Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 1 September 2010

Adakah Khalid Samad juga pertikaikan Titah Sultan Selangor semata-mata pertahankan tindakan DAP!
















Sultan Selangor dapat maklumat salah


Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad percaya kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, disebabkan baginda diberikan maklumat yang salah.

Sambil mempertahankan tindakan Nie Ching itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut membayangkan ada pihak tertentu yang mengapi-apikan baginda mengenai kes tersebut yang berlaku pada 22 Ogos lalu.

Beliau turut mendakwa, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi mungkin mengeluarkan kenyataan mengenai larangan bukan Islam masuk ke surau atau masjid tanpa merujuk kepada mufti.

‘‘Tidak ada masalah kerana beliau (Nie Ching) dijemput, beliau juga datang sebagai ahli Parlimen untuk beri sumbangan dan berucap mengenai hal pendidikan serta tidak berniat jahat.

‘‘Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam portal e-fatwa juga tidak menyatakan salah jika orang bukan Islam masuk ke dalam masjid malah hingga ke tempat solat, malah Rasulullah pada zamannya juga tidak melarang,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan Surau Al-Huda kerana membenarkan Nie Ching memberi ‘tazkirah’ di ruang solatnya.

Baginda turut murka dan dukacita dengan situasi yang berlaku.

Setelah melakukan siasatan, pihak MAIS membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau tersebut serta-merta kerana situasi itu jelas bertentangan dengan titah baginda yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

MAIS juga akan mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching kerana memasuki ruang solat di Surau Al-Huda untuk memberi ‘tazkirah’ pada hari tersebut.

Sementara itu : Sultan tak terima maklumat salah - Khusrin

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kejadian di Surau Al-Huda, Kajang Sentral dekat sini adalah disebabkan maklumat salah daripada pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata, baginda memang maklum mengenai perkara yang berlaku di surau tersebut dan meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.

''Jadi, saya minta agar jangan ada pihak yang cuba membuat tuduhan tanpa usul periksa apatah lagi melibatkan Sultan Sharafuddin," kata beliau ketika dihubungi di sini petang ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang tidak menolak kemungkinan kemurkaan Sultan Sharafuddin berhubung tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat surau itu adalah disebabkan baginda diberikan maklumat salah oleh pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, Muhammad Khusrin mahu pihak-pihak yang tidak berpuas hati atau mempunyai pendapat yang berlainan mengenai larangan bukan Islam masuk ke masjid agar merujuk atau berjumpa dengan pihaknya untuk mendapat penjelasan.

''Jangan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak benar. Hormatilah bulan Ramadan dan jauhi fitnah," katanya.

Khalid dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini memberitahu tindakan Nie Ching berucap di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dekat sini pada 22 Ogos lalu, tidak salah.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan kemurkaan Sultan Selangor berhubung perkara itu adalah disebabkan baginda diberikan maklumat yang salah dan ada pihak mengapiapikan perkara itu. Beliau mendakwa, Muhammad Khusrin juga mungkin mengeluarkan kenyataan mengenai larangan bukan Islam masuk ke surau atau masjid tanpa merujuk kepada mufti.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan: