Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 13 Januari 2012

Desakan kepada Peguam Negara - Mohon segera failkan rayuan kes LIWAT Saiful!


Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, baru-baru ini.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

‘‘(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

‘‘Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya,’’ katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini.

Sidang media dibuat rentetan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Moh. Saiful kerana tidak cukup bukti.


Menyentuh lebih lanjut gesaan Majlis Peguam tersebut, Azlan sekali lagi membidas saranan itu kerana menurutnya ia dilihat sebagai langkah menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah membantah tertuduh dalam kes itu yang mengikut rekod telah mengemukakan penangguhan perbicaraan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mengemukakan rayuan. Itu pun sudah mahu dihalang.

‘‘Mengapa ada pilih kasih? Adakah disebabkan anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan orang kenamaan, ahli politik maka haknya dinafikan begitu sahaja?’’ soalnya.

Beliau berkata, Majlis Peguam dalam kes tersebut seharusnya bersifat neutral dengan tidak menghalang proses keadilan dilaksanakan.

Satu lagi persoalan, katanya, adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam di Malaysia atau hanya mewakili pendirian individu-individu tertentu yang ada kepentingan politik?

Menjawab satu soalan, Azlan berkata, beliau dan keluarganya akan menunggu perkembangan dalam tempoh dua minggu untuk melihat perkembangan rayuan bagi pihak Mohd. Saiful sebelum pihaknya mengumumkan tindakan selanjutnya.

‘‘Kita perlu mengambil langkah demi langkah dan tidak boleh tergesa-gesa. Jika sebelum ini kita boleh menunggu empat tahun, mengapa kita tidak boleh menunggu selama satu atau dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagaimana dinyatakan Mohd. Saiful dalam laman blog peribadinya, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan dapat menerima keputusan mahkamah tersebut dengan tenang.

“Mohd. Saiful masih bekerja di Kuala Lumpur, hidup tetap perlu diteruskan, kita dapat terima dengan tenang, kita amat profesional, memang keluarga kami hanya orang biasa tetapi kita terima dengan tenang,” katanya.

Katanya, beliau serta ahli keluarga yang lain akan terus menyokong Mohd. Saiful dan berdasarkan respons daripada orang ramai serta kawan-kawan, banyak yang turut bersimpati di atas keputusan kes tersebut.

Keputusan sudah dibuat. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika mengumumkan keputusan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat kata hakim itu, kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful.

Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri setelah membuat keputusan bahawa pengadu dalam kes ini, Mohd. Saiful adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.


Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Pada 22 Ogos 2011, Anwar memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh menyebabkan soal balas tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Keputusan tidak disangka-sangka. Bagaimana Anwar tidak menyangka keputusan memihak kepadanya kerana hakim itulah yang dikutuk dan dikritiknya sebelum ini.

Bahkan hakim yang membebaskannya itu juga pernah tiga kali difailkan permohonan oleh Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya. Alasannya ialah hakim berkenaan telah membuat penghakiman terlebih dahulu di peringkat pendakwaan kes tersebut.


Kali pertama Anwar memfailkan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November 2010 apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh. Satu lagi perkara mengejutkan Anwar ialah beliau sendiri tidak percaya kepada sistem kehakiman negara ini.

Semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World di Washington DC, Amerika Syarikat pada 10 Februari 2011, Anwar menuduh keputusan perbicaraan kes liwatnya sudah dirancang.

Anwar dipetik sebagai berkata: "Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari. Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan".

Perbicaraan kes liwatnya satu rekod dalam sejarah perbicaraan mahkamah moden di negara ini jika semuanya sudah dirancang. Anwar menikmati lebih 55 kali penangguhan dalam kes liwatnya sejak 2008. Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu. Rakyat Malaysia lain tidak pernah menikmati layanan sebegini tetapi Anwar mendapat segala-galanya.

Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008. Dan 9 Januari 2012, baharu keputusan perbicaraannya tamat. UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gundah-gulana dengan keputusan penghakinan semalam, kerana parti itu tidak terlibat dan campur tangan dalam kes ini.


Saiful yang membawa kes liwat ke mahkamah. Beliau yang bersumpah laknat di dalam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Malah Anwar dibebaskan hanya atas masalah teknikal.

Inilah hakikat dalam sistem kehakiman Malaysia. Suka tak suka, inilah realitinya. Keadilan yang begitu takut dihadapi oleh pihak tertuduh sebelum ini, akhirnya membebaskannya. Ini juga menunjukkan institusi kehakiman negara kita bebas membuat keputusan tanpa memilih bulu.

Diberitakan pihak pendakwaraya sudah pun membuat keputusan untuk mendapatkan RAYUAN dan kini segala-galanya terletak ditangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk meneruskan proses keadilan buat mangsa liwat bernama Saiful Bukhari Azlan..!

Saiful layak mendapat keadilan buat dirinya..!
JUSTICE FOR SAIFUL....

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan