Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 17 Januari 2012

Justice For Rakyat = Justice For Saiful. Sikap diskriminasi Bar Council dicela!


Kenyataan Media

GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.

Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.

Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.

Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.















Justice For Rakyat = Justice for Saiful

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan