
Nik Aziz menunjukkan bantahan terhadap Anwar dengan memintanya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha untuk memastikan keselamatan negara Israel dan membuktikannya 'tidak benar' dengan menyaman Wall Street Journal.
Permintaan itu tidak sukar untuk dilakukan oleh Anwar yang pernah membuat penafian terhadap keterlanjuran beliau yang lebih besar sekalipun terbukti dengan video maka apatah permintaan dibuat oleh Nik Aziz demi untuk persahabatan dengan Anwar atas dasar tegur-menegur.
Nik Aziz tentu sedar bahawa penafian Anwar kelak tidak akan menjejaskan pendirian yang telah pun diketahui oleh seluruh dunia dan terpuji di mata Israel dan Amerika Syarikat.

Hal ini sudah cukup untuk meyakinkan Israel bahawa Anwar adalah ejennya yang boleh dipercayainya oleh kerana sebarang penafian yang dibuatnya bukan atas hasratnya sendiri.
Rakyat Malaysia juga dapat memikirkan apa yang akan berlaku kepada dasar luar negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa.
DAP tentunya akan menyokong pendirian pluralisme yang dijuarai oleh Anwar untuk menunjukkan dasar negara yang demokratik dan di samping itu akan menyesuaikan dengan Dasar Luar Singapura sebagai benteng kepada Israel.
Pas tentunya hanya dapat bersuara di pinggiran tetapi tidak akan dapat bertindak di atas prinsipnya sekalipun tidak bersetuju. Sekarang pun telah banyak bukti yang kita lihat mengenai kejatuhan moral Pas sebagai sebuah parti Islam.
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan