Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 17 September 2013

Surendran Pundek Berfikiran Sempit?


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera disifatkan sebagai individu berfikiran sempit dan hanya melihat agenda tersebut kepada satu aspek dalam politik sahaja.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan Surendran supaya menilai kembali kesannya kepada seluruh masyarakat sekiranya kerajaan mengambil opsyen kedua dengan mengabaikan 65 peratus penduduk bumiputera di negara ini.

"Surendran hanya tahu memikirkan satu aspek dalam politik, beliau hanya melihat kepada satu sudut sahaja iaitu dari segi kertas tetapi semangat agenda ini tidak dapat difahami oleh mereka.

"Bayangkan opsyen yang satu lagi ialah mengabaikan kepentingan 65 peratus penduduk di negara kita ini yang rata-ratanya masih miskin dan mundur. Apa kesannya selepas ini? Surendran baharu masuk dalam politik tetapi kita sudah memerintah 50 tahun dalam negara Malaysia dan 56 tahun di Tanah Melayu," katanya dalam majlis pembayaran dividen Koperasi Kadamaian Kota Belud Berhad di Dewan Gopog pekan Taginambur, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Awadnir Matanggal; Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Pengerusi Koperasi Kadamaian Kota Belud, Daniel Samudin.

Surendran kelmarin dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak menyentuh kebebasan hak asasi rakyat.

Tambah Abdul Rahman, sekiranya golongan bumiputera yang menjadi golongan majoriti tidak berasa selesa dan terpinggir, ia bakal mencetuskan masalah sosial seterusnya mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Tegas beliau, bagi menstabilkan negara yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat, maka kerajaan perlu memberi keyakinan kepada golongan bumiputera bahawa kerajaan sentiasa berusaha membantu mereka tanpa meminggirkan mana-mana kaum lain.

"Jadi membantu 65 peratus yang sememangnya mundur dan serba kekurangan itu bukan satu agenda yang buruk dan bersifat perkauman kerana ini adalah agenda nasional yang perlu disokong rakan-rakan bukan bumiputera.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini kalau bumiputera mempunyai keupayaan dan kewangan yang lebih sudah tentu wang itu akan turun kepada premis-premis perniagaan yang rata-ratanya dimiliki bukan bumiputera," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan