Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 10 Februari 2012
Mengapa Pakatan Rakyat masih amal pilih bulu?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersikap 'pilih bulu' apabila tiada sebarang desakan dibuat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya sebelum ini.
Sambil mempersoal keputusan taklimat tertutup pakatan rakyat tiga tahun lalu yang memutuskan Elizabeth perlu meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegagalan itu membuktikan pembangkang tidak sensitif berhubung isu moral pemimpin mereka.
Dakwanya, dalam taklimat tertutup yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang tersebut memutuskan Elizabeth perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.
"Dalam taklimat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu, pucuk pimpinan PKR sebulat suara memutuskan supaya dia Elizabeth meletakkan jawatan.
"Namun sehingga hari ini, kita lihat Elizabeth masih bertugas dan perkara ini membuktikan pembangkang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri pembangkang yang tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Elizabeth semenjak penyebaran gambar separuh bogelnya.
Sementara itu, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong pula menyifatkan Elizabeth sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab kerana tidak tampil untuk meletak jawatan.
"Dia sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara itu dan tampil memberi penjelasan kepada rakyat kerana dia adalah pemimpin.
"Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia tidak rasa malu dengan kisah aib itu bahkan turut sama berdiam diri dan membiarkan rakyat tertanya-tanya di manakah kebenaran isu tersebut," katanya.
Tambah Lum Yong, sikap berdiam diri yang ditunjukkan pembangkang juga menunjukkan mereka masih mengamalkan konspirasi dengan hanya mencari salah pihak lain.-UMO
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan