Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 30 Januari 2012

Adakah Israel yang memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear, memerlukan perlindungan keselamatan - Duta Palestin?


Jawapan sinis dari Duta Palestin yang terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim mengenai negara Israel!

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.

Maka pecahlah tembelang Anwar selama ini yang hanya menjadi gunting dalam lipatan atau talam dua muka dalam menangani isu negara Palestin yang merdeka! Segala sokongan Anwar terhadap negara Palestin hanyalah lakonan semata-mata?











Wasabi Oyabun..

Khamis, 26 Januari 2012

Anwar Tak Berani Saman Rakannya Takut Banyak Rahsianya Terbongkar!


Menfailkan saman menjadi amalan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, namun beliau tidak pernah pun mengemukakan saman terhadap rakannya terutama bekas ahli PKR kerana khuatir lebih banyak pendedahan yang akan terbongkar.

Tindakan terbaru Anwar memfailkan saman terhadap Utusan Melayu dan ketua pengaranganya adalah untuk mengalihkan tumpuan terhadap kenyataan yang dibuatnya ketika sesi temubual bersama BBC berhubung cadangan beliau ingin meminda undang-undang membabitkan hubungan sejenis di negara ini.

Ahli Majlis Tetinggi, Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata, ini bukanlah pertama kali Anwar memfailkan saman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap boleh menjejaskan nama baik serta kredibilitinya sebagai ketua pembangkang.

“Memfailkan saman sudah menjadi kebiasaan kepadanya, malah dia juga pernah menyaman Tun Mahathir, saman itu diadakan adalah untuk memastikan perkara yang disaman itu tidak dibincang secara terbuka.

“Begitu juga dengan apa yang berlaku dengan Utusan, beliau memfailkan saman terhadap akhbar itu kerana penyiaran berita berhubung temu bualnya dengan BBC itu adalah fitnah dan mempunyai niat jahat terhadap dirinya.

“Sedangkan apa yang dilaporkan oleh Utusan adalah berdasarkan kepada laporan temu bualnya dengan BBC, Anwar cuba menutup kesilapan itu dengan menyaman Utusan supaya perkara itu tidak didebat secara terbuka kerana sudah jadi kes mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sudah banyak kali Anwar memfailkan saman kepada beberapa individu tetapi sehingga kini beliau tidak pernah menyaman rakan-rakannya termasuk mereka yang berjuang dalam PKR dahulu.

“Anwar tidak menyaman mereka itu kerana khuatir lebih banyak pendedahan dibuat oleh rakan-rakannya, sama seperti apa yang berlaku kepada Datuk Eskay yang mendedahkan video seks Anwar yang heboh seketika dahulu.

“Jika benar Anwar merasakan apa yang didedahkan oleh Datuk Eskay itu suatu fitnah, Anwar sepatutnya memfailkan saman seperti apa yang dilakukan kepada Utusan, tetapi sehingga kini tiada saman dikemukakan kepada Datuk Eskay,” katanya.

Dr Norashikin berkata, tujuan sebenar Anwar memfailkan saman itu hanya untuk memastikan apa yan g didedahkan itu tidak terus menjadi bualan ramai kerana mengetahui apa ia boleh memjejaskan sokongan terhadap dirinya terutama dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Tegasnya, cara terbaik untuk mengekang perkara itu adalah dengan memefailkan saman dan perkara itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

Beberapa bekas pemimpin PKR hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 22 Januari 2012

Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia dan siapakah LELAKI MISTERI yang dicium Anwar di mahkamah!


GEMPAR: Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws!

Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia :

Malaysia's laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.

Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a 'sensitive' issue in an interview.Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia's prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.

But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people's privacy needed to be protected. "In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted", he said. "Fair enough.

But here the question is, how do you use the law and intrude on people's privacy and their own private choices?" "This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended" ."The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law". "So I think while I endorse the general law against homosexuality.

I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians. I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at." Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar's cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister.

She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar's place as Mahathir's successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.

"I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment and he is right in the sense of a very general sentiment against homosexual practices," Anwar said.

Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.

Some commentators have attributed Bush's re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals. "Gay marriages are going a bit too far," Anwar said. "I'm a liberal in many ways but I think that is going a bit too far."...????

Siapa Jejaka Misteri : Bunga Ros Unggu Di Hadiahkan Buat Anwar,lalu Anwar Tanpa Segan Silu Mencium Pipi Lelaki Tersebut !


Satu kejadian dramatik berlaku bertempat di Mahkamah jalan Duta apabila seorang lelaki di lihat telah memberikan 11 kuntum Bunga Ros Purple kepada beliau lalu Anwar merangkul dan mencium pipi lelaki tersebut. Kejadian ini di lihat sebilangan orang ramai yang lalu lalang di situ dan dan petugas media.

Laporan dari Malaysiakini memetik Anwar menyambut ulangtahun kelahirannya di Mahkamah. Namun yang menjadi ingatan pada semua yang ada apabila Anwar Ibrahim secara spontan mencium pipi lelaki tersebut. Siapa kah lelaki itu? Apa hubungan nya dengan Anwar Ibrahim ini?


Apakah Wan Azizah membiarkan sahaja perbuatan Anwar yang mencium pipi lelaki tersebut ataupun dalam diam Kak Wan marah dengan perbuatan suaminya yang tanpa segan silu melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai?

Jika lelaki tersebut mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim maka apa hubungannya? Sejauh mana hubungan tersebut sehingga dirinya rela di cium Anwar Ibrahim di khalayak ramai?

Semakin jelas siapa Anwar Ibrahim ini. Rakyat wajib menolak Homoseksual ini dengan keras, apatah lagi Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara kita ini.

Adakah kedua-dua cerita ini mempunyai pertalian? Semuga kita sedar siapa Anwar bin Ibrahim ini sebenarnya!!! Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 20 Januari 2012

Kes liwat Anwar : Pihak pendakwa fail notis rayuan disaat akhir!


Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Rayuan tersebut difailkan jam 4:15 petang tadi disaat akhir tempoh 10 hari yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Sebelum itu pada sebelah pagi Peguam Negara telah menerima laporan penuh bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkenaan keputusan mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 9 Jan lepas yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dalam reaksi awal selepas keputusan mahkamah diumumkan pada 9 Jan yang lepas mengakui masih belum boleh menarik nafas lega walaupun dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Katanya, masih terlalu awal untuk berkata sesuatu kerana pihak pendakwa masih berpeluang mengemukakan rayuan.

“Sekarang ini masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana peluang untuk pendakwa meneruskan (kes) masih ada.

Nampaknya apa yang Anwar gusarkan sebelum ini menjadi kenyataan! Pusingan kedua bakal bermula, Hak Saiful sebagai rakyat Malaysia tidak harus diabaikan. Mudah-mudahan Saiful akan mendapat pengadilan yang sewajarnya nanti di mahkamah Rayuan. InsyaAllah.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 19 Januari 2012

Peguam Negara Sudah Terima Laporan Bertulis Hakim!


Peguam Negara telah menerima laporan penuh bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkenaan keputusan mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 9 Jan lepas yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Laporan penuh penghakiman kini telah berada di tangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail”, lapor Buletin Utama, TV3, semalam.

Penghakiman penuh diperolehi setelah pasukan pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk diteliti semula hujah berkaitan minggu lalu.

TV3 turut melaporkan pasukan pendakwa raya sebelum ini turut membuat permohonan kepada Peguam Negara agar kes ini dirayu ke Mahkamah Rayuan, namun sehingga kini pihak Peguam Negara enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Mohd Saiful melalui peguamnya, Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara merayu agar beliau memfailkan notis rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut.

Katanya beliau terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Ghani berkenaan notis rayuan tersebut.

“Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

“Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Katanya jika beliau berhak memfailkan rayuan itu sendiri, beliau akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun, katanya kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.

Sumber : AIDCnews

Wasabi Oyabun

Selasa, 17 Januari 2012

Justice For Rakyat = Justice For Saiful. Sikap diskriminasi Bar Council dicela!


Kenyataan Media

GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.

Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.

Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.

Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.















Justice For Rakyat = Justice for Saiful

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wasabi Oyabun

"HAKIM BERAT SEBELAH" - TRANSKRIP PEMBELAAN ANWAR IBRAHIM!


TRANSKRIP UCAPAN ANWAR SEWAKTU MEMBELA DIRI DALAM KANDANG MAHKAMAH PADA 22 OGOS 2011 YANG MENUDUH HAKIM BERAT SEBELAH & KERAJAAN BERKONSPIRASI DALAM ISU LIWAT.

Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini bukanlah perbicaraan jenayah.

Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa.

Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.

Dato’ Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang.

Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998.

Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat.

Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak berdosa.

Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang benar.

Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual.

Kenyataan awal Dato’ Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato’ Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan.

Ternyata pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak menemui jalan buntu. Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan fitnah terhadap diri saya dengan tujuan mencemar akhlak saya di mata rakyat.

Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak 15,000. Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato’ Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah. Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun maksud dan tujuannya hanyalah suatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.

Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad. Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran.

Dan keyakinan ini dibawa setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu.


Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub.

Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya.

Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.


Wasabi Oyabun..

Jumaat, 13 Januari 2012

Desakan kepada Peguam Negara - Mohon segera failkan rayuan kes LIWAT Saiful!


Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, baru-baru ini.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

‘‘(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

‘‘Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya,’’ katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini.

Sidang media dibuat rentetan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Moh. Saiful kerana tidak cukup bukti.


Menyentuh lebih lanjut gesaan Majlis Peguam tersebut, Azlan sekali lagi membidas saranan itu kerana menurutnya ia dilihat sebagai langkah menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah membantah tertuduh dalam kes itu yang mengikut rekod telah mengemukakan penangguhan perbicaraan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mengemukakan rayuan. Itu pun sudah mahu dihalang.

‘‘Mengapa ada pilih kasih? Adakah disebabkan anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan orang kenamaan, ahli politik maka haknya dinafikan begitu sahaja?’’ soalnya.

Beliau berkata, Majlis Peguam dalam kes tersebut seharusnya bersifat neutral dengan tidak menghalang proses keadilan dilaksanakan.

Satu lagi persoalan, katanya, adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam di Malaysia atau hanya mewakili pendirian individu-individu tertentu yang ada kepentingan politik?

Menjawab satu soalan, Azlan berkata, beliau dan keluarganya akan menunggu perkembangan dalam tempoh dua minggu untuk melihat perkembangan rayuan bagi pihak Mohd. Saiful sebelum pihaknya mengumumkan tindakan selanjutnya.

‘‘Kita perlu mengambil langkah demi langkah dan tidak boleh tergesa-gesa. Jika sebelum ini kita boleh menunggu empat tahun, mengapa kita tidak boleh menunggu selama satu atau dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagaimana dinyatakan Mohd. Saiful dalam laman blog peribadinya, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan dapat menerima keputusan mahkamah tersebut dengan tenang.

“Mohd. Saiful masih bekerja di Kuala Lumpur, hidup tetap perlu diteruskan, kita dapat terima dengan tenang, kita amat profesional, memang keluarga kami hanya orang biasa tetapi kita terima dengan tenang,” katanya.

Katanya, beliau serta ahli keluarga yang lain akan terus menyokong Mohd. Saiful dan berdasarkan respons daripada orang ramai serta kawan-kawan, banyak yang turut bersimpati di atas keputusan kes tersebut.

Keputusan sudah dibuat. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika mengumumkan keputusan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat kata hakim itu, kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful.

Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri setelah membuat keputusan bahawa pengadu dalam kes ini, Mohd. Saiful adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.


Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Pada 22 Ogos 2011, Anwar memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh menyebabkan soal balas tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Keputusan tidak disangka-sangka. Bagaimana Anwar tidak menyangka keputusan memihak kepadanya kerana hakim itulah yang dikutuk dan dikritiknya sebelum ini.

Bahkan hakim yang membebaskannya itu juga pernah tiga kali difailkan permohonan oleh Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya. Alasannya ialah hakim berkenaan telah membuat penghakiman terlebih dahulu di peringkat pendakwaan kes tersebut.


Kali pertama Anwar memfailkan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November 2010 apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh. Satu lagi perkara mengejutkan Anwar ialah beliau sendiri tidak percaya kepada sistem kehakiman negara ini.

Semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World di Washington DC, Amerika Syarikat pada 10 Februari 2011, Anwar menuduh keputusan perbicaraan kes liwatnya sudah dirancang.

Anwar dipetik sebagai berkata: "Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari. Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan".

Perbicaraan kes liwatnya satu rekod dalam sejarah perbicaraan mahkamah moden di negara ini jika semuanya sudah dirancang. Anwar menikmati lebih 55 kali penangguhan dalam kes liwatnya sejak 2008. Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu. Rakyat Malaysia lain tidak pernah menikmati layanan sebegini tetapi Anwar mendapat segala-galanya.

Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008. Dan 9 Januari 2012, baharu keputusan perbicaraannya tamat. UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gundah-gulana dengan keputusan penghakinan semalam, kerana parti itu tidak terlibat dan campur tangan dalam kes ini.


Saiful yang membawa kes liwat ke mahkamah. Beliau yang bersumpah laknat di dalam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Malah Anwar dibebaskan hanya atas masalah teknikal.

Inilah hakikat dalam sistem kehakiman Malaysia. Suka tak suka, inilah realitinya. Keadilan yang begitu takut dihadapi oleh pihak tertuduh sebelum ini, akhirnya membebaskannya. Ini juga menunjukkan institusi kehakiman negara kita bebas membuat keputusan tanpa memilih bulu.

Diberitakan pihak pendakwaraya sudah pun membuat keputusan untuk mendapatkan RAYUAN dan kini segala-galanya terletak ditangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk meneruskan proses keadilan buat mangsa liwat bernama Saiful Bukhari Azlan..!

Saiful layak mendapat keadilan buat dirinya..!
JUSTICE FOR SAIFUL....

Wasabi Oyabun..

Rabu, 11 Januari 2012

Peniaga Kompleks PKNS Fail Injunksi Halang PKNS Naikkan Kadar Sewa!


Cukai Pintu Tak Turun, Sewa PKNS Naik, PR terus bebankan rakyat Selangor!

Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu yang berkuatkuasa pada 1 Januari baru-baru ini.

Yang Dipertua persatuan berkenaan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan tuntutan bagi pihak penyewa Kompleks PKNS di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan.

Kira-kira 100 peniaga dan penyewa premis perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam hadir mengiringi Amran dan peguam Kamarudin Ahmad.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 9 Nov lepas, PKNS tanpa sebarang perbincangan telah memberi notis dalam tempoh dua hingga tujuh hari kepada penyewa untuk menaikkan kadar sewa sebanyak 70 hingga 100 peratus.

Plaintif mendakwa PKNS tidak menjalankan sebarang kerja menambah baik kemudahan di kompleks itu sebagai prasyarat untuk mewajarkan kenaikkan kadar sewa premis perniagaan.

Berikutan tindakan defendan itu, plaintif mendakwa mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mepertimbangkan semula keputusan PKNS menaikkan sewa.

Persatuan itu mendakwa secara dasar penyewa serta peniaga bersetuju dengan kenaikan munasabah iaitu pada kadar lima ke 10 peratus setiap tiga tahun dan kenaikan itu hanya dikuatkuasakan setelah Kompleks PKNS dinaik taraf secara berperingkat.

Seterusnya, plaintif mendakwa pada September lepas, PKNS telah mengumumkan bahawa Kompleks PKNS akan dipindah milik kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) di mana sebagai balasannya defendan akan mendapat RM160 juta dan unit saham RM110 juta selain Kompleks PKNS akan disewa balik melalui suatu pajakan selama 12 tahun.


Bagaimanapun, plaintif difahamkan cadangan pindah milik itu dibatalkan.

Persatuan berkenaan mendakwa rayuan terhadap kadar kenaikan sehingga 100 peratus itu tidak mendapat jawapan yang memuaskan dan tindakan defendan amat memprejudis peniaga kompleks PKNS kerana notis bantahan kadar sewa baru diberikan dalam tempoh yang singkat tanpa mengambil kira persediaan yang perlu dibuat oleh penyewa bagi membayar perbezaan cagaran sewa.

Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa kenaikan kadar sewa daripada 70 hingga 100 peratus oleh PKNS terhadap penyewa atau perniaga Kompleks PKNS Shah Alam melanggar amalan komersil penyewaan premis perniagaan serta tidak sah dan terbatal.

Persatuan itu seterusnya memohon deklarasi bahawa cadangan PKNS untuk memindahkan Kompleks PKNS kepada badan ABREIT melanggar tujuan PKNS ditubuhkan iaitu membangunkan peniaga-peniaga kecil.

Plaintif turut memohon injunksi menghalang PKNS daripada mengganggu atau menghalang peniaga atau penyewa di kompleks itu meneruskan perniagaan mereka atas kadar sewa yang sama, selain ganti rugi, kos dan lain-lain perintah serta relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 6 Januari 2012

Anwar sebenarnya kantoi dengan lapuran Wikileaks!


Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, Wikileaks berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel ...Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sekarang.

Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.

“Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya.

“Penilaian ONA dan rakan-rakan dari Singapura bersetuju, pertuduhan itu ‘perangkap’ dan Anwar mengetahui mengenai kemungkinan pendakwaan tetapi apa yang jelas beliau (Anwar) memang terlibat (dalam aktiviti liwat),” kata kabel itu sebagaimana dipetik daripada laporan The Sydney Morning Herald.

Menurut The Sydney Morning Herald, Anwar memang sedar bahawa beliau bakal masuk ‘perangkap’ iaitu akan didakwa buat kali kedua berhubung pertuduhan salah laku seksnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd. Saiful serta bukti klinikal yang lengkap.

‘Perangkap’ itu merujukkan kepada pendakwaan di mahkamah kerana di Australia, aktiviti homoseksual dibenarkan tetapi di negara ini yang Islam sebagai agama rasmi, liwat adalah salah di sisi undang-undang sama ada ia dilakukan secara sukarela atau pun secara paksaan.

Pada masa yang sama, beberapa portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini juga dilihat cuba memutarkan isu sebenar dengan memperbesarkan isu ‘perangkap’ tetapi persoalan sebenar iaitu mengenai laporan agensi perisikan Singapura.

Bayangkanlah jika Anwar menjadi PM! Apa akan terjadi jika Singapura ada menyimpan video-video panas aksi Al-Juburi yang lain.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 5 Januari 2012

MB Khalid 'lepas tangan' dengan masalah bas di Selangor!

Isu Bas memberhentikan Perkhidmatan - Tanggungjawab kebajikan kerajaan Negeri !

Kenyataan Media GAPS

Bas adalah pengangkutan utama rakyat Selangor pergi dan balik dari tempat kerja. Sejak Cityliner memberhentikan perkhidmatan bas di Selangor bulan lalu kerana rugi, berpuluh ribu rakyat selangor menjadi mangsa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Klang, Kapar, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Kota Raja, Subang dan Banting yang menjadi nadi ekonomi Lembah Klang.

Kini apabila persekolahan telah bermula permasalahan ini lebih serius kerana ramai anak Selangor yang bersekolah dengan menaiki bas. Ibu-bapa terpaksa ambil cuti atau mc, bersusah payah mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah dengan basikal, motor atau kereta.

Dimanakah tanggungjawab kerajaan negeri? Dimanakah slogan Negeri Kebajikan yang dilaungkan pada setiap hari oleh pentadbiran kerajaan negeri? Adakah tugas MB dan Exco cuma melahirkan rumah-rumah urut yang tumbuh bagai cendawan atau membiayai mahasiswa berdemostrasi di jalanan?

Menteri Besar Khalid Ibrahim seperti biasa akan menyalahkan orang lain pada setiap kali timbul masalah rakyat di Selangor, sedangkan beliau adalah ketua eksekutif pentadbiran di Negeri Selangor. Sebagai MB tidak ada cara lainkah untuk menyelesaikan masalah rakyat Selangor selain menudung ke pihak lain yang bukan dalam tanggungjawab mereka ?

Dimanakah inisiatif MB untuk membantu rakyat? Khalid wajar belajar dari MB Negeri Sembilan yang membantu pengusaha Bas yang mengalami kerugian dengan memberikan pampasan bagi memastikan perkhidmatan bas dapat terus diberikan kepada rakyat.

Wahai MB Khalid guna lah wang peruntukan RM300 juta mesra rakyat yang diluluskan dalam sidang Dun Selangor November lalu untuk membantu kebajikan sebenar rakyat, bukan menyalahgunakan wang itu untuk kroni politik dan projek tempelan yang merugikan rakyat.

Perkhidmatan bas sangat relevan di Selangor. Rakyat menuntut perkhidmatan bas diteruskan. Isu bas ini lebih penting dari isu Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor yang akan dijatuhkan hukuman atas kesalahan Liwat suka sama suka pada 9 Jan ini.

Hamidzun Khairudddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wasabi Oyabun..

Selasa, 3 Januari 2012

Anwar kini sangat terdesak – Nallakarupan!

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakarupan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melakukan apa sahaja pada 9 Januari nanti kerana Ketua Pembangkang itu kini berada dalam keadaan sangat terdesak.

Malah bekas rakan karib Anwar selama 30 tahun itu berkata, tidak mustahil Ketua Umum PKR tersebut yang kini ‘tidak lena tidur’ menunggu keputusan mahkamah pada Isnin depan, bersumpah depan al-Quran, kononnya beliau tidak bersalah demi membangkitkan sentimen rakyat.

Sehubungan itu beliau menyeru pihak polis serta Kementerian Dalam Negeri supaya bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang menganjur dan menyertai ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ kerana jika tidak dibendung segera, tidak mustahil bakal berlaku pertumpahan darah.

“Bagi saya apa pun keputusan mahkamah pada Isnin depan, sama ada Anwar akan didapati bersalah meliwat atau tidak, dia bukan seorang pemimpin yang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri. Selama 30 tahun bersahabat, saya tahu moral dia terlalu rendah.

“Saya menyaksikan segalanya, dia boleh menjadi imam pada malam hari tetapi keesokan pagi melakukan maksiat yang dilaknat agama Islam. Dia bukan seorang muslim baik yang layak untuk diangkat menjadi pemimpin kerana saya tahu segala aktiviti gelapnya.

“Apa yang berlaku ke atas diri dia sekarang (dakwaan liwat) bukan konspirasi politik sebagaimana didakwa pembangkang tetapi hukum karma daripada tuhan kerana sikap buas dan rakus beliau dalam melayani nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru, Nallakarupan menyeru kepada seluruh rakyat khususnya golongan mahasiswa yang terpesona dengan pembohongan ketua pembangkang, agar jangan mengulangi kebodohan beliau dan bekas orang-orang rapat Anwar seperti yang berlaku pada 1998.

Katanya, dia dan beberapa bekas pemimpin PKR seperti Senator Ezam Mohd. Nor sanggup meringkuk dalam penjara demi Anwar tetapi akhirnya membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum PKR tersebut selepas tersedar siapa sebenarnya ketua pembangkang itu.

Wasabi Oyabun..