Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 31 Ogos 2010

Lawak merdeka : Benarkah Anwar akan pertahankan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan!

Pada tahun penghujung tahun 2007 ketika Anwar menghadiri sambutan hari Krismas di sebuah restoran Cina di Kelang, dalam ucapannya beliau pernah berkata " Malaysia ini orang Cina yang punya, orang India yang punya. Jangan fikir Malaysia ini Melayu yang punya".

Berdesing-desing telinga apabila mendengar apa yang diucapkan oleh " pengkhianat " bangsa ini. Demi mendapatkan sokongan dari bukan melayu, Anwar sanggup memperlekehkan bangsanya sendiri! Sila ikuti rakaman video yang di sertakan bersama artikel ini. Anwar bukan sahaja memperlekehkan bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri, malah setiap kali ke luar negara juga beliau akan berbuat demikian demi memenuhi nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri!

Dan nak dijadikan cerita, Anwar atau pengkhianat bangsa ini dengan muka tak tahu malunya membuat cerita lawak semasa Malaysia menyambut hari ulangtahun kemerdekaannya. Anwar membuat penegasan agar Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153 dipertahankan. Pelik tapi benar! Tapi itulah hakikatnya apabila pada suatu ketika beliau mencemuh bangsa sendiri, dan kini hendak pula mempertahankan hak-hak orang Melayu seperti yang tercatit didalam perkara 152 dan 153!



Dalam perutusan merdeka yang disiarkan di blognya, http://anwaribrahimblog.com, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan keperluan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dalam perutusannya itu turut menggesa agar peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan dipertahankan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan selain mengesyorkan agar dibatalkan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Adakah ini tindakan terdesak untuk mengalih tumpuan rakyat kepada kes liwatnya ataupun setelah mendapati orang Melayu sudah mula sedar dan menjauhi PKR dan Pakatan Rakyat, maka beliau perlu berbuat sesuatu untuk menarik semula sokongan orang Melayu terhadapnya!

Anwar Ibrahim diminta untuk mencermin dirinya sendiri apabila membuat penegasan agar Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153 dipertahankan. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin berkata, dalam masa sama, Anwar perlu menilai semula setiap perkara yang dilakukannya selama ini sama ada bertepatan dengan apa yang diucapkannya.

Menurutnya, sebagai permulaan untuk mengotakan apa dikata, Anwar diminta untuk berterus-terang dengan akar umbi Pas mengenai komitmennya dengan parti itu dalam menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam.

"Bagi saya semua ini wayang. Semua itu tidak pernah ada dalam perancangannya. Beliau sebelum ini buat kenyataan mahu pertahan Perlembagaan sedangkan Pas mahu ubah Perlembagaan jadi negara Islam.

"Jadi bagaimana mahu pertahan Perlembagaan? Saya percaya beliau hanya akan meneruskan apa yang Barisan Nasional lakukan selama ini dan penyokong-penyokong Pas terpedaya. Lebih baik berterus terang dengan mereka," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Anwar untuk membuat pendirian jelas bahawa beliau sememangnya turut sama mempertahankan hak dan kepentingan Melayu.

Menurutnya, Anwar tidak perlu berdolak-dalih mengenai pendiriannya kerana banyak tindak-tanduknya sebelum ini tidak menampakkan bahawa beliau benar-benar mempunyai semangat seperti itu.

"Apa pendiriannya apabila wakil-wakil rakyat bukan Islam masuk ke masjid? Saya tidak dengar sebarang komen beliau mengenainya.

"Beliau yang saya kenali tidak mengotakan apa yang dikatakannya. Contoh terbaik, kononnya mahu bersikap telus. Kini Selangor di bawah PKR, tetapi tiada seorang pun wakil rakyat atau exco yang mengisytiharkan harta sampai sekarang seperti dijanjikan," katanya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula menganggap perutusan itu hanyalah usaha untuk mengaburi penyokong pembangkang terutamanya kaum bumiputera yang kepercayaan mereka semakin lama kian terhakis.

"Beliau sebenarnya sedang memalu gendang lama. Gendang sama yang pernah dipalunya ketika bersama dengan UMNO suatu ketika dahulu bagi menarik sokongan orang Melayu dan Islam.

"Di pentas ceramah PKR, beliau berulang kali menyatakan untuk memberi hak sama rata kepada bukan bumiputera. Bukankah itu terang-terang melanggar Perlembagaan?" katanya.

"Saya desak beliau tampil menjelaskan bagaimana beliau boleh melaksanakan perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan. Anwar perlu keluar idea untuk melaksanakannya dan bukan sekadar bercakap serta menyeru orang lain melakukannya," katanya.

Persoalannya adalah, beranikah Anwar tampil untuk membuat penjelasan! Setelah mengatakan negara ini bukan Melayu yang punya, tiba-tiba cuba untuk menjadi jaguh mahu mempertahankan hak-hak orang Melayu pula. Benarlah apa yang dikatakan oleh rakyat sebelum ini bahawa Anwar adalah "sesumpah hidup" yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan