Terima kasih kerana mengundi BN
Khamis, 18 September 2014
Hasil Kajian : Anwar Ibrahim Punca Kemelut Politik Selangor?
SHAH ALAM – Rata–rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu.
“Melalui kaji selidik responden di beberapa kawasan DUN termasuk di Semenyih, Damansara dan Sekinchan, sebanyak 44.5 peratus bersetuju bahawa Anwar mewujudkan satu keadaan iaitu menukar menteri besar Selangor melalui pilihan raya kecil Kajang atau ‘Langkah Kajang’.
“Bermula dengan Langkah Kajang, beliau digambarkan mempunyai kecenderungan untuk melebarkan kuasanya dengan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan cukup mudah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum ‘Kemelut Politik Selangor: Angkara Siapa?’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, Khamis.
Ismail yang juga pensyarah kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata selain Anwar, responden turut menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut politik itu.
Beliau berkata rakyat Selangor berpendapat tindakan Abdul Hadi, yang sentiasa berdolak-dalik dalam membuat keputusan berhubung calon menteri besar baharu, menyebabkan kemelut tersebut berpanjangan.
“Hasil kaji selidik menunjukkan sebanyak 17.9 peratus reponden mengakui tindakan Abdul Hadi yang lemah dalam membuat keputusan menyebabkan krisis ini berlaku, manakala 15.2 peratus bersetuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut dipersalahkan sementara selebihnya berpendapat Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) sebagai punca,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kemelut pertukaran menteri besar Selangor, Ismail berpendapat percaturan yang dibuat PKR untuk menukar menteri besar pada ketika ini adalah tidak tepat.
Beliau berkata sekiranya Abdul Khalid dianggap lemah oleh PKR dalam menerajui Selangor, Abdul Khalid sepatutnya tidak dicalonkan menduduki kerusi menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
“PKR sendiri mendakwa Abdul Khalid lemah. Kalau Abdul Khalid lemah, kenapa calonkan beliau sebagai menteri dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang.
“Apa yang saya lihat, kaedah yang digunakan Anwar dan PKR untuk menukar menteri besar pada waktu ini adalah tindakan yang tidak tepat,” katanya. -Bernama
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!
BalasPadamTak perlu berdolak-dalik...
Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???
Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???
Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!
Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...
Sumber berita
>>>> Klik Di Sini
Datuk Yip Kum Fook menghina sami Buddha dan menendang sami Buddha di Kuil Buddha, Taman Desa Jaya, Kepong kerana menganggap ini miliknya, ramai sami Buddha berkata ini Datuk Yip Kum Fook datang membantu dan dia menolak secara perlahan jawatankuasa lain, kemudian dia mengambil atas tempat atau kedudukan ahli jawatankuasa
BalasPadamTetapi Datuk Yip Kum Fook tidak pernah malu, sekarang ramai yang tahu apa yang dia buat dan buat, dan orang berkongsi dan menyiarkan di internet tentang dia, tetapi dia masih tidak tahu apa-apa seperti tidak ada otak atau seperti haiwan tidak berotak
Datuk Yip Kum Fook! Kami sangat mengenali anda, kali terakhir anda dan saya selalu bersama di kedai kopi dan Tokong Buddha tetapi bertahun-tahun jauh dari anda kerana anda sangat berfikiran kotor dan selalu menipu orang dan wanita, kami tahu anda belajar undang-undang dari mana?
Kami tahu, kenapa anda berminat untuk menjadi peguam kerana pendidikan anda terlalu rendah, kemudian anda mengambil undang-undang kerana anda mahu bermain politik untuk MCA, sekarang siapa yang menderita, ya anda lebih menderita
Kami mendengar dan melihat anda di internet bahawa menyertai beberapa kumpulan Buddha dari Taiwan atau Persatuan Buddha Gondesan, Kuala Lumpur, Datuk Yip Kum Fook! adalah lebih baik untuk tidak menyertai mereka kerana anda sangat kotor, tolong jangan pergi ke sana
Kami (Lim & Thong) Taman Desa Jaya, Kepong