Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 21 September 2010

Adakah bagi PAS wang " habuan " dianggap sebagai sumbangan!

Adik Nik Aziz akui terima cek RM4 bilion I'DA WORLD wakil MB - Bernama

Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion. Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

Yang menjadi persoalan disini adalah mengapa sumbangan RM4 billion berkenaan diberikan atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri atau Perbendaharaan Negeri?

Mengapa perlu diberikan atas nama PAS? Mengapa diberi kepada parti politik dan bukannya atas nama kerajaan negeri? Ini bukan sumbangan kepada kerajaan negeri tetapi sumbangan kepada PAS!

Nampak gayanya joli sakan la PAS guna RM4 billion lepas ni untuk kerja politik. Jika sebelum ni PAS sanggup keluar RM4 juta untuk burukkan kepimpinan Pak Lah, dengan wang sebanyak ini, lebih dari itu boleh diperuntukkan untuk memburukkan kepimpinan Dato' Najib. Mungkin lepas ini PAS dah tak pedulikan pasal " wang royalti minyak " lagi dah! Dah kaya katakan.

Mungkin sumbangan peribadi RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri akan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ini kerana, wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Ini dah dikira wang " Habuan" ke " sumbangan"! Takkan lah habuan kot! Tok Guru pergi ke Mekah pun dapat sumbangan ikhlas, inikan pula RM4 billion. Mestilah ini pun di kira sumbangan ikhlas kepada PAS kan?

Teringat pula kes balak di Kelantan. Pada setiap kawasan pembalakan yang diluluskan, pengusaha perlu memberi " sumbangan " ikhlas kepada PASTI?
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen