Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 27 Jun 2010

Pakatan singkir MB hanya 'mainan wayang'!

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menyifatkan dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar hanyalah satu 'permainan wayang' PKR.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, apa yang berlaku sebenarnya bukan berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli Parlimen terbabit terhadap tindakan Abdul Khalid melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politiknya.

Sebaliknya, menurut beliau, rancangan mendesak Abdul Khalid meletak jawatan adalah disebabkan kehendak mereka untuk mendapatkan projek tertentu di Selangor tidak dipenuhi Menteri Besar terbabit.''Itu adalah punca mereka tidak berpuas hati sehingga wujud pakatan mahu Abdul Khalid berundur.''Berkenaan pelantikan Faekah yang menimbulkan perbalahan, itu hanyalah mainan wayang.''Selangor negeri maju dan mereka seakan mahu merebut apa sahaja demi mengumpul kekayaan peribadi,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.Pakatan itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati atas tindakan Abdul Khalid yang melantik Faekah untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu.

Difahamkan, Biro Politik PKR telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid lalu meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut.Mengulas lanjut, Ramlan berkata, isu mengenai wujudnya pakatan terbabit sudah lama diketahui dan dibangkitkan oleh Reformis.

Namun, jelasnya, perkara berkenaan telah dinafikan oleh kalangan pemimpin PKR.Beliau turut mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang dilihat gagal melakukan sebarang perubahan terhadap negeri berkenaan.

Sementara itu : Ahli tolak kepimpinan MB Khalid

Kemelut dalaman PKR di Selangor sehingga wujud apa yang didakwa komplot untuk menggulingkan MB Khalid Ibrahim membuktikan kelemahan ketara pentadbiran Abdul Khalid di negeri itu. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar berkata, senario politik negeri ini yang dilihat 'semakin menarik' memberi mesej kepada MB Khalid bahawa kepimpinannya sudah di tolak bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR tetapi juga rakyat negeri itu.

Ia sebagai satu mesej jelas kepimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah di tolak dan Menteri Besar itu perlu mengakui hakikatnya. Banyak perkara yang diabaikan Khalid dalam memerintah Selangor yang sibuk mencampuri urusan orang lain seperti isu Kampung Baru daripada bertindak membela rakyat negeri itu.

Noh Omar juga berkata, Selangor sebenarnya di perintah oleh parti yang lemah dan sukar untuk bergabung bagi memerintah negeri Selangor.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan