Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 1 September 2013

Manusia seperti Anwar tidak layak berdialog?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak layak berdialog dengan kerajaan berhubung isu-isu kebangsaan.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, kenyataan terbaharu Anwar itu adalah muslihat politik beliau yang kini bankrap modal dan terdesak.

Justeru, beliau meminta Anwar agar tidak mencemari kemuliaan Hari Kemerdekaan dengan muslihat politik murahan 'sang pengkhianat'.

"Setelah menghina institusi negara, pemimpin negara di dalam dan di luar negara, Anwar 'sang pengkhianat' tidak layak untuk duduk berdialog dengan kerajaan.

"Apa yang harus beliau lakukan dahulu adalah meminta maaf kepada seluruh rakyat negara ini, raja-raja Melayu dan ulama khususnya atas keterlanjuran membiarkan nafsu serakah politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri sehingga merosakkan banyak perkara di negara ini," katanya di sini hari ini.


Ezam mengulas cadangan Anwar supaya diadakan dialog terbuka antara kerajaan dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman meminta kerajaan tidak melayan cadangan Anwar yang disifatkan sebagai tidak ikhlas.

"Anwar cuma bermain politik dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan permainan politik beliau," katanya.

Beliau berkata, Anwar mungkin ada muslihat tersembunyi di sebalik cadangan itu memandangkan segala usahanya menarik simpati rakyat sebelum ini tidak berhasil.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan: