang akan diambil Kumpulan Lotus dalam usahanya melindungi hak terhadap jenama 'Lotus', termasuk menentang sebarang cubaan oleh Fernandes dan syarikatnya atau mana-mana pihak untuk menggunakan nama Lotus pada aksi F1 2011.

"Lotus antara jenama paling bernilai dalam F1 ketika ini. Kami adalah pemilik kepada jenama ini dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindunginya.

"Tony Fernandes tidak mempunyai hak untuk menggunakan jenama Lotus dalam F1 2011. Kami menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan menggunakan jenama kami tanpa keizinan. Kami juga menarik diri sebagai penaja Lotus Racing.

"Kumpulan Lotus adalah pemilik kepada semua yang berkaitan dengan Lotus. Fakta bahawa 1Malaysia Racing Team memohon lesen daripada Kumpulan Lotus untuk menggunakan jenama kami dengan sendirinya telah menunjukkan baik Fernandes, mahupun 1 Malaysia Racing Team mengiktiraf dan mengakui hak yang dimiliki oleh Kumpulan Lotus,'' kata Pengerusi Proton Holdings Berhad dan Kumpulan Lotus, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Fernandes dan 1Malaysia Racing Team tahun lalu memohon lesen daripada Kumpulan Lotus ,bagi menggunakan jenama Lotus untuk pasukan Lotus Racing dalam F1 musim ini.

Menurut Proton, hanya ada satu Lotus iaitu yang diasaskan oleh Colin Chapman, bermula dari era mereka mengeluarkan kenderaan komersial hingga kepada kereta lumba. Sehingga 1994, Kumpulan Lotus, pengeluar kereta komersial dan kereta Pasukan Lotus, yang beraksi dalam F1 mempunyai pemilik dan pengarah yang sama.


Cerita dia panjang, tapi episod-episod yang berlaku dalam cerita ini mencerminkan siapa itu Tony dan sifat manusia yang ada pada Tony. Opportunist.

Bila nak masuk F1, Tony and friends ada la kumpul-kumpul dana and then expertise disumbangkan oleh Mike Gascoyne dengan rakan-rakan dia dari Litespeed. Pada asalnya Litespeed ni minta nak masuk F1 menggunakan nama "Lotus" tapi sebab legal + banyak lagi masalah, entry mereka kena reject.

Selepas itu, geng-geng Litespeed ni approach Tony, then terbentuklah satu team yang ada expertise, financial backing, etc. Selepas itu, mereka nak juga guna nama "Lotus", jadi mereka pujuk Proton untuk join. Ada muslihat disebaliknya tu sebab mereka nak paparkan publicity bahawa team lagenda "Lotus" kembali ke grid F1 setelah 15-16 tahun. Fungsinya proton dalam venture ini ialah perlesenan nama "Lotus", kerana proton adalah parent company Lotus Engineering.

Jadi, Proton pun bagilah peluang untuk geng-geng Tony ni guna nama "Lotus" pada team. Maka terbentuklah Lotus Racing.

Kenapa Tony kena contact Proton untuk benar guna nama "Lotus"?

Ini sebab management terakhir yang mengurus team lagenda Lotus pada 1994 di punyai oleh seorang yang bernama David Hunt. Company dia namakan team 1994 itu sebagai "Team Lotus". Jadi sesiapa yang nak namakan team racing mereka "Team Lotus" harus mendapatkan kebenaran ataupun beli terus hak-hak penamaan tu.

Lotus Engineering pernah buat usaha untuk memiliki nama "Team Lotus" kepunyaan David Hunt, tetapi gagal. Tony Fernandes juga mengetahui hal-hal ini. Dia tahu bahawa, brand licensing oleh Proton itu hanya temporary solution sahaja and brand kepunyaan David Hunt adalah the real Team Lotus - yang pernah uruskan Aryton Senna dulu.

Tetapi sebab Tony nak publisiti untuk brand "Lotus" dalam grid F1, tak mengapalah. Lebih baik ada dari tak ada langsung. Sebab itu team Tony guna nama "Lotus Racing".

- Sifat Tony yang pertama -

Dalam masa yang sama, Tune Group buat usaha untuk beli brand David Hunt ni dan mereka berjaya membelinya. Maka secara rasminya Tune Group boleh guna nama "Team Lotus" dan Tony mahu rebranding nama team racing F1 dari "Lotus Racing" kepada "Team Lotus".

Effectnya kepada Proton?

Sebagai syarikat induk yang tahu situasi dan branding excercise serta usaha Lotus Engineering untuk punyai nama team itu dulu, Proton rasa obligated untuk pelihara nama Lotus dalam arena permotoran dan ada ura-ura yang mereka juga akan buat team sendiri (Lotus Engineering).

Tune Group sepatutnya memaklumkan kepada Proton lebih awal tentang pembelian jenama David Hunt itu, supaya tidak berlakunya perkara yang bertentangan dengan perjanjian dan lagi bagus kalau jenama "Team Lotus" tu dikembalikan kepada Lotus Engineering melalui Proton. Maksudnya dikembalikan ini boleh jadi dalam bentuk jualan. Tetapi amat malang sekali Tony tidak mahu, dia nak memiliki "Team Lotus" sendiri.

- Sifat Tony number 2 -

Ekoran daripada keangkuhan Tony Fernandez itu, Proton pull off segala sponsorship dan akan lawan legal case dengan Tony punya racing team bekenaan penggunaan jenama LOTUS dalam F1. Dalam legal document, semuanya adalah ok. Cuma, dulu bila mana Racing Team Tony ini tiada nama team, terhegeh-hegeh pergi kat Proton buat licensing. Bila dah ada nama team yang Proton + Lotus memang nak pelihara, dia heret Proton naik court or vice versa.

Wasabi oyabun..

Sabtu, 25 September 2010

Lagi jawapan buat Nazri Aziz!

Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.

Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.

Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit.

Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau.

Kritikan

Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.

Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.

Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.

Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.

Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan.

Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.

Kemerosotan

Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.

Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.

( Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum ).

The Malaysian Insider

Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional.

Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.

Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.

Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.

Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya.

Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.

Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu.

Institusi Melayu

Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.

Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.

Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina? Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu.

Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu. Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?-UM

Wasabi oyabun

Jumaat, 24 September 2010

Ramadhan lepas Khalid Samad sempat lepas "geram" : Langgar titah Sultan!

Titah KDYMM Tuanku Sultan Selangor agar Masjid dan Surau di Selangor tidak dijadikan medan berpolitik dan kesuciannya sentiasa dipelihara sekali lagi dilanggar. Kali ini giliran Khalid Samad pula yang melanggarnya.

Selepas solat isyak dan ketika ahli jemaah Masjid Bukit Jelutong Shah Alam sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat terawih pada 31.08.2010 , tiba-tiba diumumkan yang Khalid Samad akan menyampaikan tazkirah.

Bagi memberi laluan kepada beliau menyampaikan tazkirah, maka solat terawih terpaksa ditunda. Ketika mula bertazkirah dia bermula dengan baik dan menerangkan tentang pentingnya Al-Quran sebagai iman dan pedoman kepada umat-umat Islam.

Baik hanya di permulaan sahaja, selepas itu dia mula terpesong kepada perkara-perkara politik dan mengecam tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang kehadiran orang bukan islam di masjid dan Surau.

Katanya lagi, apa salahnya kita menjemput orang bukan islam untuk sama-sama menghayati islam Masjid atau Surau. Khalid kata dia merasa amat geram kerana ada pihak-pihak yang sengaja menghambat keluar orang bukan islam dari Masjid.

Dia juga berkata ada pihak yang cuba nak jadikan Shah Alam ini sebagai Tanah Haram seperti di Mekah dan Madinah

Apabila Khalid mengecam dan geram dengan perkara tersebut, maknanya beliau telah mengecam dan geram terhadap KDYMM Sultan Selangor. Ini kerana arahan dari Tuanku jelas agar kesucian tempat ibadat orang Islam di Selangor harus dijaga dan dihormati. Tuanku jugalah orang yang bertanggungjawab mengarahkan JAIS dan MAIS mengambil tindakan terhadap apa yang terjadi di Kajang.

Khalid berucap lebih kurang 25 minit dan kami difahamkan jemaah merasa resah gelisah dan loya dengan tindakan beliau mempertahankan tindakan Pas membawa masuk orang bukan islam ke dalam Masjid dan Surau.

Oleh yang demikian kami berharap JAIS serta MAIS dapat mengambil tindakan terhadap jawatankuasa Masjid tersebut serta terhadap Khalid Samad kerana telah berpolitik di dalam Masjid. Tambahan Khalid Samad juga tidak mempunyai tauliah dari JAIS untuk menyampaikan tazkirah di dalam Masjid.

Harap JAIS dan MAIS dapat bertindak tanpa memilih bulu atau takut kepada Khalid Samad. Undang-undang tetap undang-undang tanpa mengira siapa mereka.

Pada pandangan kami insan yang bernama Khalid Samad ini sebenarnya sudah melampau dan perlu diberi perhatian segera oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Sumber : Selangor Daily

Wasabi Oyabun..

Selasa, 21 September 2010

Adakah bagi PAS wang " habuan " dianggap sebagai sumbangan!

Adik Nik Aziz akui terima cek RM4 bilion I'DA WORLD wakil MB - Bernama

Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion. Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

Yang menjadi persoalan disini adalah mengapa sumbangan RM4 billion berkenaan diberikan atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri atau Perbendaharaan Negeri?

Mengapa perlu diberikan atas nama PAS? Mengapa diberi kepada parti politik dan bukannya atas nama kerajaan negeri? Ini bukan sumbangan kepada kerajaan negeri tetapi sumbangan kepada PAS!

Nampak gayanya joli sakan la PAS guna RM4 billion lepas ni untuk kerja politik. Jika sebelum ni PAS sanggup keluar RM4 juta untuk burukkan kepimpinan Pak Lah, dengan wang sebanyak ini, lebih dari itu boleh diperuntukkan untuk memburukkan kepimpinan Dato' Najib. Mungkin lepas ini PAS dah tak pedulikan pasal " wang royalti minyak " lagi dah! Dah kaya katakan.

Mungkin sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri akan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Ini dah dikira wang " Habuan" ke " sumbangan"! Takkan lah habuan kot! Tok Guru pergi ke Mekah pun dapat sumbangan ikhlas, inikan pula RM4 billion. Mestilah ini pun di kira sumbangan ikhlas kepada PAS kan?

Teringat pula kes balak di Kelantan. Pada setiap kawasan pembalakan yang diluluskan, pengusaha perlu memberi " sumbangan " ikhlas kepada PASTI?
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 19 September 2010

Apabila Melayu Dah Tak Mengaku Jadi Melayu!

Mursyidul Am Pas dibidas tidak bangga berbangsa Melayu

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibidas kerana tidak bangga berbangsa Melayu sedangkan Islam tidak melarang umatnya menyebut tentang bangsa asalkan ia tidak melebihi tahap agama suci itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'.

"Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam.

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenal. Maknanya Allah jadikan bangsa, itu fakta.

"Saya tidak tahu apa maksud dia (Nik Abdul Aziz) kata tidak bangga dengan Melayu. Memanglah kita tidak setuju kalau bangsa itu dilebihkan tetapi tidak salah (menyebut bangsa) sebab Rasulullah sendiri kata 'ana Quraisy'," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak bangga berbangsa Melayu pada ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu.

Md. Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, kejayaan yang dinikmati hari ini disebabkan hak-hak keistimewaan Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

"Saya rasa Nik Abdul Aziz terlupa apa yang dia, anak-anak dia, orang Pas dan Melayu dapat hari ini adalah kerana Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan Melayu dan pada masa yang sama juga Islam dapat berkembang sehingga hari ini.

"Ini adalah perjanjian tetapi pada masa yang sama hak kaum lain tidak akan terhalang. Dasar itu memang tepat sebagai timbal balas kepada apa yang orang Melayu berikan sebelum merdeka dahulu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengeluarkan kenyataan politik apabila menyerahkan sepenuhnya kepada Pas untuk menentukan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Kalau betul dia tidak mahu bertanding dia kena kata sudah tidak mahu kerana dia lebih uzur daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," katanya.

Wasabi Oyabun..