Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 23 September 2013

Chin Peng bukan warganegara, abu mayat tak boleh masuk negara ini !!


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod kerakyatan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berdasarkan semakan JPN yang tidak mempunyai rekod mengenai beliau.

"Berdasarkan JPN, Perjanjian Hatyai telah diberikan dua kali (peluang) kepada beliau tetapi malangnya beliau menolak.

"Dan mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hatyai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang masih menuntut kerajaan supaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.

"Bagi saya bukan soal perundangan sangat tetapi soal kemanusiaan, rasa kemanusiaan, rasa tergurisnya perasaan mangsa-mangsa yang telah terbunuh ketika Chin Peng menjadi ketua PKM," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan