Selepas skandal seks melibatkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss Kahn, baru-baru ini, dunia digemparkan pula dengan skandal rakaman video seks beberapa pemimpin pembangkang Turki.
Apa yang berlaku di Turki itu lebih menggegar. Kesnya hampir sama dengan skandal terbaru Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Menerusi pendedahan video tersebut, beberapa pemimpin Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dipaparkan sedang melakukan hubungan seks di sebuah rumah.
Ekoran pendedahan tersebut, enam pemimpin MHP meletakkan jawatan. Antara yang berbuat demikian ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya, Mehmet Taytak. Awal bulan ini, empat pemimpin parti itu, lebih awal telah mengumumkan pengunduran mereka.
Tahun lepas, Pengerusi MHP, Deniz Bolukbasi turut meletakkan jawatan selepas pendedahan satu rakaman video merakamkan beliau mengadakan hubungan intim dengan bekas setiausaha parti itu.
Walaupun MHP mendakwa pendedahan rakaman video itu didalangi oleh pihak tertentu termasuk parti pemerintah iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), namun kesemua mereka yang berkenaan mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan. ‘‘Saya meletakkan jawatan bagi mengelakkan isu ini menggugat MHP pada pilihan raya akan datang,” kata Bolukbasi. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikan tuduhan MHP bahawa AKP menjadi dalang dalam pendedahan skandal tersebut.
Iktibar
Ramai pemerhati melihat MHP cuba mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok iaitu berlakunya hubungan seks sebagaimana rakaman video. Walaupun Turki dilabelkan negara Islam sekular namun majoriti rakyatnya mengutuk keras skandal seks tersebut yang dianggap paling memalukan dalam sejarah negara itu.
Pendedahan skandal seks di Turki itu disiarkan beberapa kali di muka depan Utusan Malaysia pada awal minggu ini. Banyak iktibar yang boleh diambil dan dijadikan renungan apatah lagi dalam konteks skandal Anwar. Sama ada dalam kes Strauss Kahn apatah lagi skandal di Turki, tanggungjawab moral mengatasi segala-galanya.
Anehnya, Anwar yang terang-terang wajahnya dalam aksi video seks bersama seorang pelacur, masih terus menegak benang basah. Pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan selain Malaysia, telah mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen. Seperti biasa, Anwar sebaliknya menuduh semuanya itu adalah konspirasi. Ini bukan kali pertama skandal seks melibatkan Anwar.
Homoseksual
Beliau pernah didakwa di mahkamah lebih sedekad lalu kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. Walaupun beliau dibebaskan dengan keputusan 2-1 oleh tiga hakim yang bersidang tetapi aktiviti homoseksual tidak ditolak oleh hakim. ‘‘Kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu (Anwar) terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivolli Villa, benar terjadi,” kata Hakim, Abdul Hamid Mohamad ketika membacakan penghakiman pada 2004.
Kita percaya, ramai yang terlepas perhatian tentang fakta tersebut. Dengan kata lain, Anwar bernasib baik kerana terdapat kelemahan teknikal dalam pendakwaan, menyebabkan gagal memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Dalam kes liwat kedua terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Anwar diperintah membela diri kerana kes prima facie telah dibukti di mahkamah. Maknanya, banyak bukti yang memihak kepada Saiful.
Dalam kaitan kes tersebut, Anwar enggan melakukan sumpah laknat dan menolak menjalani ujian DNA secara sukarela sedangkan Saiful awal-awal lagi berbuat demikian.
Dalam kes rakaman video seks, sahabat beliau, Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan perlakuan seks Anwar, tampil membuat sumpah laknat meskipun berdepan dengan ancaman serta kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Anwar. Anehnya lagi, Anwar tetap enggan bersumpah laknat. Kaedah Islam enggan dilakukan sementara kaedah saintifik seperti DNA juga ditolak.
Ada beberapa lagi persoalan berlegar berkaitan video seks tersebut iaitu ‘kehilangan misteri’ jam Omega milik Anwar dan penjelasan awal beliau kononnya pada ketika kejadian sedang sibuk mengemaskini Twitter tetapi ternyata meragukan sampai saat ini.
Memalukan
Berdasarkan keterangan awal kepada polis yang menafikan dia adalah pelaku dalam video, Anwar boleh didakwa berbohong. Dengan semua yang berlaku itu, imej beliau bukan setakat tercalar malah amat kotor. Jika beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan juga penasihat PKR maka Pakatan Rakyat (PR) akan mencatatkan sejarah sebagai pembangkang paling buruk imejnya di dunia.
Setakat hari ini pun, skandal seks Anwar sama ada melibatkan dakwaan hubungan sejenis dan pelacur sudah dikategorikan paling dahsyat di kalangan ahli politik dunia. Itu belum menyentuh tentang skandal lain didakwa melibatkan beliau yang khabarnya belum terdedah.
Anwar telah memalukan rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Beliau menjadi pagar yang memakan padi kepada masyarakat Islam bertamadun yang selalu dilaung-laungkannya. Ternyata sejarah berulang lagi. Beberapa kisah pemimpin Islam zaman lampau yang menyalahgunakan imej Islam untuk kepentingan diri dan nafsu serakah, nampaknya terus menguji umat Islam hari ini melalui skandal Anwar.
Jika rakyat negara luar seperti Turki malu dengan perbuatan para pemimpin pembangkang dalam skandal video seks dan masyarakat antarabangsa mengutuk perbuatan Strauss Kahn, apakah rakyat Malaysia mahu merelakan skandal seks Anwar dan pembohongannya?
Penghinaan
Pada hari ini keengganan Anwar mengakui perbuatannya dan melepaskan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab, adalah penghinaan kepada rakyat. Aneh, semua ini melakar sejarahnya di Malaysia.
Masyarakat mesti menangani perbuatan terkutuk pemimpin seperti itu dengan cara yang betul. Selagi hipokrasi berterusan, jangan dibiar dan didiamkan. Dunia Barat tidak pernah berhenti bersuara menentang hipokrasi pemimpin jenis itu.
Beberapa penulis Barat seperti Christ Bardeux (http://newledger.com) turut melemparkan kritikan keras terhadap Anwar dan Strauss kerana cuba menafikan perbuatan mereka termasuk keengganan untuk memberi DNA.
Dalam kaitan ini, tertarik kepada keluaran majalah Time terbitan 14 Mei, yang memaparkan skandal seks, pembohongan dan keangkuhan lelaki yang berkuasa. Persoalan di muka depan majalah itu ialah mengapa mereka bertindak seperti babi. Malah gambar binatang itu juga dimuatkan di muka depan. Renungkan mesejnya.-UM.
Wasabi Oyabun..
Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 29 Mei 2011
Selasa, 17 Mei 2011
Nak tunggu apa lagi - Dedah segera demi kredibiliti polis!
Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain 'tarik tali' memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional.
"Apa lagi polis nak tunggu? Siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakar antarabangsa, dedahkanlah siapa pelakunya. Rakyat bukan sekadar hendak tahu ketulenan video tapi lebih penting siapa pelakunya.
"Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak tarian orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana lagi yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak.
"Seseorang sudah dikaitkan dan saya yang menonton juga yakin tetapi pemimpin tersebut menafikan. Jadi penting polis sahkan siapa pelaku agar kekeliruan ini ditamatkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas keengganan polis mendedahkan identiti pelaku dalam video seks meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.
Dalam pada itu, Zaid yang juga pengamal undang-undang berkata, Anwar Ibrahim boleh didakwa kerana membuat laporan palsu jika terbukti pelaku dalam video seks tersebut adalah dirinya.
"Sudah tentu Anwar boleh didakwa, tiada sebarang keraguan mengenai peruntukan undang-undang untuk pendakwaan tersebut jika terbukti dia membuat laporan palsu. Sebab itulah pentingnya identiti pelaku didedahkan.
"Jika benar lelaki dalam video seks tersebut Anwar, dia harus didakwa atas kesalahan membuat laporan palsu. Semua pihak tidak boleh dwi standard dalam hal ini kerana jika kita menghormati nilai perundangan, pendakwaan perlu dibuat," katanya.
Timbalan Ketua Polis Negara sendiri sudahpun memberi perakuan akan ketulenan video seks tersebut dan menyerah kepada orang ramai untuk membuat penilaian sendiri tentang siapa pelaku sebenar dalam video tersebut. Persoalannya disini adalah sampai bila " teka-teki " ini harus berlarutan?

Isnin, 16 Mei 2011
Mak Lampir PKR Selangor sudah terdesak!
Kerja keras UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Selangor menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terdesak hingga sanggup melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas bagi memberi gambaran buruk kepada UMNO.
Dakwaan terbaru PKR mengatakan UMNO berusaha mendapatkan status kerakyatan kepada 2,000 warga asing merupakan satu fitnah besar kepada parti dan kerajaan. Apa yang pasti PKR kini sentiasa mencari jalan untuk memberi gambaran buruk kepada UMNO kerana mereka sedar kerja keras UMNO di negeri itu. Ini termasuk kejayaan UMNO Selangor menjadi negeri paling ramai sekali mendaftarkan pengundi yang boleh menggugat kedudukan mereka.
Dan disebabkan oleh itulah PKR dan sekutu mereka cuba cari jalan supaya rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO Selangor! Baru-baru ini Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin mendakwa UMNO cuba mendapatkan kerakyatan untuk 2,000 warga asing di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.
Nasihat kepada Mak Lampir Zuraida, kalau ada bukti eloklah tunjukkan. Jangan beri bukti yang palsu dengan meniru tanda tangan orang lain. Orang yang difitnah oleh Zuraida sudahpun membuat lapuran polis..menjawaplah engkau Mak Lampir Zuraida!!!

Selasa, 10 Mei 2011
Jangan dianak tirikan tenaga mahir tempatan - Jengok-jengoklah mereka juga!
Terdapat rakan-rakan penulis yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif bagi menarik cerdik pandai Malaysia pulang ke tanah air. Antaranya seorang rakan penulis yang bekerja sebagai akauntan di sebuah bank yang terkemuka di negara kita.
Beliau berasakan kerajaan terlalu memberi perhatian kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara sedangkan terdapat begitu ramai tenaga mahir tempatan bekerja di negara kita.
Bagi menarik minat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, kerajaan hanya mengenakan cukai pendapatan 15 peratus untuk tempoh lima tahun sedangkan tenaga mahir tempatan dikehendaki membayar 26 peratus daripada pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut beliau, ramai rakan-rakannya sudah berura-ura untuk berhijrah ke luar negara termasuklah ketuanya sekali yang hanya menunggu masa untuk bekerja di Australia. Melihat fenomena ini, dikhuatiri hasrat kerajaan mengumpul sejumlah tenaga mahir rakyat Malaysia untuk bekerja di negara sendiri akan terbantut.
Banyak isu yang perlu dikaji bagi membolehkan Malaysia dipenuhi oleh tenaga mahir. Bagi negara-negara maju, peratusan pekerja mahir berbanding keseluruhan pekerja adalah dalam lingkungan 80 peratus. Jumlah ini amatlah tinggi berbanding negara kita yang mana peratusan pekerja mahir amatlah kecil sekali.
Talent Corporation sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan menarik pekerja mahir Malaysia yang bekerja di luar negara agar pulang bekerja di Malaysia seharusnya menyenaraikan apakah yang dikatakan sebagai pekerja mahir.
Bagi penulis tidak semua yang bekerja di luar negara berkemahiran tinggi. Kecualilah kemahiran dan kepakaran mereka tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pekerja mahir di Malaysia.
Sebagai contoh, terdapat seorang profesor perakaunan dan kewangan yang amat terkenal di dunia pulang ke Malaysia pada tahun lalu selepas bekerja berpuluh-puluh tahun di luar negara.
Beliau berjaya menerbitkan beratus-ratus kajian dalam jurnal-jurnal perakaunan dan kewangan. Ini baru dikatakan bukan calang-calang orang dan amat berbaloi menariknya pulang berkhidmat di negara sendiri.
Jadi, ciri-ciri apakah yang akan digunakan oleh Talent Corporation agar dapat membawa pulang tenaga mahir yang benar-benar hebat dari luar negara?
Jika tidak, lebih baik dana yang disediakan digunakan untuk memberi latihan kepada para pekerja mahir yang bekerja di Malaysia.
Begitu juga, sektor manakah yang sememangnya memerlukan pekerja berkemahiran tinggi? Ini juga perlu dikaji secara teliti agar sektor yang benar-benar memerlukan pekerja mahir mendapat bantuan yang sewajarnya selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Justeru, masalah brain drain ini memerlukan mekanisme terbaik agar hasrat negara meramaikan tenaga mahir yang bekerja di negara sendiri tercapai. Janganlah sampai terlalu memberi perhatian tenaga mahir yang bekerja di luar negara sehinggakan menyebabkan tenaga mahir sedia ada dalam negara dipinggirkan.
Akhirnya, mereka yang berasakan diri mereka terpinggir dan tidak dihargai merajuk membawa diri untuk bekerja di luar negara. Dengan harapan yang tinggi, penulis berharap kerajaan dapat memberikan sedikit perhatian kepada pekerja-pekerja mahir tempatan agar mereka terasa tidak dianak tirikan di negara sendiri. Mungkin kerajaan dapat memikirkan insentif-insentif lain yang dapat diberikan dalam bajet 2011 akan datang bagi menghargai peranan dan pengorbanan mereka dalam pembangunan negara selama ini. Wallahuallam.

Isnin, 9 Mei 2011
Brother Anwar Bin Ibrahim ( B.A.B.I ) terus 'putar alam'!
Tindakan Anwar Ibrahim memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu ceramah politik di Klang, pada Ahad lalu bukanlah satu kejutan.
Sebaliknya, ia semakin mendedahkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semakin tidak mampu mengawal diri berikutan dakwaan rakaman video seks yang dikatakan melibatkan dirinya.
Itu bukanlah kali pertama Anwar kehilangan pertimbangan sehingga sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya daripada seorang bergelar pemimpin.
Pada awal Mac lalu, apabila rakaman video seks itu didedahkan Anwar yang berceramah di Ampang, Selangor turut mengeluarkan perkataan seperti 'haram jadah' dan beberapa perkataan lain.
Sebelum di Klang, Anwar yang sedang berusaha meraih sokongan rakyat konon dirinya teraniaya turut berceramah di Terengganu, di situ perkataan 'bengong' dan beberapa perkataan tidak elok lain turut dilafazkan.
Walaupun memulakan ucapan dengan ayat-ayat suci al-Quran memandangkan para hadirin terdiri daripada majoritinya penyokong Pas, namun Anwar mengambil kesempatan menabur fiitnah dan pembohongan mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) serta memaki hamun UMNO.
Turut menjadi sasaran ialah Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang digambarkan oleh Anwar menjadikan jawatan itu untuk mengayakan kaum kerabat mereka.
Apa yang cuba digambarkan oleh Anwar dalam ceramah-ceramahnya ialah beliaulah sebaik-baik insan, pemimpin yang bersih, bermoral dan berakhlak tinggi serta insan paling teraniaya di muka bumi Malaysia ini.
Tetapi apa yang berlaku dalam perjalanan politiknya sudah membuktikan bahawa Anwar bukanlah seperti mana yang beliau gambarkan namun segalanya mampu dilindungi dengan watak 'Raja Putar Alam' seperti mana digelarkan oleh bekas kawan karibnya, Datuk Nallakarupan.
Ceramah-ceramah yang diadakan hanyalah sekadar untuk melepaskan geram selepas segala tembelangnya semakin terbongkar.
Begitulah sikap Anwar yang dilihat semakin tenggelam punca dalam berhadapan tuduhan terbaru terhadap dirinya. Anwar bukannya berusaha menerangkan sama ada dakwaan itu benar atau tidak tetapi sebaliknya mengalih isu dengan menyerang UMNO, BN dan kepimpinan negara.
Dalam ceramahnya, Anwar bagaikan seseorang yang masuk pusat karaoke yang akan menyanyi apa sahaja lagu biarpun suara sumbang bagi melepaskan tekanan perasaannya. Beberapa teman penulis di dalam pembangkang mengakui bahawa Anwar semakin tidak mampu menghadapi tekanan memandangkan bukti-bukti yang diketengahkan melibatkan dirinya terlalu kukuh.
''Selain itu kami juga perhatikan bukan sahaja jumlah kehadiran orang ramai ke ceramah semakin berkurangan malahan hujah-hujah Anwar juga semakin rapuh.
''Anwar hanya menafikan semata-mata dan mengalih isu sedangkan pokok persoalan utama tidak dijawab sebab itu semakin ramai termasuk di kalangan penyokong pembangkang sendiri sudah tidak begitu percaya kepada beliau," kata seorang pemimpin muda pembangkang ketika dihubungi penulis.
Sebenarnya, Anwar amat menyedari bahawa harapannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin pudar, bukan sahaja kerana masalah yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah pembangkang tetapi juga masalah peribadinya.
Walaupun media-media pro pembangkang cuba untuk mempertahankan Anwar tetapi mereka pun sudah tidak mampu bertahan dan melihat bahawa harapan pembangkang ke Putrajaya semakin tipis. Namun Anwar tetap Anwar yang penuh dengan nafsu untuk berkuasa dan selagi Putrajaya tidak berada dalam genggamannya selagi itu beliau akan terpekik telolong di seluruh negara.
Tetapi setakat ini usaha Anwar boleh dikatakan sia-sia, apabila rakyat lebih memberi tumpuan kepada usaha-usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Berdasarkan kepada respons yang diberikan oleh rakyat setakat ini adalah jelas usaha kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib semakin mendapat sambutan.
Mereka sudah tidak ada masa lagi melayan propaganda politik Anwar apatah lagi menggadaikan masa depan hanya semata-mata untuk membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Bagi mereka, kalau betul Anwar tidak bersalah, beliau perlu menggunakan saluran perundangan yang sedia ada bagi membuktikannya dan bukan cuba menyeret rakyat turun ke jalanan bagi membela nasibnya.
Senario tahun 1998 tidak akan berulang kerana rakyat sudah semakin mengenali siapa Anwar sebenarnya. Yang kekal menyokongnya ialah mereka yang terdiri daripada golongan pemimpin dan ahli pembangkang yang sudah diserap politik kebencian.
Bagi golongan ini, apa pun kebenaran yang cuba ditengahkan mereka tidak akan terima, sebaliknya mereka tetap menyanjungi Anwar sebagai insan anugerah tuhan seperti mana dikatakan oleh isterinya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.
Namun berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa pemimpin pembangkang, mereka mengakui Anwar kini bukan lagi idola sebaliknya hanya liabiliti yang jika dibiarkan akan merosakkan pakatan pembangkang.
''Pada masa ini kita seolah-olah tidak ada kerja lain, selain menafikan masalah moral yang dihadapi oleh Anwar dan ini menjejaskan masa kita untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum," kata seorang lagi pemimpin pembangkang kepada penulis.
Ditanya mengenai kemunculan 'Buku Jingga' yang dikatakan mampu menarik sokongan rakyat, pemimpin berkenaan enggan mengulas lanjut sebaliknya penuh kiasan berkata, 'pelanduk tidak akan masuk perangkap yang sama'.
Jelaslah, Anwar kini semakin memberikan bebanan kepada pembangkang dan kehadirannya jika suatu ketika dulu dianggap sebagai wira penyelamat tetapi kini beliau boleh dianggap bagaikan 'anai-anai' yang semakin memusnahkan pembangkang dari dalam kerana masalah peribadinya.-UM.

PAS Selangor double standard : Larang artis tidak bermoral tetapi bagaimana pula orang politik?
Bulan lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan melarang artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri pentadbiran trio 3P - DAP-PKR-Pas.
Kenyataan berkaitan dikeluarkan oleh Exco Selangor, Dr. Hassan Mohd. Ali yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Beliau dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.
“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.
“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,”.
Beliau merujuk kepada perihal yang melibatkan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin empat minggu sebelumnya.
Kata Hassan lagi: “Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).
“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,”.
Kenyataan itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada golongan artis.
Siapakah yang dimaksudkan artis yang tidak bermoral itu? Apakah yang dimaksudkan aktiviti tidak bermoral? Moral sinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan santun, ketertiban, adab dan baik perangai.
Maka apakah definisi moral yang mahu ditekankan oleh kerajaan Selangor dalam menjaga generasi muda? Sudah tentu moral tidak terbatas kepada hubungan luar nikah sahaja sebaliknya aktiviti lain seperti melakukan aksi lucah, rogol, ketagihan arak, dadah dan sebagainya.
Hasrat kerajaan negeri itu memang dialu-alukan bagi membendung anak-anak muda daripada terjebak ke dalam kancah yang tidak diingini. Tetapi adakah mengharamkan artis terlibat mengadakan persembahan akhirnya hasrat murni tersebut tercapai? Adakah dengan melarang mereka yang ‘tidak bermoral’ ini mengadakan persembahan dapat membantu kerajaan negeri melahirkan insan berakhlak mulia?
Hiburan hanyalah salah satu daripada bidang yang sedikit sebanyak boleh mendorong anak-anak kita tidak bermoral. Hakikatnya masih banyak saluran lain yang akan mendorong anak-anak muda terjebak dalam kegiatan yang tidak diingini. Jika artis tidak bermoral dilarang ‘masuk’ Selangor tetapi mereka mungkin muncul di televisyen, Internet, kelab malam, pusat hiburan dan pelbagai sumber lain di mana-mana saja.
Inilah hakikat yang harus diterima. Maka larangan seumpama itu tidak akan memberi kesan yang besar sebaliknya sekadar menjejaskan ‘periuk nasi’ artis.
Bagaimanapun persoalan yang lebih besar kenapa sekadar hiburan dan artis? Bagaimana pula bidang lain? Dalam politik juga ada individu yang tidak bermoral.
Bagaimana jika artis yang didakwa tidak bermoral akhirnya ‘insaf’ dan menyertai parti politik lebih-lebih lagi Pas atau PKR? Adakah ketika itu dosa mereka diampunkan, menjadi ‘bersih’ seperti kain putih dan boleh muncul di pentas tetapi kali ini di pentas politik?
Sama ada hiburan atau politik, usahlah ‘memilih bulu’. Janganlah apabila melibatkan orang politik, maka kita akan berkata, itu hak peribadi. Sama ada aktiviti tidak bermoral itu melibatkan nafsu peribadi, untuk simpanan atau koleksi peribadi tetapi apabila ia tersebar luas melalui Internet dan sebagainya maka ia secara tidak langsung boleh dianggap terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Begitu juga orang politik turut terlibat dalam rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
Adakah atas nama politik, perbuatan mereka ini boleh dimaafkan? Adakah kerana politik, mereka yang tidak bermoral ini akan terus diberi tempat - memegang jawatan dalam kerajaan, dibenarkan berceramah malahan menyampaikan khutbah Jumaat?
Artis dan ahli politik adalah manusia. Pengaruh bukan sekadar datang daripada orang seni tetapi juga orang politik. Orang muda juga berminat dalam politik. Adakah membiarkan orang politik yang tidak bermoral, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya muncul di pentas poltik, maka kesannya jauh berbeza berbanding melibatkan anak-anak seni yang didakwa tidak bermoral?
Kerajaan negeri perlu adil dan tidak bersikap double standard. Kenapa ahli politik yang tidak bermoral tidak dikenakan tindakan yang sama seperti dihadapi artis? Kenapa tidak diharamkan sahaja mereka daripada muncul di pentas politik?
Dalam politik, ramai penceramah yang tidak peduli soal adab sopan. Selak pernah menulis mengenai isu berkaitan di bawah tajuk Selak, dedah, londeh jadi mainan politik; Berbaloikah provokasi sesama insan hanya sekadar mencari undi?; Hilang adab sopan apabila ‘dibogel’ ‘dilondeh’ dalam blog; Apabila mulut mula berkata-kata, kemesraan pun hilang.
Seolah-olah sudah lumrah penceramah parti politik tertentu, banyak ceramah mereka mengaibkan orang, menghina, memaki hamun, mencarut dan macam-macam lagi. Adakah wajar penceramah seperti ini dibenarkan terus berceramah?
Di samping artis dan ahli politik tidak bermoral, niat murni kerajaan negeri tidak akan ke mana jika sumber lain yang menyumbang kepada gejala tidak sihat gagal dibendung. Kemunculan rumah urut haram, pusat hiburan yang berselindung di sebalik aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran dan macam-macam lagi juga mendorong anak-anak muda terlibat dalam kegiatan tidak diingini.
Maka Kerajaan Negeri Selangor perlu melihat semula pelbagai sumber yang mendorong kegiatan tidak bermoral ini. Jangan sekadar mencari silap orang lain.-UM.

Khamis, 5 Mei 2011
15 DALIL MENGAPA ANWAR PATUT TERUS TINGGALKAN DUNIA POLITIK!
Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) mengariskan 15 dalil mengapa Negeri Selangor tidak memerlukan seorang pelaku video lucah, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, ujar Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin.
1. PENGESAHAN WARTAWAN KANAN- kumpulan pertama yang menonton video ini dari beberapa buah media cetak, elektronik dan media maya sendiri telah mengesahkan pelaku dalam video itu adalah 200% Anwar.
2. OMEGA. Jam omega anwar ditemui dalam bilik hotel itu.
3. DNA. Anwar sehingga kini takut dan tidak mahu memberikan DNA nya, bagi mengesahkan yang jam itu bukan miliknya.
4. SUMPAH. Datuk Eskay telah bersumpah mubahalah sebagai keinsafan bahawa apa yang dia bongkar adalah suatu kebenaran. Namun sehingga ini anwar takut dan kecut untuk melakukan sumpah mubahalah untuk menafikan kebenaran Video itu.
5. POLIGRAF. Sehingga ini anwar takut dan kecut serta tidak berani melakukan ujian tidak menipu.
6. DATUK ESKAY. Dia adalah sahabat baik Anwar. Dia berada di dalam video itu, dia membawa masuk gadis idaman anwar itu. Dia yang membongkar video itu.
7. PELACUR CHINA DOLL. Pelacur itu berasal dari China, dia adalah seorang pelajar IPTS yang buat kerja sambilan.
8. MANAGER CHINA DOLL. Dia adalah orang yang membawa china doll itu kepada Datuk Eskay.
9. CCTV. Cctv hotel apartment itu merakam dengan jelas kelibat Anwar datang dan pergi dari hotel itu.
10. TWITTER. Anwar nak gunakan alibi yang waktu itu dia sedang melayan twitter. Bila di periksa twitter Anwar didapati ada selang 2 jam yang twitter Anwar "diam". Ya waktu itu dia sedang sibuk memuaskan nafsu syahwatnya.
11. PAKAR VIDEO. Pakar video dalam dan luar negara mendapati video itu adalah 100 % betul.
12. BUKAN SUPERIMPOSED. Pakar filem menyatakan teknologi superimposed untuk filem atau video masih belum ada. Mereka berpendapat adalah mustahil untuk video superimposed apatah lagi untuk pergerakan seks selama 22 minit.
13. BODY LANGUAGE. Anwar menjadi manusia yang sangat takut semacam apabila isu ini di bongkar oleh Datuk Eskay. Kenapa ? Semua rakyat sudah tahu jawapannya.
14. AMK PKR. Perbuatan AMK PKR yang menghasut rakyat untuk menentang usaha Datuk Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul adalah usaha desperado Anwar untuk menafikan hak Datuk Eskay yang mahu membongkar kebenaran.
15. PAPAGOMO. Papagomo.blogspot.com merupakan blogger amar maaruf nahi mungkar yang paling berani membongkar video ini di alam maya. Kini rakyat boleh menonton dengan jelas lakonan seks penasihat ekonomi Selangor itu di banyak medan maya.
Dengan 15 dalil ini Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri atau Menteri Besar Selangor wajib memecat Anwar dari jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

Rabu, 4 Mei 2011
Pas tidak perlu lindungi pemimpin tidak bermoral!
Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu tidak gentar untuk menjalani ujian poligraf atau sebarang teknologi bagi membuktikan beliau tidak berbohong.
Ahli perniagaan itu berasa kagum dengan cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang mahu beliau menjalani ujian poligraf dan menyifatkan ia sebagai idea yang bernas.
Namun gesaan Husam itu mesti turut disahut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cabaran Husam itu tidak adil jika ujian itu hanya dilakukan kepada Eskay, di sebaliknya Anwar dikecualikan. Ini kerana Husam tidak menyebut pun Anwar patut sama-sama menjalani ujian poligraf.
Sedangkan bukti yang hendak dicari ialah siapa bercakap benar dan siapa berbohong mengenai lelaki di dalam video seks, selanjutnya mengesahkan sama ada lelaki itu ialah Anwar atau orang lain.
Kelmarin Husam mencabar trio Datuk T menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu mengaitkan Anwar. Cabaran daripada Husam itu cukup menarik setelah pendirian pemimpin Pas sebelum ini dipersoalkan.
Sejak isu video seks itu terbongkar, pendapat beberapa pemimpin Pas dilihat berbelah bahagi. Yang jelas, pendirian Pas terhadap isu ini bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan parti itu.
Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan sambil lewa demi kepentingan politik untuk berkuasa.
Pas kini berada dalam persimpangan kerana berdepan dengan isu moral yang membabitkan Ketua Pembangkang itu. Pas perlu menyokong usaha-usaha mencari kebenaran. Apakah Pas mahu melindungi seorang pemimpin yang tidak bermoral - di depan cakap lain, di belakang buat lain.
Jika pendirian ini diamalkan oleh Pas maka ia bercanggah dengan prinsip perjuangan Pas sendiri. Kita sedia maklum terhadap ketetapan Pas yang mahu kekal dalam pakatan pembangkang walaupun siasatan polis mendapati DNA pelaku dalam kes liwat II disahkan adalah Anwar bin Ibrahim.
Masyarakat juga sudah mengetahui terlalu banyak skandal dan kontroversi moral yang melibatkan Anwar. Tidak selesai isu liwat, isu rakaman video seks pula dikaitkan dengannya.
Jelas, kredibiliti moral Anwar sudah banyak tercemar dan sampai bila Pas mampu untuk bertahan menyokong pemimpin seumpama ini. Kini, Pas juga dilihat tidak berupaya untuk bersuara dan setiap kali mereka mengambil sebarang keputusan, ia kerap dipersoalkan oleh PKR dan DAP.
Walau apa pun, kebenaran harus diperjuangkan biarpun pahit. Kenyataan Husam seolah-olah mahu menunjukkan Pas sebagai parti yang masih mempunyai integriti yang tinggi. Tetapi di sebaliknya ia turut menunjukkan suara pro-Anwar masih kuat dalam Pas.
Sebelum terlupa sebenarnya Anwar masih belum lagi menjawap 5 soalan yang diberikan oleh Datuk Eskay:
1. Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3. Di hotel mana Anwar menginap?
4. Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5. Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Boleh jawap ke Anwar? Atau Anwar takut gunakan poligraf jika 5 soalan ini bakal ditanyakan kelak!!!
Wasabi oyabun..

Langgan:
Catatan (Atom)