Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 28 September 2010

LOTUS F1: Tony Fernandez Yang Syok Sendiri!

Pasukan Formula Satu Malaysia, 1Malaysia Racing Team (1MRT), tidak lagi dibenar menggunakan nama Lotus Racing berkuat kuasa musim depan, selepas lesen yang diberikan kepada semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan prinsipal pasukan itu, Datuk Seri Tony Fernandes ditamatkan.

Perkara tersebut diumumkan Proton Holdings Berhad dalam satu kenyataan semalam, yang menjelaskan, penamatan tersebut dibuat ekoran tindakan terangan-terangan dan berterusan oleh Fernandes, yang melanggar lesen yang diberi kepada mereka dan dianggap telah merosakkan nama Lotus.

Berikutan penamatan tersebut, bukan saja pasukan 1MRT tidak dibenarkan menggunakan nama Lotus, malah semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Fernandes, termasuk Kumpulan Tune Bhd. atau Pasukan Lotus Ventures Limited, turut menerima akibatnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Proton itu lagi, Kumpulan Lotus difahamkan, Fernandes bercadang melakukan penjenamaan semula dengan tidak lagi menggunakan nama Lotus Racing pada musim 2011, sebaliknya berlumba di atas nama Team Lotus.

Fernandes memberitahu, Kumpulan Tune telah mendapat hak untuk menggunakan nama Team Lotus, yang dulunya dimiliki David Hunt dengan menggunakan nama Team Lotus Ventures Limited. Mereka percaya, hak tersebut tidak diperoleh dengan cara yang sah, malah Fernandes sendiri sedar akan perkara itu.

Menurut Proton, mereka menyokong sebarang tindakan yang akan diambil Kumpulan Lotus dalam usahanya melindungi hak terhadap jenama 'Lotus', termasuk menentang sebarang cubaan oleh Fernandes dan syarikatnya atau mana-mana pihak untuk menggunakan nama Lotus pada aksi F1 2011.

"Lotus antara jenama paling bernilai dalam F1 ketika ini. Kami adalah pemilik kepada jenama ini dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindunginya.

"Tony Fernandes tidak mempunyai hak untuk menggunakan jenama Lotus dalam F1 2011. Kami menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan menggunakan jenama kami tanpa keizinan. Kami juga menarik diri sebagai penaja Lotus Racing.

"Kumpulan Lotus adalah pemilik kepada semua yang berkaitan dengan Lotus. Fakta bahawa 1Malaysia Racing Team memohon lesen daripada Kumpulan Lotus untuk menggunakan jenama kami dengan sendirinya telah menunjukkan baik Fernandes, mahupun 1 Malaysia Racing Team mengiktiraf dan mengakui hak yang dimiliki oleh Kumpulan Lotus,'' kata Pengerusi Proton Holdings Berhad dan Kumpulan Lotus, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Fernandes dan 1Malaysia Racing Team tahun lalu memohon lesen daripada Kumpulan Lotus ,bagi menggunakan jenama Lotus untuk pasukan Lotus Racing dalam F1 musim ini.

Menurut Proton, hanya ada satu Lotus iaitu yang diasaskan oleh Colin Chapman, bermula dari era mereka mengeluarkan kenderaan komersial hingga kepada kereta lumba. Sehingga 1994, Kumpulan Lotus, pengeluar kereta komersial dan kereta Pasukan Lotus, yang beraksi dalam F1 mempunyai pemilik dan pengarah yang sama.


Cerita dia panjang, tapi episod-episod yang berlaku dalam cerita ini mencerminkan siapa itu Tony dan sifat manusia yang ada pada Tony. Opportunist.

Bila nak masuk F1, Tony and friends ada la kumpul-kumpul dana and then expertise disumbangkan oleh Mike Gascoyne dengan rakan-rakan dia dari Litespeed. Pada asalnya Litespeed ni minta nak masuk F1 menggunakan nama "Lotus" tapi sebab legal + banyak lagi masalah, entry mereka kena reject.

Selepas itu, geng-geng Litespeed ni approach Tony, then terbentuklah satu team yang ada expertise, financial backing, etc. Selepas itu, mereka nak juga guna nama "Lotus", jadi mereka pujuk Proton untuk join. Ada muslihat disebaliknya tu sebab mereka nak paparkan publicity bahawa team lagenda "Lotus" kembali ke grid F1 setelah 15-16 tahun. Fungsinya proton dalam venture ini ialah perlesenan nama "Lotus", kerana proton adalah parent company Lotus Engineering.

Jadi, Proton pun bagilah peluang untuk geng-geng Tony ni guna nama "Lotus" pada team. Maka terbentuklah Lotus Racing.

Kenapa Tony kena contact Proton untuk benar guna nama "Lotus"?

Ini sebab management terakhir yang mengurus team lagenda Lotus pada 1994 di punyai oleh seorang yang bernama David Hunt. Company dia namakan team 1994 itu sebagai "Team Lotus". Jadi sesiapa yang nak namakan team racing mereka "Team Lotus" harus mendapatkan kebenaran ataupun beli terus hak-hak penamaan tu.

Lotus Engineering pernah buat usaha untuk memiliki nama "Team Lotus" kepunyaan David Hunt, tetapi gagal. Tony Fernandes juga mengetahui hal-hal ini. Dia tahu bahawa, brand licensing oleh Proton itu hanya temporary solution sahaja and brand kepunyaan David Hunt adalah the real Team Lotus - yang pernah uruskan Aryton Senna dulu.

Tetapi sebab Tony nak publisiti untuk brand "Lotus" dalam grid F1, tak mengapalah. Lebih baik ada dari tak ada langsung. Sebab itu team Tony guna nama "Lotus Racing".

- Sifat Tony yang pertama -

Dalam masa yang sama, Tune Group buat usaha untuk beli brand David Hunt ni dan mereka berjaya membelinya. Maka secara rasminya Tune Group boleh guna nama "Team Lotus" dan Tony mahu rebranding nama team racing F1 dari "Lotus Racing" kepada "Team Lotus".

Effectnya kepada Proton?

Sebagai syarikat induk yang tahu situasi dan branding excercise serta usaha Lotus Engineering untuk punyai nama team itu dulu, Proton rasa obligated untuk pelihara nama Lotus dalam arena permotoran dan ada ura-ura yang mereka juga akan buat team sendiri (Lotus Engineering).

Tune Group sepatutnya memaklumkan kepada Proton lebih awal tentang pembelian jenama David Hunt itu, supaya tidak berlakunya perkara yang bertentangan dengan perjanjian dan lagi bagus kalau jenama "Team Lotus" tu dikembalikan kepada Lotus Engineering melalui Proton. Maksudnya dikembalikan ini boleh jadi dalam bentuk jualan. Tetapi amat malang sekali Tony tidak mahu, dia nak memiliki "Team Lotus" sendiri.

- Sifat Tony number 2 -

Ekoran daripada keangkuhan Tony Fernandez itu, Proton pull off segala sponsorship dan akan lawan legal case dengan Tony punya racing team bekenaan penggunaan jenama LOTUS dalam F1. Dalam legal document, semuanya adalah ok. Cuma, dulu bila mana Racing Team Tony ini tiada nama team, terhegeh-hegeh pergi kat Proton buat licensing. Bila dah ada nama team yang Proton + Lotus memang nak pelihara, dia heret Proton naik court or vice versa.

Wasabi oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan